SHARE
Ebook Takde Duit Boleh Beli Rumah Ke
Ebook Takde Duit Boleh Beli Rumah Ke

Kali ini, Tok nak reviu pasal Palm Spring atau orang setempat kenal dengan nama Palm Spring Condominium.

Dibangunkan oleh Muafakat Kekal, kondominium high density terletak kat Kota Damansara. Lokasi ini memang strategik dan dekat dengan pusat bandar.

Dalam banyak yang Tok dok reviu, Palm Spring paling banyak unit kediaman setakat ini. Bukan itu saja, dorang sedia 38 parking untuk pelawat selain 329 parking untuk penduduknya.

Harga bagi unit luas 936 kaki persegi bernilai RM260,00 pada 2012, tapi korang takkan dapat dah harga macam tu.

Tambah pulak, stesen MRT akan siap dan beroperasi tahun ini dan semua unit pasti akan terkesan dengan baik.

Apa yang anda nak? Hampir semua benda ada dekat sini

Kemudahan kat kawasan Palm Spring ada macam-macam.

Contohnya, pasar mini, restoran Mamak 24 jam, dobi, dan sebagainya.

Korang rak perlu jalan jauh kalau nak beli barang basah. Setakat nak beli barangan keperluan, bawah kediaman korang semuanya ada.

Selain tu, kalau korang nak keluar peluh, Palm Spring ada sediakan fasiliti macam gelanggang badminton, kolam renang dan taman permainan.

Korang bernasib baik, penyelenggaraan kat situ terjaga dan jika ada kerosakan memang cepat dorang baiki.

Dekat sangat shopping dekat IKEA dan The Curve

Selain Palm Spring, ada beberapa lot kedai seperti kafe, restoran dan kedai serbaguna. Korang tak perlu memandu jauh, pusat beli-belah hanya beberapa minit saja dari situ.

Macam-macam korang boleh nampak, The Curve, Cineleisure dan pusat IKANO Power.

Selain tu, ada TESCO Damansara dan IKEA. Jarak beberapa minit je.Semua pusat beli-belah ni, korang boleh jalan kaki jer. Lokasinya sebelah menyebelah je.

Dalam tu, banyak kemudahan yang korang nak macam pusat pakaian, pewagam, karaoke, luncur ais, boling dan Kidzania.

Untung gila siapa yang beli Palm Spring awal-awal

Mana-mana pembeli awal projek ini, dorang mendapat banyak kelebihan dari pemaju. Agak rugi la kalau lambat beli.

Sebab apa Tok cakap macam ni?

Sebab semua yang beli awal tu, dapat jual rumah yang dibeli dibawah harga pemaju tawarkan .

Pemilik awal unit Palm Spring juga takde sebarang masalah untuk jual balik unit yang dibeli sebelum ni.

Apa yang Tok dapati, pemaju pulak ada masalah bila nak jual balik unit tu. Sebab pemilik awal tawarkan harga jualan yang lebih murah.

Berapa banyak jalan yang saya boleh guna untuk ke sini?

Nak ke Palm Spring? Senang je. Korang boleh guna Jalan Damansara, Lebuhraya Damansara Puchong (LDP), Penchala Link, dan NKVE.

Korang boleh guna mana-mana option ni untuk ke pusat bandar. Hanya 30 minit, korang dah sampai kat sana ikut Penchala Link.

Kalau rasa tak nak memandu, korang boleh naik pengangkutan awam macam bas dan teksi bandar. Lagi senang, guna GrabCar atau Uber.

Apa yang anda perlu tahu mengenai Palm Spring?

Nama projek: Palm Spring, atau Palm Spring Condominium

Alamat projek: No. 1, Jalan PJU 3/29, Section 13, Kota Damansara, 47810 Petaling Jaya,

Selangor

Muafakat Kekal

Tarikh siap: 2005

Jenis: Kondominium

Pegangan: Pajakan (Leasehold)

Jumlah blok: 6

Jumlah unit: 2,180

Keluasan binaan (Built-up area): 915 – 1,259 kaki persegi

Harga pelancaran:

RM160,000

Harga second hand (subsale): RM280,000 – RM700,000

Kadar sewa: RM945 – RM2,600

Apa kemudahan yang ada dekat Palm Spring?

  • Rumah kelab
  • 7 kolam renang
  • Kolam randuk kanak-kanak
  • Gelanggang badminton indoor
  • Gimnasium
  • Sauna
  • Jakuzi
  • Gelanggang tenis
  • Nurseri
  • Taman permainan kanak-kanak
  • Pasar mini
  • Tempat letak kereta bertingkat
  • Sistem kad akses pintar dengan 24 jam keselamatan

Dengar kata kat sini agak ketat sikit pengurusan. Kalau korang takde urusan tu, jangan nak memandai ya.

Dan jangan pulak korang cakap dorang ni kejam. Pihak pengurusan sebenarnya nak jaga keselamatan penghuninya.

Maklumlah, sini blok banyak dan penghuni pun ramai. Lagipun situ ramai yang suka (atau terpaksa) parking kenderaan secara haram.

Yang bagusnya, pintu masuk ada 2. Jadi korang dapat guna kedua pintu untuk elak kesesakan masa nak masuk nanti.

Kalau korang minat, boleh tengok info kat Propwall, PropSocial dan Property Guru.


Sumber gambar: Propwall, PropSocial, PropertyGuru

NO COMMENTS

LEAVE A REPLY