Home Projek Hartanah Opal Residensi, Shah Alam – Kediaman moden untuk keluarga bahagia anda

Opal Residensi, Shah Alam – Kediaman moden untuk keluarga bahagia anda

6828
0
SHARE
Ebook Takde Duit Boleh Beli Rumah Ke
Ebook Takde Duit Boleh Beli Rumah Ke

Terletak strategik di Seksyen 7 Shah Alam, projek ini tawarkan pelbagai tarikan kepada pasaran pembeli yang pelbagai.

Tepat dengan gaya hidup dan reka bentuk masa kini, Opal Residensi nama diberi. Ini merupakan projek Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS) yang terkini.

Kediaman jenis high-rise setinggi 13 tingkat ni terdiri daripada 2 blok, memuatkan 138 unit pangsapuri moden.

Ada 4 jenis unit yang korang boleh pilih:

Unit apartmen intermediate (Jenis A & B) seluas 1,227 kaki persegi
Unit corner (Jenis C) seluas 1,345 kaki persegi
Semi-D Villa seluas 1,539 kaki persegi
Penthouse (Duplex) seluas 2,486 kaki persegi

Dan semua unit ni, ada balkoni tau. 1,227 kaki persegi tu, saiz yang paling kecil. Besar jugak tu. Senang-senang muat sebuah keluarga.

Sesuai ke Opal Residensi kalau dah ada anak-anak kecil?

Bila cakap tentang keluarga, dah tentu ada kemudahan untuk anak-anak korang.

Tadika, gelanggang sukan serbaguna, dan kolam renang untuk mereka bersuka-ria.

Tok tak habis lagi. Untuk bapak dan mak budak pulak, Opal Residensi juga ada sediakan:

  • Ruang sauna,
  • Bilik persalinan,
  • Kedai dobi,
  • Gimnasium, dan
  • Dewan serbaguna.

Sekolah? Ada banyak yang korang boleh pilih dekat sini. Nak tahu, kena baca sampai habis dulu. Tok ada kongsikan dekat penghujung artikel ni.

Dari segi keselamatan, ada kad khas untuk peghuni Opal Residensi. Bermakna, orang luar tak boleh masuk sesuka hati. So, keselamatan korang akan terjaga.

Pendek kata, pembangunan kediaman moden ni memang kena dengan gaya hidup warga kota.

Kenapa Opal Residensi di Seksyen 7, Shah Alam?

Tapak projek ni dipilih dekat Seksyen 7, sebab sini adalah lokasi pembangunan terbesar yang merangkumi kediaman, kawasan komersial, pendidikan, hiburan, dan pelbagai industri lain.

Bab kedudukan, memang strategik. Senang korang nak buat apa pun. Nak makan, senang. Nak beli barang dapur, senang.

Kalau jenis yang main suka ekstrim, boleh singgah dekat Seksyen 13. Dah penat bersukan, layan dulu KFC atau Pizza Hut dekat situ. Pergh.

Sumber gambar – suehueiong.wordpress.com

Dan bukan takat tu je. Korang jugak dekat sangat dengan Bukit Sapu Tangan dan Bukit Cahaya Alam.

Kat sini, ada Taman Botani Negara Shah Alam yang korang boleh bawak anak-anak korang berjalan. Susah nak dapat benda ni kalau hidup kat kawasan bandar.

Tapi, ini bukan masalah untuk korang. Nak hiking, atau sekadar nikmati alam semulajadi yang dekat dengan Shah Alam, ini tempatnya.

Apa yang dekat dengan Opal Residensi, korang tanya Tok?

Projek ni dekat dengan:

  • Universiti Teknologi Mara,
  • Universiti Selangor,
  • Tesco Seksyen 13,
  • Plaza Alam Sentral,
  • Kompleks PKNS Shah Alam,
  • SACC Mall,
  • AEON Bukit Raja,
  • Jakel, dan
  • Bintang Hypermarket.

Nak ke mana? Ada 6 pilihan untuk anda guna

i-City jugak dekat gila untuk korang pergi. Boleh jadi tempat luangkan masa bersama keluarga. Macam-macam korang boleh buat dekat situ pada hujung minggu.

Tarikan yang ada dekat situ seperti muzium lilin (wax museum) dan trick art museum. Boleh jugak beridah dekat tasik Shah Alam yang  luas tu. Korang jogging la puas-puas.

Pengangkutan awam yang ada dekat dengan Opal Residensi, seperti bas, teksi, dan juga KTM Padang Jawa. Tambah pulak sekarang dah ada Uber dan Grab.

Nak cari jalan keluar mudah daripada Shah Alam? Korang boleh gunakan pelbagai lebuhraya untuk ke mana-mana lokasi pilihan di hati, seperti:

  • Lebuh Raya Baru Lembah Klang (NKVE),
  • Lebuh Raya Utara-Selatan,
  • Lebuh Raya Persekutuan,
  • Lebuh Raya Damansara-Puchong (LDP),
  • Lebuh Raya Koridor Guthrie, dan
  • Lebuh Raya Sprint.

Macam-macam kemudahan, semua dekat belaka

Kalau korang jadikan pusat kesihatan sebagai elemen penting dalam memilih kediaman, Opal Residensi memang ngam dengan korang.

Nah, Tok bagi list hospital yang berdekatan:

  • Hospital Besar Shah Alam
  • Darul Ehsan Medical Centre (DEMC),
  • DEMC Specialist Hospital,
  • Columbia Asia Extended Care Hospital – Shah Alam,
  • Hospital Umra,
  • KPJ Klang Specialist Hospital,
  • KPJ Selangor Specialist Hospital,
  • SALAM Shah Alam Specialist Hospital,
  • Hospital Bersalin METRO.

Nah, Tok bagi sekali senarai buat korang yang tanya tentang sekolah yang ada dekat kawasan ni:

  • Sekolah Kebangsaan Seksyen 7,
  • Sekolah Sri Acmar,
  • Sekolah Kebangsaan Batu Tiga,
  • Greenview Islamic School,
  • Sri Kayangan School,
  • Sekolah Rendah Agama Sungai Kandis,
  • Sekolah Menengah Kebangsaan Seksyen 7.

Banyak lagi sekolah yang dekat-dekat. Dari sekolah jenis kebangsaan, sampai la ke International School. Tinggal korang nak pilih je.

Korang jugak dah tak payah tunggu lama-lama, sebab projek ni dah siap sepenuhnya. Dan harga jualan bermula daripada RM559,860.

Sesuai untuk mereka yang berpendapatan isi rumah RM6,000 ke atas.

Berminat nak tau lebih lanjut tentang Opal Residensi? Jemput isi borang di bawah dan dapatkan eBook Ringkasan Proses Beli Rumah PERCUMA! (Bernilai RM37)

Khas untuk mereka yang mendaftar segera!

[[[["field1","equal_to","Coffee"]],[["show_fields","field6"],["hide_fields","field1"]],"and"],[[["field6","not_equal_to"]],[["show_fields","field3"],["hide_fields","field6"]],"or"],[[["field1","equal_to","Tea"]],[["show_fields","field7"],["hide_fields","field1"]],"and"],[[["field7","not_equal_to"]],[["show_fields","field8"],["hide_fields","field7"]],"and"],[[["field8","not_equal_to"],["field3","not_equal_to"]],[["show_fields","field11,field10,field12"],["hide_fields","field8,field3"]],"or"]]
1 Step 1
Nama penuh andaIsi nama penuh anda
Alamat emel andaIsi alamat emel anda
Lokasi tempat tinggalIsi tempat tinggal anda
Nombor telefonIsi nombor telefon anda
Berapa gaji kasar anda?Pilih salah satu sahaja
Previous
Next

 

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here