SHARE
Ebook Takde Duit Boleh Beli Rumah Ke
Ebook Takde Duit Boleh Beli Rumah Ke

Dalam hartanah township yang paling lama di Bangsar, One Menerung dilihat paling berprestij.

Tok tengok gambar je pun dah cair. Apatah lagi korang yang baca reviu Tok kali ni.

Korang boleh tengok sendiri dekat situ, memang cantik. Konsep hijau dengan kondominium mewah bersebelahan pulak dengan kompleks membeli-belah Bangsar.

Reka bentuk yang mengancam jiwa

Kalau datang ke Bangsar, Tok macam tak percaya ada lagi ke ruang kosong untuk pembinaan projek high rise?

Tapi BRDB dapat cari ruang kosong seluas 8 ekar untuk bina kondominium paling mewah dan menakjubkan di kawasan situ.

Di kelilingi dengan 70 dan 80 kediaman landed, termasuk banglo dan rumah bertingkat, One Menerung boleh pulak muat.

Bangunan dengan bentuk S nampak ‘selesa’ dikalangan hartanah sedia ada.

Projek tu dapat menarik banyak reviu daripada pembeli dan pelabur dengan komen positif. Lokasi strategik, pemandangan cantik, architecture hebat, dan rekaan terbaik.

Nama pelik?

Nama One Menerung memang agak pelik kedengaran, tapi masih tergolong sebagai bandar hijau antara yang terbaik di dunia.

Projek ni merupakan kediaman paling berprestif di tengah Bangsar dengan pokok yang menghijau, taman sekeliling kondo dan ruang yang sangat privasi untuk korang.

Abaikan nama pelik tu, kalau korang dapat nikmati suasana seolah di taman syurga.

Lokasi cun dengan macam-macam potensi

Yang mana kaki lepak mesti tahu Bangsar terletak antara Kuala Lumpur dan Petaling Jaya. Kalau korang tak tau, korang belum lagi capai tahap otai dalam bidang melepak.

Kawasan hijau sebelah One Menerung tu sebenarnya Tanah Simpan Persekutuan dan jugak hostel untuk Institut HELP.

Informasi ni sebahagian daripada promosi pengiklanan One Menerung. Kalau ada perubahan dekat tanah simpan tu, memang akan bagi kesan kepada nilai One Menerung.

Beli sebiji, dapat 3 parking?

Situ memang banyak fasiliti.

Dah macam pekan kecil pun ada. Korang akan dapat macam-macam kemudahan kat situ. Termasuk kolam renang, sauna, deck matahari, BBQ dan banyak lagi yang ada dekat aras bawah tu.

Blok D, E dan F ada kolam renang dan rumah kelab di foreground (latar depan). Paling best, korang akan dapat 3 parking. Wow, memang menarik. Makin besar unit korang. makin banyak la ruang parking yang korang dapat.

Banyak jalan anda boleh lalu untuk ke sana

Dalam jarak dekat, korang boleh dapat kemudahan lain sekitar Jalan Telawi dan Bangsar dengan mudah.

Ada dua jalan senang nak ke lebuhraya SPRINT, korang boleh ikut Jalan Senduk atau Jalan Damansara.

Nak ke One Menerung, korang ikut saja Jalan Duta, lebuhraya Persekutuan dan Mont Kiara.

Apa yang anda perlu tahu tentang One Menerung, Bangsar?

Nama projek: One Menerung

Alamat projek: No.1, Jalan Menerung, Bangsar, Kuala Lumpur

Nama Pemaju: Bandar Raya Development (BRDB)

Tarikh siap: 2009

Jenis: Kondominium

Jenis Pegangan: Pegangan Bebas (Freehold)

Jumlah tingkat: 28

Jumlah blok: 6

Jumlah unit: 229

Keluasan binaan (Built-up area): 3,013 – 10,291 kaki persegi

Harga second hand (subsale): RM3,000,000 – RM9,000,000

Kadar Sewa: RM8,500 – RM25,000

Fi Penyelenggaraan: RM0.45 setiap kaki persegi

Anggaran Ansuran Bulanan: RM14,819

Gaji Minimum yang Layak Beli: RM29,628

Jenis kediaman yang ditawarkan di One Menerung, Bangsar

  • Blok A
    • 3,013 – 5,671 kaki persegi,
    • 28 tingkat,
    • 3+1 bilik.
  • Blok B
    • 6,843 – 7,145 kaki persegi,
    • 14 multi-storey townhouse,
    • 4+1 bilik.
  • Blok C
    • 4,385 – 7,661 kaki persegi,
    • 21 tingkat.
  • Blok D
    • 5,221 – 10,291 kaki persegi,
    • 21 tingkat.
  • Blok E & Blok F
    • 6,650 – 6,865 kaki persegi,
    • 12 unit landed,
    • 5 tingkat kediaman berkembar.

Kemudahan yang disediakan di One Menerung, Bangsar

  • Kolam renang,
  • Bilik majlis,
  • Sun deck,
  • Gimnasium,
  • Studio tarian
  • Gelanggang tenis/ skuasy
  • Tempat barbeku,
  • Lounge tetamu
  • Car wash.

Tak macam kondominium mewah lain yang mana harga lebih murah dan unit lebih kecil. Semua ni untuk menarik pelabur atau pembeli modal kecil.

Beza dengan One Menerung, korang perlu bayar harga premium. Harganya memang untuk orang yang poket tebal.

Boleh juling tengok harga juta-juta nih.

Hanya beberapa langkah dari Pusat Beli-Belah Bangsar, korang boleh nikmati secawan kopi kat Coffee Bean atau masakan Barat di Chili.

Tak pun, korang boleh menonton teater di Studio Actor. Peminat teater, memang akan rasa heaven.


Sumber: PropWall, PropertyGuru & PropSocial 

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here