PORTAL PELABURAN HARTANAH NO.1* DI MALAYSIA

Nak beli rumah high-rise? Nyawa keluarga anda dalam bahaya kalau gagal pastikan perkara ‘ini’

Ingat lagi tak tragedi yang berlaku di Grenfell Tower kat London dulu?

Seramai 58 orang maut dalam nahas ini sebab bangunan tu takde sistem keselamatan kebakaran yang baik, yang wajib ada dalam setiap kediaman high-rise.

Kalau korang tengok klip video kat YouTube berkaitan tragedi ni, korang mesti geleng kepala dan beristighfar banyak kali. Ngeri gila tengok api besar macam tu.

Dan jangan pulak korang ingat kecelakaan macam ni tak boleh jadi dekat bangunan high-rise di negara kita ya. Dah ada pun kes macam ni.

Kalau korang nak elak jadi mangsa kemalangan jiwa, hadamkan cepat-cepat perkongsian power yang Tok baca dekat surat khabar Berita Harian ni.

Macam-macam yang takde dekat Grenfell Tower?

Korang boleh tengok video bawah yang Tok jumpa dekat YouTube tentang kebakaran di Grenfell Tower kat London pada 14 Jun 2017.

Amaran : Siapa yang jiwa dan mental tak kental, Tok tak sarankan korang tengok tau. Jangan cakap Tok tak pesan awal-awal.

Bangunan ni dilaporkan takde sistem penggera kalau ada kebakaran berlaku, sistem pemercik air (sprinkler system), hos kebakaran, serta pemadam api mudah alih (fire extinguisher).

Yang lagi gila, takde evacuation plan kalau berlaku kebakaran.

Jadi, korang boleh bayangkan betapa kelam-kabutnya penghuni yang tinggal kat situ, bila berlaku kejadian yang tak diingini seperti ni.

Okay. Cukup dah bercakap pasal Grenfell Tower. Tapi, mungkin ramai tak perasan, tragedi macam ni dah pernah berlaku kat negara kita sendiri.

Jangan main gila. Ini mellbatkan nyawa orang tersayang

Akhbar Berita Harian pada 17 Julai 2017 ada sentuh secara spesifik berkenaan topik ni.

Pada pandangan personal Tok, isu ini wajib mendapat perhatian meluas seantero manusia (yang tinggal kat Malaysia), yang plan nak beli (atau menyewa) rumah high-rise untuk tinggal bersama keluarga.

Jangan main gila. Ini hal berkaitan nyawa. Bukan satu perkara yang boleh dibuat main.

Bila Tok cakap kejadian macam Grenfell Tower pernah berlaku dekat Malaysia, takde langsung niat nak menyampaikan perkara yang tak betul.

Bawah ni, Tok selitkan semua kes kebakaran berkaitan kediaman yang pernah berlaku dalam Malaysia untuk pengetahuan korang semua :

  • 14 Januari 2017 – 5 beranak terbunuh selepas terperangkap dalam kebakaran di sebuah rumah di tingkat 15 Blok C, Flat Sri Kelantan, Sentul,
  • 5 April 2008 – 5 unit kediaman di tingkat 8, Pangsapuri Taman Bunga Negara, Seksyen 27, Shah Alam, musnah dalam kebakaran akibat disambar petir,
  • 12 Mei 2013 – Tindakan pantas jiran mengejutkan 2 beradik perempuan yang sedang tidur, berjaya menyelamatkan mereka daripada jadi mangsa kebakaran di tingkat 4, Blok F, Kuarters Kerajaan, Jalan Dutamas 3, Kuala Lumpur,
  • 31 Oktober 2013  6 unit kediaman di tingkat 17 sebuah rumah pangsa dekat Kampung Kerinchi, musnah dalam kebakaran akibat litar pintas,
  • 3 September 2014 – Sebuah rumah pangsa di Wangsa Maju, Kuala Lumpur, musnah dalam kebakaran,
  • 22 November 2015 – Seorang warga tua terperangkap dalam rumah apabila kediaman jirannya di Pangsapuri Siantan, Melaka, terbakar,
  • 4 April 2017 – 3 unit rumah di blok A, Projek Perumahan Rakyat (PPR) Kerinchi di Jalan Pantai Permai, Kuala Lumpur, terbakar. Berpunca daripada gas dapur memasak,
  • 13 Jun 2017 – Sebuah unit kediaman di tingkat 9 Rumah Pangsa Larkin, Johor Bahru, musnah dalam kebakaran.

Lebih 40 kediaman high-rise kat Malaysia berdepan nasib yang sama?   

Sekurang-kurangnya 47 bangunan kediaman high-rise kat seluruh negara, termasuk 40 pangsapuri dan kondominium kat kawasan Lembah Klang, diibaratkan seperti ‘bom jangka’

yang boleh membahayakan penghuni yang menetap di situ.

“Apa yang takde kat bangunan yang Tok sebutkan tadi tu?”

Korang jangan terkejut pulak. Kajian tim Berita Harian dapati, banyak kediaman high-rise kat negara kita, sama je macam apa yang berlaku kat Grenfell Tower tu.

Bermakna, 47 kediaman tadi tu, takde peralatan memadam api, sistem pancur basah yang tak berfungsi dan tak diselenggara dengan baik, pintu rintangan terhalang, atau kerosakan pada sistem penggera kebakaran.

Jumlah tadi tu, berdasarkan daripada 1,688 notis bahaya kebakaran yang dikeluarkan Jabatan Bomba dan Penyelamat dari Januari hingga bulan Mei tahun ini di seluruh negara.

Lagi haru, ada 6 kediaman high-rise di Lembah Klang yang dah terima lebih 100 notis amaran daripada Jabatan Bomba dan Penyelamat.

Ini termasuk jugak dengan sebuah pangsapuri kat Pantai Dalam yang dah terima 224 notis.

Malaysia (secara puratanya) merekodkan lebih 5,000 insiden kebakaran setiap tahun. Dan dah ada sebanyak 2,904 kes kebakaran direkodkan dari Januari hingga Jun lalu.

Kira-kira 10% atau 282 kes yang babitkan kebakaran bangunan kediaman high-rise seperti rumah flat dan pangsapuri (sebanyak 168 kes) dan kondominium (114).

Kediaman high-rise mana yang tergolong sebagai ‘bom jangka’ kat Kuala Lumpur?

Korang boleh rujuk list yang Tok ambik kat akhbar Berita Harian ni :

  1. Permai Ria Condominium, Jalan Ipoh (46 notis),
  2. Villa Flora Condominium, TTDI (23 notis),
  3. Kiara Park Condominium (71 notis),
  4. Treliness, TTDI (29 notis),
  5. Kiara Green Townhouse (1 notis),
  6. Desa Kiara Condominium, Jalan Damansara (111 notis),
  7. Seri Anggun Condominium, Taman Rainbow (11 notis),
  8. Pelangi Condominium, Taman Pelangi, Sentul (1 notis),
  9. Pangsapuri Zamrud, Jalan Klang Lama (148 notis),
  10. Sinaran TTDI Kondominium, TTDI (8 notis),
  11. The Plaza Condominium (91 notis),
  12. Segar Apartment (11 notis),
  13. Pangsapuri Sri Batu (2 notis),
  14. Bangsar Height Condominium (37 notis),
  15. Endah Villa Condominium (1 notis),
  16. Petaling Indah Condominium, Jalan Sungai Besi (11 notis),
  17. Desa Gembira Condominium, Jalan Kuchai Lama (4 notis),
  18. Meadow Park 1, Jalan Klang Lama (6 notis),
  19. Sri TTDI (9 notis),
  20. Pantai Hill Park (1 notis),
  21. Jalil Damai Apartment, Bandar Baru Bukit Jalil (19 notis),
  22. Villa Angkasa, Jalan Sentul Bahagia (125 notis),       
  23. Pantai Towers, Lorong Bukit Pantai (96 notis),
  24. Perumahan Awam Sri Pahang, Bangsar (54 notis),
  25. Lestari Apartment, Bandar Sri Permaisuri (55 notis),
  26. Mentari Condominium, Bandar Sri Permaisuri (5 notis),
  27. Blok 24, 26, dan 28, Taman Batu Permai, Jalan Ipoh (180 notis),
  28. Menara Puteri, Brickfields (68 notis),
  29. Pantai Indah Fasa 1, Pantai Dalam (224 notis),
  30. Danau Idaman Condominium, Jalan Klang Lama (18 notis),
  31. Meadow Park II, Jalan Klang Lama (2 notis),
  32. Bangunan Merdeka View (52 notis),
  33. Flet Danau Kota (2 notis),
  34. Mercy Summer Suite 8, Kampung Baru (3 notis),
  35. Flat Sri Kelantan, Sentul (6 notis),
  36. Sri Suajaya Condominium, Jalan Kg. Bandar Dalam (3 notis),
  37. 633 Residency, Jalan Tun Sambanthan (1 notis), 
  38. Vista Angkasa, Kerinchi (51 notis),
  39. Lanai Gurney (19 notis),
  40. Laman Damai, Kepong (109 notis).

“Macam mana nak elak terbeli kediaman yang takde sistem keselamatan kebakaran?”

Korang boleh buat 3 cara yang Tok kongsikan kat bawah ni :

#1 : Check betul-betul sama ada insurance coverage atau tak 

Kalau korang pemilik sebuah kediaman high-rise, ada kemungkinan pihak pengurusan kediaman tu (JMB, atau Joint Management Body) dah beli insuran kebakaran, dan caj korang melalui fi penyelenggaraan.

Kalau ini kes korang, tak payah dah nak beli insuran kebakaran tambahan, atau gunakan bajet tu untuk beli insuran yang lain.

Kalau takde, sila run fast-fast (lari cepat-cepat). Buat apa beli (atau menyewa) kediaman yang bahayakan nyawa korang sekeluarga?

#2 : Periksa dulu segala alatan pemadam kebakaran sebelum membeli (atau meyewa)

Ini paling penting untuk korang buat. Dan korang kena buat sendiri dan jangan sekali-kali harapkan orang lain, terutama sekali pihak pengurusan.

Kadang-kadang, pihak pengurusan akan claim yang bangunan mereka lengkap dengan sistem keselamatan yang baik.

Padahal, benda tu dah jahanam sebab dah lama tak digunakan dan tak diselenggara dengan baik. Memang korang sengaja tempah maut kalau tak check betul-betul.

#3 : Jaga-jaga bila beli kediaman high-rise yang dah lama dibina

Biasanya, kediaman high-rise lama takde coverage untuk insuran kebakaran.

Yang ni, korang kena validate dulu dengan JMB (pihak pengurusan) kediaman yang korang menetap tu. Tanya dulu sama ada kediaman tu ada insuran kebakaran atau tak.

Kalau takde, jadi tanggungjawab korang untuk dapatkan perlindungan insuran kebakaran tu.

Bagi yang tengah merancang nak beli kediaman high-rise tu, mohon check dulu betul-betul sebelum buat sebarang pembelian.

Jadikan ini sebagai tanggungjawab utama korang.

Bukan nyawa korang je dalam bahaya. Bahkan orang tersayang juga. Korang boleh elakkan tragedi yang tak diingini daripada berlaku.

Tak nak terlepas info dan tips terkini berkaitan hartanah dan kewangan? Tok nak ajak korang join Channel Telegram rasmi Gilahartanah. Klik gambar untuk join.

Jom join Channel Telegram rasmi GilaHartanah.
Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *