SHARE
Ebook Takde Duit Boleh Beli Rumah Ke
Ebook Takde Duit Boleh Beli Rumah Ke

Ada yang nak cari rumah sewa kat Jalan Klang Lama? Projek OUG Parklane adalah kediaman yang paling ramai orang cari.

Kediaman komersial ni menduduki carta teratas kat Propwall untuk rumah yang paling mendapat carian paling tinggi.

Sesiapa yang berminat, korang boleh la cari OUG Parklane. Projek ini dibina tak jauh dari Sutera Maya dan dibangunkan oleh Akisama.

Anda boleh pilih mana satu yang sesuai

OUG 4

Ada tiga fasa ketika projek itu dibina. Kesemuanya dibina di atas tanah seluas 30.08 ekar.

Fasa 1 di Zon E yang menempatkan tiga blok 31 tingkat pangsapuri dengan 1,053 unit

kediaman dan 32 unit kedai pejabat 2 tingkat.

Fasa kedua pulak, Zon D terdiri dari 2 blok pangsapuri 33 tingkat dengan 778 unit kediaman. Ada juga 33 unit kedai pejabat 2 tingkat.

Siap pada 2015, Fasa 3 dibina kat Zon A, B dan C. Ada 6 blok bangunan 33 tingkat pangsapuri dengan 2,394 kediaman.

Dalam tu, ada jugak 139 unit kedai pejabat 3 tingkat.

Pangsapuri perkhidmatan ini komponen terbesar dalam pembinaan projek dengan 4,225 unit kediaman.

Senang sangat nak datang ke sini

OUG 1

Kalau nak datang sini, korang boleh guna Jalan Puchong melalui Kesas, NPE, MRR2, Lebuh Raya Utara Selatan dan Jalan Klang Lama.

OUG Parklane ni hanya beberapa minit jer kalau korang memandu dari stesen LRT RapidKL Sri Petaling.

Atau korang boleh ikut stesen LRT RapidKL Awan Besar hanya 3 minit je. Nak ke stesen LRT RapidKL PPR pula ambil masa 5 minit jer memandu.

Paling best , lokasi OUG Parklane hanya 7KM dari Mid Valley atau 15KM ke KLCC.

Korang jugak boleh ke Sunway Pyramid, 25KM ke Putrajaya dan 40KM ke KLIA.

Nak ke tempat lain, Sunway Piramid hanya 9KM dari situ atau 25KM ke Putrajaya.

Banyak manfaat beli awal

OUG 3

Unit kediaman kat sini direka khas untuk beri taraf hidup moden dengan gaya kontemporari.

Untungnya yang dapat beli awal sebab korang dapat hadiah menarik dari pemaju.

Korang dapat banyak macam pemanas air, skrin televisyen, penghawa dingin, kabinet dapur dan almari.

Tapi yang ini hanya untuk pangsapuri berkeluasan 950 kaki persegi je. Yang lain, putih mata jer.

Lagi, dorang juga dapat yuran guaman dan SPA percuma, serta penyelenggaraan percuma selama 2 tahun.

Apa yang anda perlu tahu mengenai OUG Parklane?

Nama projek: OUG Parklane

Alamat projek: Jalan Puchong, Off Jalan Klang Lama, Kuala Lumpur

Akasima

Tarikh siap: Fasa 1 & Fasa 2 (tengah 2014) dan Fasa 3 (2015)

Jenis: Kondominium

Jenis pegangan: Pegangan Bebas (Freehold)

Jumlah blok: 11

Jumlah tingkat: Service Apartment (31 & 33), Shop-Office (2 & 3)

Jumlah unit:

Service Apartment (4,225), Shop-Office (204)

Keluasan tanah: 5.96 ekar

Keluasan binaan (Built-up area): Service Apartment (950 kaki persegi), Shop-Office 2 tingkat (2,558 – 7,579 kaki persegi), Shop-Office 3 tingkat (3,456 – 7,832 kaki persegi)

Harga pelancaran: RM285,400 (RM272 setiap kaki persegi)

Harga second handRM300,000 – RM576,000

Kadar sewa: RM900

 Kemudahan yang ditawarkan di OUG Parklane

  • Service Apartment
  • Kolam renang
  • Kolam randuk
  • Kolam berbumbung
  • Taman permainan kanak-kanak
  • Keselamatan 24 jam
  • Taman landskap

Jika korang cari mengenai pemaju projek ini, Akisama. Dorang ada portfolio hartanah yang kukuh termasuk pembinaan kediaman high-rise.

Mereka ini jugak pemaju yang sama untuk projek Kuchai Avenue, Dynasty Garden, Connaught Avenue, Continental Heights dan Klang Parade.

Wah, semuanya projek bagus.

Dari segi lokasi dan harga kat situ agak berbaloi. Tapi jumlah penawaran agak membimbangkan pelabur.

Korang bayangkan jika ada 4,000 unit sebijik dekat pasaran. Apa yang mungkin berlaku?

Kuasa belian pulak bergantung kepada penyewa dan pemilik unit. Agak-agak harga bilik akan meningkat? Korang fikir la sendiri.


Sumber gambar: PropwallPropSocial

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here