PORTAL PELABURAN HARTANAH NO.1* DI MALAYSIA

Orang ‘gomen,’ senang-senang boleh beli 6 biji rumah? Baca apa lelaki ini kongsi

Rugi kalau seorang penjawat awam, tak gunakan peluang yang mereka ada untuk beli rumah pertama.

“Ala Tok. Saya dah duduk kuarters pun. Buat apa nak beli rumah lagi?”

Betul, mungkin korang dah selesa duduk kat situ. Tapi tak bermakna korang boleh pandang sebelah mata dalam hal pemilikan rumah.

Mungkin ramai orang ‘gomen’ belum tahu, yang mereka ada kelebihan ‘ini.’

Nah, perkongsian sempoi Tuan Harith Faisal ni pasti akan buat korang sentap. Korang pasti suka baca bermula pada poin No.15.

Kelebihan orang ‘gomen’ ada, yang orang lain tak ada

1. Sampai sekarang, saya masih anggap penjawat awam ada unfair advantage untuk beli rumah banyak-banyak berbanding pekerja swasta.

Unfair advantage tu adalah dari segi kelulusan bank dan juga kemudahan yang disediakan kerajaan untuk semua penjawat awam.

2. Untuk penjawat awam, kerajaan ada bagi pembiayaan rumah sampai 100% tau melalui Lembaga Pembiayaan Perumahan Sektor Awam (LPPSA).

Maksudnya, kalau nak beli rumah RM500,000 boleh dapat RM500,000 penuh, kalau layak. Tak macam bank, 90% je biasanya.

3. Yang pastinya, penjawat awam bergaji RM3,000 lebih mudah nak beli rumah kalau kita nak bandingkan dengan pekerja swasta yang dapat gaji sama, komitmen yang sama, rekod CCRIS yang sama, harga rumah yang sama, dengan bank yang sama.

4. Tapi, saya konfiden gila yang ramai penjawat awam tak tahu pun pasal benda ni semua.

Pasal tu kita boleh baca berita ada sampai 60% penjawat awam masih menyewa atau duduk kuarters dan takde rumah sendiri.

Sedih sangat, kan. Tapi itulah realitinya.

Boleh henjut beli 6 biji rumah terus? Biar betul?

5. Benda ni berlaku sebab, bank memang lebih mudah bagi kelulusan untuk beli rumah. Pada masa yang sama, bank juga lebih mudah bagi kelulusan pembiayaan peribadi kat penjawat awam ni.

Jadi, buat apa beli rumah cepat-cepat sedangkan ada kuarters kan? Buat apa simpan duit untuk kahwin kalau boleh mohon pembiayaan peribadi, kan?

6. Sentap tak sentap lain cerita. Tapi ramai dah follower saya yang mengaku pasal benda ni, tak kurang juga client 1-on-1 saya yang datang jumpa dengan saya cerita benda yang sama.

Jadi, bagi saya benda ni memang valid dan banyak berlaku dalam kalangan penjawat awam.

7. Berbalik pada cerita penjawat awam boleh senang-senang beli 6 buah rumah. Ya! Secara asasnya lebih senanglah berbanding orang kerja swasta macam saya ni.

Tapi, janganlah lurus bendul sangat. Aduh! Senang tu bukan maknanya setahun boleh beli 6 buah rumah terus.

8. Kalau tak dapat beli 2-3 buah rumah dalam masa setahun pun takpa. Dapat sebiji setahun pun dah okay sangat.

Jangan nak ikut orang lain membabi buta kalau rezab tunai pun baru seciput. Yang penting, kau kena ada perancangan untuk membeli rumah lagi dan lagi.

Apa sebab tak layak dapat MOF tinggi?

9. Setiap orang layak untuk dapat Margin of Financing (MOF) sampai 90% – 100% untuk rumah pertama dan 90% untuk rumah ke-2 daripada bank.

Bermaksud bank berikan pembiayaan sebanyak 90% daripada harga rumah. Baki lagi 10%, perlu disediakan oleh pembeli sendiri.

10. Tapi, bergantung kat kekuatan kewangan dan skor kredit korang la. Kalau banyak sangat yang tak okay, mungkin korang dapat 80% je. Bank pun tak berani nak bagi banyak kat korang.

Antara sebab tak dapat MOF tinggi :

  1. Komitmen tinggi,
  2. Gaji kecil,
  3. Takde simpanan,
  4. CCRIS tak cun,
  5. CTOS ada rekod buruk,
  6. Takde rekod CCRIS,
  7. Penggunaan kad kredit tinggi,
  8. Rumah Master Title.

11. Tapi, kan. Kalau dah teruk sangat, bukan setakat korang tak dapat MOF tinggi. Malah, permohonan korang terus masuk bakul sampah.

Maksudnya, kalau banker proses pun, memang takkan lulus, tak kira la korang penjawat awam ataupun pekerja swasta.

12. Katakan suami isteri adalah pekerja swasta, korang boleh beli rumah pertama dan ke-2 dengan mudah sebab dapat MOF yang tinggi iaitu sampai 90% – 100%, macam yang saya sebut kat perenggan sebelum ni.

Beli rumah ke-3, tapi MOF boleh lagi dapat 100%?

13. Bila dah selesai 4 kuota rumah dengan MOF hingga 90% – 100%, boleh dah rasa lega. Dua rumah pembiayaan nama suami, dua rumah pembiayaan nama isteri.

Jadi, selepas tu kena kerja kuat lagilah untuk beli rumah lain lagi sebab MOF dah jadi 70% untuk rumah ke-3 dan seterusnya. Secara asasnya, korang perlu sediakan baki 30% daripada harga rumah dengan duit sendiri.

14. Contoh rumah RM300,000. Korang kena sediakan :

  • RM300,00 x 30% =
  • RM90,000

Itu baru baki harga rumah. Tak masuk lagi legal fee, valuation fee sekitar 5% kalau benda tu tak capitalized dalam pembiayaan rumah korang.

15. Untungnya kakitangan kerajaan, boleh dapat lagi MOF hingga 100% untuk rumah ke-3 dan seterusnya, guna manfaat pembiayaan penuh LPPSA.

Kalau suami dan isteri kakitangan awam, boleh dapat 6 buah rumah dengan MOF hingga 90%-100%.

Faham tak ni?

Strategi sempoi beli rumah guna loan kerajaan 

16. Nak maksimumkan kuota MOF 90% – 100% korang? Ini saya tolong ringkaskan :

A) Suami isteri kerja swasta :

Suami

  • Rumah Pertama : 90% bank,
  • Rumah Ke-2 : 90% bank,
  • Rumah Ke-3 : 70% bank.

Isteri

  • Rumah Pertama : 90% bank,
  • Rumah Ke-2 : 90% bank,
  • Rumah Ke-3 : 70% bank.

B) Suami swasta, isteri penjawat awam atau sebaliknya :

Suami

  • Rumah Pertama : 90% bank,
  • Rumah Ke-2 : 90% bank,
  • Rumah Ke-3 : 70% bank.

Isteri

  • Rumah Pertama : 90% bank,
  • Rumah Ke-2 : 90% bank,
  • Rumah Ke-3 : 100% LPPSA,
  • Rumah Ke-4 : 70% bank.

C) Suami isteri penjawat awam :

Suami

  • Rumah Pertama : 90% bank,
  • Rumah Ke-2 : 90% bank,
  • Rumah Ke-3 : 100% LPPSA,
  • Rumah Ke-4 : 70% bank.

Isteri

  • Rumah Pertama : 90% bank,
  • Rumah Ke-2 : 90% bank,
  • Rumah Ke-3 : 100% LPPSA,
  • Rumah Ke-4 : 70% bank.

17. Tapi, malangnya ramai kakitangan kerajaan tak terdedah dengan perkara ini.

Ramai yang saya jumpa dah terguna LPPSA untuk membeli rumah pertama. Yang joint loan LPPSA pun ada juga.

Rugi!

Ia bukanlah dosa, cuma ada rugi sikit. Tapi kalau korang plan memang nak sebiji rumah tu saja sampai pencen, panduan saya ni tak berguna pun untuk korang.

Penting cari ilmu sebelum beli rumah

18. Kalau suami isteri penjawat awam, tapi dah terbeli rumah pertama pakai loan LPPSA suami, rumah ke-2 pakai loan LPPSA isteri, dapat 4 buah rumah saja la MOF 90% – 100%. Tak dapat 6 buah rumah.

Dia akan jadi macam ini :

Suami

  • Rumah Pertama : 100% LPPSA,
  • Rumah Ke-2 : 90% bank,
  • Rumah Ke-3 : 70% bank.

Isteri

  • Rumah Pertama : 100% LPPSA,
  • Rumah Ke-2 : 90% bank,
  • Rumah Ke-3 : 70% bank.

19. Cari la ilmu kewangan dan ilmu hartanah sebelum membeli rumah pertama. Nak kumpul deposit rumah dengan cara yang cepat pun kena ada ilmunya. Nak tetapkan matlamat pelaburan dan cari rumah yang sesuai pun, perlu belajar.

Nak uruskan rumah untuk disewakan lagi. Kalau takde ilmu, memang kelam kabut. Banyak rugi daripada untung.

20. Memang banyak untung bekerja sebagai penjawat awam. Itu dapat, ini dapat. Siap CEUPACS selalu back up lagi tu. Semata-mata nak mudahkan kau untuk beli rumah.

Tapi kalau tak pandai ambil peluang, takde beza korang dengan pekerja swasta.

Semoga korang dapat banyak manfaat lepas habis baca perkongsian ilmu yang sempoi ni.

Ada kawan atau kenalan kau yang berkhidmat di sektor kerajaan? Klik SHARE dan selamatkan mereka.

Dah la kedekut duit, takkan dapat ilmu FREE macam ni pun, korang kedekut nak sebarkan. Haha! – HF

Tak nak terlepas info dan tips terkini berkaitan hartanah dan kewangan? Tok nak ajak korang join Channel Telegram rasmi Gilahartanah. Klik gambar untuk join.

Jom join Channel Telegram rasmi GilaHartanah.
Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *