10 sebab pelabur ini tak kisah beli rumah busuk. Janji jana untung...

10 sebab pelabur ini tak kisah beli rumah busuk. Janji jana untung cepat

5019
2
SHARE
Sumber gambar: Google Image
Ebook Takde Duit Boleh Beli Rumah Ke
Ebook Takde Duit Boleh Beli Rumah Ke

Apa dosa si “rumah busuk,” sampai korang rasa jijik nak beli tu?

Yang Tok nampak, ia masih sebuah rumah. Dan Tok akui, nak bagi cantik balik memang bukan satu perkara yang senang.

Tapi tak mustahil untuk kita buat.

Dan yang paling best, korang dah untung siap-siap masa membeli. Bayangkan berapa banyak pulak korang buat untung masa jual nanti.

Perkongsian Tuan Harith Faisal ni pasti akan buka minda korang, dan mula pandang hartanah busuk umpama “lubuk emas.”

“Tak rugi ke beli rumah busuk?”

Orang biasa, dia akan pandang rumah busuk dan rosak sebagai jijik. Macam tak bernilai langsung.

Tapi pada pandangan mata seorang pelabur, rumah busuk tu adalah peluang untuk buat untung segera.

Jom kita layan 10 poin pasal rumah busuk yang santai dan sempoi ni.

#1: Siapa yang tak nak beli rumah pada harga rendah?

Rumah busuk biasanya boleh kita beli di bawah harga pasaran.

Sebab owner sendiri sedar diri yang rumah tu busuk dan ramai orang tak nak. Jadi, dia takkan jual pada harga mahal.

 #2: Lanyak setiap peluang untuk berunding

Rumah busuk ni kita masih ada peluang untuk nego harga bagi rendah sikit.

Tapi yang penting, kena datang view (lawat) rumah juga la. Tengok sendiri kalau ada apa-apa yang rosak.

#3: Letak harga biar beragak

Rumah busuk memang boleh kita beli murah, tapi janganlah tekan harga sangat kat owner dan ejen.

Berpada-pada masa berunding tu. Market value RM300,000, kau nego sampai RM100,000. Agak-agak la.

#4: Boleh buat banyak untung

Rumah busuk boleh dapat untung segera masa kita beli tu sebab kita dah beli bawah harga pasaran.

Contoh, korang dapat bel rumah RM50,000 daripada harga pasaran. Tapi kos repair rumah tu telan RM10,000 je. Kan dah untung banyak tu?

#5: Teknik beli rumah pelaburan 2 kali dalam setahun (versi 2 baris)

Rumah busuk ni memang ada peminatnya, lagi-lagi yang plan nak rolling modal.

Nanti mark up pinjaman, dapat cashback. Dan guna cashback beli rumah seterusnya.

 #6: Belajar jana untung daripada pasaran lelong

Rumah busuk ni tak semestinya kena beli daripada owner atau ejen saja.

Banyak juga kat dalam pasaran lelongan. Rumah busuk, siapa nak kan? Lebih mudahlah nak dapat harga rezab.

#6: Senang nak urus tanpa gunakan masa sendiri

Rumah busuk ni boleh dibeli oleh orang yang rajin ataupun tak rajin.

Kalau kita rajin, kita buatlah semua sendiri. Kalau tak rajin, upah sajalah orang lain tolong betulkan itu ini. 

#7: Hanya jauhari mengenal manikam

Rumah busuk tak sesuai untuk anak muda acah-acah hipster yang nak rumah baru, moden, cantik dan wangi.

Sebenarnya sesuai dengan poket mereka, Cuma kehendak tu tak beragak.

#9: Kejar rasa puas

Rumah busuk ni dia ada kepuasan yang tersendiri bila dah selesai semua nanti.

Ye lah, beli buruk kan. Lepas dah siap repair, renovate cantik-cantik, tak ke rasa seronok dan puas?

#10: Elak ceritakan niat anda dekat orang lain

Rumah busuk ni kalau kita nak beli, jangan cerita kat orang lain awal-awal.

Sebab nanti semua orang kondem dan tak setuju dengan kita. Kalau orang yang tak tahu, memang macam tu.

Betul. Rumah busuk bukan untuk semua orang

Saya tak kata beli rumah busuk pilihan yang terbaik ya. No no no!

Cuma rumah busuk ni adalah salah satu pilihan yang baik juga untuk beli rumah.

Terpulang macam mana kita pandang peluang tu. Rumah busuk pun, rumah juga. Dah touch up semua, cantik juga.

Ala, samalah macam korang beli kereta biasa, tapi modify kasi gempak. Entah-entah kos modify lagi mahal daripada harga kereta.

Bezanya, rumah busuk kau repair, renovate, tambah binaan kekal, harga dia akan sentiasa naik.

Kereta kau tu? Hurm. Dahlah modify mahal gila. Lama-lama jadi besi buruk jugak.

Tok tahu. Ramai risau nak beli rumah busuk sebab takut kos baik pulih mahal. Sebab tu korang kena kaji, cari dan beli yang kena dengan harga.

Kalau korang ada banyak contact, ntah-ntah harga baik pulih boleh kurang lagi. Ringankan mulut tanya kawan-kawan korang tu.

Tok doakan perjalanan pelaburan korang agar sentiasa selamat. Ameen.

2 COMMENTS

  1. Rumah busuk takper, macam mana kalau dengan rumah berhantu? patut ke beli rumah tu atau ada cara untuk setlekan masalah tu.hehehe…

LEAVE A REPLY