Home Tips Kewangan Fresh graduate, lebih sanggup rugi RM19K+ untuk nampak ‘stylo’?

Fresh graduate, lebih sanggup rugi RM19K+ untuk nampak ‘stylo’?

2618
0
Sumber gambar - Automachi
Ebook Takde Duit Boleh Beli Rumah Ke
Ebook Takde Duit Boleh Beli Rumah Ke

“Kalau ‘terpaksa’ sangat nak beli kereta, pastikan harga kereta tak lebih daripada gaji setahun.”

Mesti ramai yang dah boring dengar nasihat ni, kan? Mana tak, dah ulang beribu kali.

Tapi kalau diulang sejuta kali pun, masih ramai yang lebih sanggup jadi hamba nafsu. Lebih-lebih lagi fresh graduate yang baru mula bekerja.

Tok faham. Geram tengok kawan yang show-off kunci kereta jenama Jepun atas meja, sambil menghirup lembut teh tarik yang terhidang.

Hakikatnya, bukan senang nak bela ‘besi’ tu. Korang bukan setakat berhabis bayar down payment dan ansuran bulanan semata-mata.

Beli kereta, banyak benda yang anda kena ambil kira?

Buat fresh graduate yang tengah plan nak beli kereta tu, jemput hadamkan perkongsian sempoi Tuan Faiz Wahab ni laju-laju.

Tuan Faiz Wahab (Twitter)

Beliau akan buat perbandingan, dengan menganggap seorang fresh graduate terus beli kereta lepas dapat kerja. Keputusan kat tangan korang.

Tuan Faiz Wahab (Twitter)
Tuan Faiz Wahab (Twitter)

Katakan, fresh graduate ni beli kereta jenama My (nama sebenar dirahsiakan). Bawah ni adalah harga kereta yang baru.

Tuan Faiz Wahab (Twitter)

Tak nampak sangat? Tu maknanya korang dah nak…

Sorry, Tok tergurau pulak. Nah, Tok besarkan sikit gambar untuk tatapan korang.

Tuan Faiz Wahab (Twitter)

Dan ini pulak harga kereta yang sama selepas tempoh 5 tahun.

Tuan Faiz Wahab (Twitter)

Dalam masa 5 tahun saja, fresh graduate tu rugi sebanyak RM19,168 akibat susut nilai kereta tersebut.

Ingat ya, ini belum kira lagi kos selenggara kereta, minyak, cukai jalan, dan insuran. Anggaran komitmen, seperti dalam gambar:

Tuan Faiz Wahab (Twitter)

Tahu tak?

Dengan jumlah komitmen yang sama (RM1,022), fresh graduate tu mampu bayar ansuran bulanan sebuah rumah bernilai RM200,000.

Cara kira? Gunakan Formula 200:

  • RM200,000 / 200 =
  • RM1,000 (anggaran ansuran bulanan rumah)
Tuan Faiz Wahab (Twitter)

Apa yang jadi kalau fresh graduate tu beli rumah RM200,000 selepas tempoh 5 tahun?

Tuan Faiz Wahab (Twitter)

Kita ikut purata kenaikan harga 5.5% macam dalam graf tu. Nah, rumah tu akan meningkat nilai sebanyak RM261,392.

Tuan Faiz Wahab (Twitter)
Tuan Faiz Wahab (Twitter)

Fresh graduate tu boleh dapat untung RM61,000+ dalam masa 5 tahun tu! Apa pun, ini cuma kiraan kasar dan sebagai panduan saja.

Tuan Faiz Wahab (Twitter)

Lepas tu, ada pulak orang counter argument dengan beli kereta untuk tujuan buat Grab.

Tuan Faiz Wahab (Twitter)

Apa pun, timbang balik dulu setiap perkara sebelum korang buat keputusan. Ingat ya, buat keputusan yang bijak. Semoga bermanfaat.

Tuan Faiz Wahab (Twitter)

Mungkin ada antara korang yang terpaksa beli kereta. Kalau korang golongan Hawa cakap macam ni, Tok boleh faham lagi.

Tapi kalau abam-abam sado kat luar sana tu, tak payah mengada-ngada. korang boleh je pergi kerja naik motor.

Bayangkan, berapa banyak duit korang boleh simpan bila pergi kerja naik motor? Boleh mula simpan duit kahwin. Tak gitu?

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here