Kokuyo – Pelopor konsep ABW untuk perabot dan alatan pejabat

Pada  21 Ogos bulan lepas, Tok dapat jemputan untuk menghadiri satu majlis pelancaran produk oleh satu syarikat perabot terkemuka dari Jepun iaitu Kokuyo di KL Gateway, Bangsar.

Ok, majlis ni pada Tok sangat power,. Sebab produk yang dilancarkan dan bakal dikomersialkan di dalam negara kita ini, adalah suatu produk yang sangat inovatif.

Produk yang dipamerkan adalah seperti kerusi pejabat, meja mudah alih, working space stuff, dan macam-macam lagi yang berkaitan.

Dan yang paling best, produk macam kerusi dan meja yang dikeluarkan ini sangat mesra ‘kerja’ terutamanya untuk orang tua macam Tok ni yang kuat bekerja siang dan malam. Dan yang buat Tok paling teruja, semua barangan ini di’standard’kan mengikut kesesuaian fizikal masyarakat Asia pada hari ini.

Cuba korang tengok balik kerusi dan meja kat pejabat korang tu. Kebanyakan produk pejabat direka mengikut piawaian fizikal daripada Barat. Dan tentu la orang putih tu, badan besar-besar belaka.

Ini yang menjadi punca utama korang lenguh belakang, sakit tangan, tak selesa duduk buat kerja lama-lama, dan sebagainya.

Berbeza dengan produk ni, semua direka mengikut spesifikasi yang sangat detail untuk orang Asia. Bayangkan, jarak ketinggian antara meja dan kerusi pun dorang ambil kira tau masa buat barang ni semua.

Tok ada test satu kerusi pejabat ni (setelah ditawarkan oleh seorang amoi cun), selesa ya ampun. Hampir-hampir Tok terlelap atas kerusi tu.

Rekaannya kalau korang tengok dari luar ringkas je, sama macam kerusi biasa kat pejabat tu. Tapi Tok boleh kata, produk mereka lengkap dengan pelbagai ciri-ciri futuristik yang sangat membantu dalam membuat kerja dan menjamin keselesaan korang.

Untuk laporan yang lebih terperinci, korang boleh baca laporan berkenaan majlis pelancaran produk tu kat bawah ni:

Kokuyo Furniture Lancar Perabot Pejabat Terkemuka

Bagi Menyokong Trend Global: Gaya Kerja Yang Berasaskan Aktiviti (ABW)

Kuala Lumpur, 21 Ogos – Bermula sebagai sebuah syarikat kecil yang menghasilkan buku-buku lejar pada tahun 1905, Kokuyo kini telah mencatatkan sejarah tersendiri selaku syarikat tersenarai dan pengeluar perabot pejabat rekaan khas terkemuka serta alat tulis tercanggih di Jepun.

Rekaan setiap produk Kokuyo sentiasa mengutamakan pengguna sebagai satu langkah penghormatan kepada warisan penubuhan syarikat ini. Bagi Kokuyo, perabot merupakan satu bentuk seni rekaan yang mampu menawarkan kebebasan kepada para pekerja untuk berfikir, menjana idea  dan menghasilkan prestasi kerja yang lebih baik.

Kini, selepas 110 tahun beroperasi, Kokuyo sudah berupaya menggarap keseimbangan antara kerja dan kesejahteraan pekerja dalam setiap rekaannya.

Direka mengikut kehendak dan keperluan pelanggan, perabot Kokuyo menawarkan fleksibiliti dan kebebasan bagi membolehkan pengguna mewujudkan atau mereka semula ruang kerja impian masing-masing dengan mudah.

Berdasarkan laporan kajian sebuah institusi penyelidikan di bawah Kumpulan Kokuyo, Worksight Lab, salah satu trend utama di tempat kerja masa kini adalah gaya kerja yang berasaskan aktiviti (Activity Based Work, atau ABW).

“ABW menawarkan kebebasan kepada pekerja untuk memilih lokasi, masa dan kaedah yang sesuai untuk bekerja. Kebebasan ini memperkasakan pekerja untuk bekerja mengikut kadar kelajuan masing-masing dan berkembang dalam suasana tempat kerja mereka, sekali gus memberi prestasi kerja terbaik.

“Kokuyo menghasilkan perabot khas ini bagi menyokong trend global yang telah diamatinya selama ini. Perabot kami bukan saja menawarkan ruang sunyi untuk membolehkan pekerja menjana idea, berfikir atau menumpukan sepenuh perhatian, malah perbincangan bersama rakan setugas mahupun perbualan biasa bagi mengeratkan semangat kemasyarakatan juga boleh dilaksanakan,” kata Yuki Kanamori, seorang penyelidik gaya kerja dari Kokuyo Worksight.

Sumber gambar – PropertyGuru

(INTERVAL) merupakan meja bersofa yang membolehkan pekerja bekerja dengan tenang dalam satu ruang separa-peribadi, tertutup dan terhindar daripada suasana bising sekeliling.

Sumber gambar – PropertyGuru

(IN FRAME) mengandungi sebuah ruang petak yang direka khas untuk pekerja mengadakan perbincangan peribadi dalam suasana yang separa tertutup dan cukup selesa. Ruang berbincang ini bagaimanapun tidak tersorok daripada kesibukan persekitaran social.

Sambil menyenaraikan contoh-contoh ruang kerja terkemuka di Eropah, Kanamori berkata konsep ABW ini bukan saja menggalakkan kesejahteraan para pekerja bahkan juga mendorong semangat kemasyarakatan.  

“Menerusi pengamatan kami terhadap beberapa ruang bekerja yang berjaya, kebanyakan organisasi kini menyertai syarikat-syarikat baharu, pekerja bebas dan golongan pekerja nomad digital dalam mewujudkan suasana persekitaran kerja kolaboratif ini. Ini merupakan kaedah terpantas untuk mengembangkan syarikat dan menghasilkan inovasi baharu.

“Peranan ruang bekerja kini amat penting bagi menggalakkan kesinambungan antara aspek keterbukaan, kemasyarakatan dan menggalakkan pekerja mencari tujuan kerjaya mereka. Semua ini adalah saling melengkapi,” tambahnya.

Sumber gambar – PropertyGuru

(DAYS OFFICE) – Diperbuat daripada kayu dan besi, perabot kasual ini hadir dengan kerusi yang boleh disusun secara bertingkat, bangku tinggi dan sofa untuk ruang bersantai bagi mewujudkan suasana kemasyarakatan di pejabat

“Syarikat-syarikat perlu berubah demi menarik lebih ramai bakat baharu yang berkualiti. Ini bererti pekerja tidak lagi perlu bekerja dari ruang pejabat tetapi bebas bergerak tanpa sebarang kekangan lokasi.

“Sama ada ianya amalan penggunaan meja secara bersilih ganti (hot-desking), ruang untuk bekerjasama atau ruang peribadi, tempat bekerja seharusnya mempunyai perabot yang fleksibel bagi menggalakkan budaya ABW dan kesejahteraan pekerjanya,” jelasnya lagi.  

Antara rekaan perabot Kokuyo pertama dan terkenal dengan keupayaan mendorong kesejahteraan para pekerja adalah kerusi luncur 360°, ING ini.

Sumber gambar – PropertyGuru

(Kerusi Luncur 360°ING ) – tubuh kita sememangnya dicipta untuk bergerak. ING memberi sokongan pada tubuh dan membolehkan pergerakan bebas tanpa had. Menerusi mekanisme luncur, pengguna masih boleh bergerak dengan bebas biarpun dalam keadaan duduk. Ini membantu memperbaiki aliran darah dalam tubuh dan mempertingkatkan prestasi kerja.

“Di Kokuyo, kami menawarkan dunia dengan kepelbagaian hasil rekaan kami,” kata Pengarah Urusan Kokuyo International Malaysia, Katsuyuki Konishi.

“Meskipun kami memiliki keupayaan untuk melaksanakan kaedah  bekerja baharu, kami masih ingin mewujudkan satu suasana persekitaran kerja yang lebih baik untuk pengguna. Lagipun, pengguna merupakan fokus utama dalam perniagaan kami,” tambahnya lagi.

Untuk maklumat lanjut tentang Kokuyo Furniture, sila layari laman web https://www.kokuyo-furniture.com/

Untuk maklumat lanjut tentang makmal penyelidikan kendalian Kokuyo, Worksight, sila layari laman web https://www.kokuyo-furniture.com/worksight-lab

16 Shares

Leave a Reply