PORTAL PELABURAN HARTANAH NO.1* DI MALAYSIA

Pelabur baru, tahu 5 perkara wajib ini sebelum anda mula melabur

Mungkin ada yang baru nak bermula, tak modal pulak tak berapa hensem. Dan atas sebab ni, ada satu konsep yang dipanggil leverage.

Tapi bila nak melabur guna ‘duit orang lain’ (other people’s money, OPM), korang kena hati-hati. Kalau tak, boleh ‘makan tuan.’

Buat pelabur yang baru nak mula, hadamkan perkongsian yang Tok baca kat The Star Property ni.

Apa maksud leverage?

Ini penjelasan ringkas tentang makna leverage :

“Korang pinjam duit untuk melabur, dan harapkan keuntungan yang lebih besar pada masa depan.”

Pinjam duit orang lain untuk melabur (leverage) mungkin dah terlalu biasa diamalkan sekarang ni.

Pelabur hartanah pinjam duit kat bank (loan rumah), untuk melabur dalam aset yang mereka tak mampu beli secara tunai (rumah). Dan jangkakan rumah tu appreciate dari segi nilai pada masa akan datang.

Selain pelaburan hartanah, boleh juga melabur dalam Amanah Saham Bumiputera (ASB), melalui ASB Financing, atau dekat mana-mana instrumen pelaburan yang lain

Bagai ‘pedang berbilah dua’?

Memang, sedap telinga kita dengar yang cara ni ada peluang buat pulangan lebat.

Tapi jangan pulak guna peluang ni secara membabi buta, sebelum tau macam mana ia berfungsi dan apa risiko yang terlibat.

Ini hakikat. Semua jenis pelaburan ada risiko yang tersendiri. Logik asas adalah lebih besar peluang pulangan pelaburan, lebih tinggi risiko yang korang kena hadap.

Macam pedang yang berbilah dua. Tapi kalau korang dapat jackpot, memang boleh buat banyak duit.

Siapa nak rugi? Sebab tu, penting untuk pelabur baru tau 5 peraturan ni sebelum pinjam duit untuk melabur :

Peraturan #1 : Kenal dulu risiko yang anda mampu tanggung

Dalam apa jenis pelaburan pun, korang kena timbang dulu antara potensi ganjaran dan risiko yang terlibat.

Korang sendiri kena jawab soalan ni :

“Apa risk appretite dan risk tolerance aku?”

Risk appetite adalah jumlah dan jenis risiko yang korang sanggup ambil untuk penuhi objektif pelaburan korang.

Dan risk tolerance pulak, tentang berapa yang korang benar-benar mampu tampung.

Korang jugak boleh apply peraturan ni untuk pelaburan yang tak gunakan ‘duit orang lain’ (OPM). Sebab portfolio pelaburan, wajib berpandukan pada risk appretite dan tolerance korang.

Cuma, bila korang nak leverage, kaji dulu berapa banyak loan yang korang selesa nak tanggung, dan pertimbangkan segala potensi senario buruk yang mungkin berlaku.

Peraturan #2 : Pastikan kos meminjam, lebih rendah berbanding pulangan pelaburan

Kalau nak selamat, pastikan kadar faedah pinjaman yang korang buat lebih rendah. Ini supaya hutang tu, tak makan pulangan pelaburan.

Mungkin ada yang anggap ini common sense. Tapi korang jangan terkejut. Ada pelabur yang tak berfikiran realistik, dan ada jangkaan pulangan pelaburan yang mengarut.

Pulangan ke atas pelaburan yang gunakan konsep leverage, adalah antara penyebaran (spread) antara faedah yang korang bayar, dan pulangkan keatas pelaburan ekuiti korang.

Sebagai contoh. Katakan korang melabur RM10,000 dan pinjam RM30,000 dekat bank.

Ini beza pulangan pelaburan yang korang dapat selepas setahun, kalau pulangan korang sebanyak 10% setahun :

5.6.17 1 1

Sumber gambar – The Star

Perbezaan kadar faedah sebanyak 1.45%, akan menjadikan pulangan berbeza sebanyak RM435. Bermakna, lebih rendah kadar faedah korang, lebih banyak pulangan bersih yang bakal korang dapat.

Peraturan #3 : Boleh letak semua telur dalam satu bakul?

Korang dapat tau daripada kenalan, ada stock yang mungkin akan meningkat nilai dalam masa yang singkat.

Tapi, korang pulak tak banyak duit dalam poket. Jadi korang pinjam dulu dekat sedara-mara dan kawan, untuk melabur dalam stock yang ‘gerenti untung’ tu.

Ada rasa tak macam korang sedang menjemput bencana?

Ramai pelabur yang baru berjinak gunakan leverage untuk melabur dalam satu stock (yang mereka yakin akan buat untung), letak semua telur dalam satu bakul.

Jelas sekali korang tak patut buat yang ni, sebab amat berisiko dan korang ada potensi yang tinggi untuk melebur.

Pada sudut yang konservatif, cara yang lebih baik (dan selamat) adalah mempelbagaikan portfolio pelaburan korang.

Leveraging lebih sesuai korang gunakan untuk pelaburan jangka masa panjang, contohnya pelaburan yang memakan masa selama 10 tahun.

Dan benda yang paling teruk korang boleh buat (bila gunakan leverage) adalah, korang tak teruskan dan berhenti kat tengah jalan.

Biasa la tu, pelaburan mana yang takde cabaran, kan?

Peraturan #4 : Ambil kira hutang lain juga

Sebelum korang pinjam duit, tengok dulu berapa banyak hutang semasa yang korang ada.

Ramai pakar yang dah kongsikan fakta ni :

“Hanya pelabur dengan pegangan modal yang banyak layak gunakan kemudahan ini.”

Sebab apa? Mungkin yang ramai tu tak layak, sebab hutang dah sedia menimbun. Tunggu masa nak kambus tuan empunya je – dari loan kereta hingga ke loan rumah.

Kalau nak leverage, pastikan korang ada punca pendapatan (cash flow) yang cantik dulu. Baru boleh bayar ansuran bulanan loan rumah baru tanpa sebarang masalah.

Dan yang paling penting, jangan sekali-kali bergantung kepada sebarang leverage yang lain untuk bayar benda tu (ansuran bulanan loan rumah baru).

Kalau cash flow cun, Tok tak kisah langsung korang nak tambah banyak lagi rumah dalam portfolio.

Nak tau satu trik? Elakkan pinjam dalam jumlah yang terlalu banyak, yang mana ini akan menjejaskan keupayaan korang membayar balik apa yang dipinjam.

Satu rule of thumb yang korang boleh ikut : Pinjam separuh daripada apa yang korang mampu pinjam, dan buat satu simpanan kecemasan selama satu tahun (gunakan untuk bayar ansuran bulanan).

Peraturan #5 : Guna leverage untuk buat duit masa pasaran sedang merundum

Tak ramai pelabur yang buat perkara ni. Kesilapan biasa adalah mereka melabur semasa pasaran sedang kukuh.

Tok bagi satu contoh.

Katakan, korang ada RM10,000 untuk dilaburkan semasa pasaran sedang jatuh merundum, dan harga saham boleh jadi serendah RM4.19. Ini bermakna, korang boleh beli sebanyak 2,000 unit saham.

Tapi bila pasaran meningkat naik balik, dan harga melonjak jadi RM5.99, korang hanya boleh beli saham sebanyak 1,600 unit (dengan jumlah pelaburan yang sama).

Nampak tak kat situ?

Bila harga saham rendah, korang boleh beli lebih banyak unit berbanding semasa harga sedang tinggi. Dan lebih banyak unit yang korang beli, lebih banyak potensi korang buat untung kalau saham tu meningkat naik.

Tapi jangan pulak korang main beli je saham. Walaupun harga rendah, tapi kalau memang takde potensi nak meningkat naik, kenapa korang nak kena beli?

Selagi boleh (kalau korang serius tak nak rugi la), elakkan terpengaruh dengan emosi semasa nak buat sebarang keputusan pelaburan.

Korang patut bermesra dengan fakta, bukan main agak-agak. Korang bukan nak memasak. Korang nak tinggikan potensi pulangan pelaburan.

Tapi Tok tak risau sangat pasal korang. Sebab korang dah selesai baca apa yang patut. Semoga berjaya dengan pelaburan yang korang pilih ya!

Tak nak terlepas info dan tips terkini berkaitan hartanah dan kewangan? Tok nak ajak korang join Channel Telegram rasmi Gilahartanah. Klik gambar untuk join.

[KLIK GAMBAR SEKARANG]

Jom join Channel Telegram rasmi GilaHartanah.
Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *