Tengah mencari rumah baru 0% faedah? Pelan khas Tropicana Bhd ini pasti...

Tengah mencari rumah baru 0% faedah? Pelan khas Tropicana Bhd ini pasti ringankan beban anda

970
0
SHARE
Sumber gambar: iProperty
Ebook Takde Duit Boleh Beli Rumah Ke
Ebook Takde Duit Boleh Beli Rumah Ke

PETALING JAYA: Tak mustahil lagi untuk membeli rumah impian anda pada hari ini. Tropicana Corporation Bhd telah lancarkan program Tropicana 0% Interest Plan.

Mengenai skim kewangan yang direka khas dan bermula dari 21 Oktober hingga 31 Disember ini, pembeli rumah kini boleh memiliki rumah impian Tropicana dengan hanya membayar pendahuluan serendah 1%.

Di samping itu juga, anda boleh nikmati bayaran tertangguh dengan kadar sifar ansuran sehingga 24 bulan dan sifar pembayaran progresif sehingga 24 bulan.

“Permintaan untuk pembangunan di dalam kawasan utama adalah sangat menggalakkan. Berdasarkan domografi pelanggan kami, agak ramai juga yang mahu menaik taraf, melabur, dan juga memiliki rumah.”

“Namun dengan keadaan dan pada masa yang tak menentu sekarang, pembeli sedang berjuang sedaya upaya untuk dapatkan pembiayaan.”

“Dengan Pelan 0% Faedah Tropicana ini, kami berharap dapat membantu ringankan beban aliran tunai pembeli, dan membantu mereka mengatasi isu bayaran pendahuluan,” kata Pengarah Eksekutif Pemasaran dan Jualan Tropicana, Ung Lay Ting dalam satu kenyataan.

Dengan Pelan 0% Faedah Tropicana ini, pembeli boleh memilih untuk melangsaikan sepenuhnya jumlah pengkamiran, yang merupakan perbezaan di antara pinjaman pembeli dan harga belian melalui ansuran selama 6 bulan atau 12 bulan, bergantung kepada harta yang dibeli.

Nikmati bayaran sifar progresif sehingga 24 bulan

Sumber gambar: The Star Property
Sumber gambar: The Star Property

“Skim ini membantu pembeli rumah untuk merapatkan jurang dalam dana yang diperlukan untuk pembayaran awal, dengan peningkatan fleksibilii dan mengurangkan kerisauan dalam diri pembeli,” jelas Ung.

Tambahan pula, pembeli akan dapat menikmati bayaran sifar progresif sehingga 24 bulan.

Pelan khas kelolaan Tropicana ini telah mendapat sambutan yang menggalakkan, dengan hampir 3,000 pendaftaran sejak pelancaran.

Pembeli berhak untuk menikmati Pelan 0% Faedah Tropicana ini di seluruh 6 pembangunan utama mereka di kawasan Lembah Klang.

Ini termasuk kediaman bertingkat tinggi, linked homes, Park Villas, dan juga Semi-D iaitu Parkfield Residences dan Ridgefield Residences, fasa ke-2 dan ke-3 Tropicana Heights di Kajang, Bayan Residences dan Cheria Residences, fasa ke-2 dan ke-3 Tropicana Aman di Kota Kemuning, Paloma Serviced Residences, fasa kediaman ke-2 Tropicana Metropark di Subang Jaya, dan Dianthus Serviced Residences, fasa ke-4 dan menara akhir Tropicana Gardens di Kota Damansara.

Tropicana Heights merangkumi 199 ekar tanah pegangan bebas di Kajang, yang penuh dengan kehijauan yang tumbuh subur, diterajui pula oleh Central Park berkeluasan 16 ekar dengan tasik linear 750 meter.

Penduduk boleh menikmati kehidupan yang tenang di tengah-tengah alam semula jadi dengan taman komuniti persendirian, laluan penjalan kaki yang lancar, termasuk hab rekreasi personal dan juga komersial.

Tawarkan pelbagai kemudahan, persekitaran yang indah

Fasa ke-2, Parkfield Residences menawarkan rumah link dan dikaitkan dengan taman komuniti 4.8 ekar, dan fasa ke-3 Ridgefield Residences menawarkan rumah jenis semi-D dan Park Villas gaya kontemporari.

Tropicana Aman terletak di sebelah kawasan kejiranan mewah yang semakin meningkat di Kota Kemuning. Ia merangkumi 863 ekar persekitaran yang indah dan tawarkan pelbagai kemudahan dan ciri-ciri seperti 85 ekar taman linear yang datang dengan tasik tersendiri, laluan basikal sejauh 7KM, laluan jogging, dan ruang hijau yang tenang dan damai.

Ia juga mempunyai sebuah pusat kelab masyarakat dan sekolah antarabangsa Tenby. Fasa ke-2 Bayan Residences menampilkan rumah 2 dan 3 tingkat.

Manakala fasa ke-3 Cheria Residences meawarkan semi-D inovatif dengan teknologi Jepun yang terkini dan terbina dalam rangkaian rumah dan sistem keselamatan.

Di Subang Jaya, Tropicana Metropark seluas 88 ekar menawarkan kediaman servis, unit runcit, suite perniagaan, SOHO, menara pejabat, pusat membeli-belah dan sekolah antarabangsa GEMS.

Pembangunan ini akan mempunyai rangkaian lebuh raya, termasuk jejambat yang secara langsung akan menghubungkan pembangunan ke Lebuhraya Persekutuan yang dijangka siap pada 2017.

Keseluruhan projek ini bernilai RM106 juta.

Projek bersepadu ini termasuk oasis hijau seluas 9.2 ekar untuk Central Park yang mempunyai tasik, persiaran pejalan kaki, dan jalur F&B di kawasan terbuka.

Paloma, fasa kediaman ke-2, menawarkan kediaman servis termasuk studio, unit 2 dan 3 bilik tidur, dilengkapi dengan 16 unit Courtyard Villas yang eksklusif.


[Sumber berita asal: The Star Property]

NO COMMENTS

LEAVE A REPLY