Home Tip pelaburan hartanah Pelaburan hartanah anda senang barai selagi tak tahu 4 perkara ini (Siri...

Pelaburan hartanah anda senang barai selagi tak tahu 4 perkara ini (Siri Akhir)

2705
2
SHARE
Sumber gambar - iProperty
Ebook Takde Duit Boleh Beli Rumah Ke
Ebook Takde Duit Boleh Beli Rumah Ke

Selagi tak sediakan diri dengan ilmu asas macam ni, Tok tak galakkan korang terus terjah masuk ke arena pelaburan hartanah.

Bukan apa. Takut korang tak larat nak tanggung kerugian yang mendatang. Dan jumlah tu bukan sikit-sikit anak tau.

Tok yakin. Sehabis boleh, semua akan elakkan masalah ni terkena kat batang hidung sendiri.

Dan buat korang yang tengah mencari ilmu macam ni, Tok sarankan korang baca sambungan artikel yang Tok kongsikan semalam.

Nota : Klik sini sekarang kalau korang belum baca Siri #1.

#3 : Perlu ke guru (atau mentor) yang bagus sebelum melabur dalam hartanah?

Ada yang kata “ya”. Tak kurang juga yang kata “tak.”

Ia bergantung kepada individu. Ada orang sudah jadi pelabur hartanah berjaya tanpa bantuan orang lain. Golongan ini biasanya buat dahulu, baru belajar selok-belok ilmu hartanah.

Kalau nak dibandingkan, golongan ini agak lambat nak capai tahap ‘berjaya’ daripada golongan yang ada guru atau mentor.

Sebab mentor atau guru adalah golongan yang sudah hadapi apa yang belum korang hadapi.

Pengalaman dan ilmu yang mereka ada harga yang tersendiri. Pengalaman mereka, mungkin ada yang tak tertanding oleh harta dan wang ringgit.

Cuma, korang perlu hati-hati dalam memilih mentor yang bagus. Sekarang ekonomi tengah gawat, dan ramai orang tengah terdesak. Maka akan bertambah ramai golongan “scammer” yang tumbuh bak cendawan lepas hujan.

Jangan cakap Tok tak pesan. Apa-apa pun, syukur Malaysia masih aman.

“Apa ciri-ciri seorang mentor yang bagus, Tok?”

#1 : Suka kongsikan pengalaman, kemahiran, serta ilmu mereka

Mentor yang baik akan bimbing kita dengan sepenuh hati, agar kita dapat capai kejayaan seperti mereka.

Kita boleh lihat sama ada mereka benar-benar serius mengajar kita, atau hanya sekadar melepaskan batuk di tangga.

Sebelum berjaya meraih kejayaan sekarang, mereka juga bermula seperti kita. Kualiti ini agak sukar dicari pada zaman sekarang.

Apa-apa pun, hargai setiap ilmu yang mereka kongsikan kepada kita. Setiap ilmu yang mereka beri, wajib kita amalkan agar pelajaran tak jadi sia-sia. Jangan pula korang ambil mudah.

Fahamkan yang hidup bermentor juga perlukan masa dan komitmen yang serius untuk capai apa yang korang impikan.

#2 : Mereka yang anda boleh jadikan role model

Golongan ini tak lari daripada sifat positif dalam diri mereka. Baik daripada segi personaliti, hingga ke cara berfikir.

Sikap positif adalah kualiti yang wajib kita bentuk dan amalkan jika mahu berjaya. Ia akan mempengaruhi sikap kita secara keseluruhan.

Kita akan jadi lebih mudah menilai setiap pilihan yang ada, bergantung kepada jenis situasi yang kita sedang hadapi.

Perhatikan jika mentor kita ada sifat ini. Jika mereka lebih ke arah negatif, Tok nasihatkan lebih baik korang jauhkan diri.

Kita boleh anggap kualiti ini (sifat positif dan negatif) macam ubat dan penyakit. Risau kalau sifat negatif itu berjangkit kat korang. Tak best pula jadinya nanti.

#3 : Komited untuk bina hubungan baik dengan anda

Apabila bercakap pasal isu tanggungjawab, mentor yang bagus tak akan sekali-kali abaikan pelajar mereka.

Jangan terkejut kalau kena marah sebab korang tak buat apa yang mereka ajar.

Bukan apa, itu sebagai bukti yang mentor korang sayang kat anak murid mereka. Mentor korang cukup serius nak ajar korang sampai berjaya.

Jangan sampai mereka patah hati ajar korang. Korang juga yang rugi nanti.

Cara komunikasi antara dua pihak yang baik jadi peranan penting dalam hal ini. Selain itu, mereka juga akan latih korang bina kekuatan mental, cara berfikir yang betul, serta membina sifat-sifat positif yang lain.

#4 : Jenis yang tak lokek berkongsi ilmu

Kita boleh lihat sama ada seseorang itu benar-benar ikhlas berkongsi ilmu atau sebaliknya.

Kalau mentor itu tak tunjukkan sebarang semangat positif yang tinggi sewaktu mengajar, elok jauhkan diri daripada mereka.

Tok tak suka korang buang masa dengan orang yang salah, sebab masa amat berharga.

Bagi Tok, tak susah mahu tengok seseorang itu benar-benar ikhlas dalam menyampaikan ilmu.

Mentor yang baik sentiasa bersemangat untuk mengajar. Mereka sanggup laburkan masa agar korang lebih berjaya daripada dia. Tok nasihatkan orang cari mentor macam ini.

#5 : Sentiasa nak anda capai result pelaburan yang baik

Sebelum Tok lupa, baik korang cari mentor yang “result-based.”

Maksud tok, mereka yang ada nama dalam industri dan sudah hasilkan “result”. Tak perlu buang masa belajar dengan orang yang belum ada hasil. Dah tentu korang nak cepat berjaya, kan?

Tapi, korang kena tahan sikit belajar dengan golongan ini. Sebab kalau korang tak buat apa yang diajar, silap-silap kena maki. Itu sebab korang kena amalkan “mindset” positif.

Marah itu tanda mentor itu sayang kat korang. Sebab mentor korang harapkan korang jadi lebih baik daripada mereka.

Mentor jenis ini sentiasa tambah ilmu baru dalam diri mereka, kemudian akan mereka kongsikan kepada korang.

Hanya dengan ilmu sahaja, korang akan berjaya capai impian. Bak kata pepatah mat saleh:

“Jika berikan orang seekor ikan, mereka hanya dapat hilangkan lapar untuk masa sehari. Jika ajar mereka memancing, boleh jadi mereka tak akan lapar lagi.” 

KLIK SEKARANG UNTUK BACA : 15 cara pelabur newbie simpan banyak duit untuk beli rumah tahun ini

Perkara #4 : Boleh ke jadi pelabur hartanah kalau tak ada duit? 

Ramai yang tak tahu, tapi suka bercakap macam dia tahu. Kalau Tok cakap, korang boleh mula melabur walaupun tak ada duit, korang percaya tak?

Sentiasa buka minda kita sebab ada caranya. Banyak orang dah buat pun.

Strategi ini digelar OPM (other’s people money/duit orang lain). Maknanya, korang gunakan duit orang lain untuk mulakan pelaburan hartanah.

Strategi ini tak sesuai untuk semua orang. Tapi bagi mereka yang sanggup belajar, tak mustahil strategi ini boleh kembangkan portfolio pelaburan mereka.

Korang boleh anggap strategi ini sebagai alat bantuan dalam pelaburan hartanah.

Kunci utama untuk mulakan pelaburan hartanah jika tak ada duit, adalah dengan gunakan kemahiran atau kelebihan yang orang lain tak ada sebagai “pengeras.”

Ini termasuk masa, kreativiti, ilmu, kenalan (“networking” kita), atau sebagainya.

Tak dinafikan, dengan duit, lebih mudah untuk kita “close deal”. Tapi tak semua perkara gunakan duit semata-mata.

Yang penting, korang mesti tahu objektif yang mahu dicapai. Agar boleh korang rangka pelan dan strategi berkesan, tanpa jadikan duit sebagai alat utama.

3 strategi mulakan pelaburan hartanah tanpa gunakan duit sendiri

#1 : Guna duit orang yang paling dekat dengan anda

Kalau dalam istilah mat saleh, ia dinamakan “private money lender.”

Ia melibatkan ahli keluarga dan bukan seperti mana-mana badan pinjaman peribadi seperti pihak bank, pemberi pinjaman berlesen, dan sebagainya.

Strategi ini biasanya dijamin oleh surat aku janji atau surat ikatan amanah yang dipersetujui dua belah pihak (peminjam dan yang meminjam).

Peminjam jenis ini ada 3, iaitu:

  • Primary Circle: Keluarga, kawan rapat, jiran, atau rakan pejabat. Mereka adalah orang yang rapat dan percaya pada kita.
  • Secondary Circle: Golongan ini terdiri daripada kenalan ahli keluarga kita, jiran kita, kawan rapat kita, atau rakan pejabat kita.
  • Third Party Circle: Mereka ini tergolong daripada senarai “networking” kita, orang luar yang kita tak kenal, mereka yang kita dapatkan melalui iklan, pelabur yang ada nama dalam industri, atau lain-lain.

#2 : JV dengan rakan kongsi yang anda percayai

Mungkin bukan satu kerja yang senang untuk dapatkan rakan kongsi yang baik. Tapi, pasti ada cara terbaik yang boleh korang buat untuk tarik dan kunci minat mereka.

Antara strategi yang korang boleh gunakan adalah seperti :

  • Berkongsi objektif pelaburan yang sama.
  • Jelaskan kepada mereka hasil yang anda harapkan dalam pelaburan yang dibuat.
  • Sentiasa bersikap adil. Amalkan “win-win situation.” 
  • Jangan berjanji secara lebih-lebih dan amalkan “over-deliver” janji anda.
  • Berkomunikasi secara berkesan setiap masa agar dua belah pihak sentiasa jelas.

Selain ini, Tok nasihatkan korang rangka pelan pelaburan yang “solid” serta “exit strategy” yang mantap. Korang juga boleh tunjukkan rekod pelaburan sebelum ini untuk yakinkan mereka.

#3 : Jadi broker sampingan, buat ‘duit tepi’

Okay. Tok faham korang tak ada modal nak mulakan pelaburan (atau korang pilih untuk tak gunakan duit sendiri untuk melabur).

Tak ada masalah. Tok nak kongsikan satu lagi strategi yang menarik yang boleh korang guna.

Korang perhatikan diri sendiri. Mungkin korang hebat dalam mencari tawaran pelaburan dengan pulangan yang tinggi.

Bagi Tok, ini satu kelebihan yang boleh korang guna untuk tarik minat pelabur keluarkan modal.

Bab pembahagian keuntungan pula bergantung kepada kepakaran korang untuk capai persetujuan dengan si peminjam. Yang pasti, korang tetap untung, tanpa keluarkan modal sendiri.

KLIK SEKARANG UNTUK BACA : “Macam mana buat duit kaw-kaw dengan hartanah?” – 3 strategi asas pelabur newbie wajib tahu

Tok akui, tulisan Tok kali ini agak panjang. Bukan apa, cuma tok tergerak hati nak beri perhatian lebih kepada mereka yang baru nak mulakan langkah ke pelaburan hartanah.

Sebagai permulaan, ini yang tok boleh kongsikan. Dengan izin-Nya, Tok harap ia dapat bantu korang.

Korang boleh jadikan ilmu ini sebagau titik permulaan ke arah kehidupan yang lebih berjaya. Pelaburan hartanah ini serius tak susah, kalau korang belajar dan terus buat.

2 COMMENTS

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here