Nak berjimat, tapi tak nak nampak ketara sangat? 5 tip ini khas...

Nak berjimat, tapi tak nak nampak ketara sangat? 5 tip ini khas untuk anda.

3550
3
SHARE
Ebook Takde Duit Boleh Beli Rumah Ke
Ebook Takde Duit Boleh Beli Rumah Ke

Ada orang tak kisah dengan apa yang orang lain nak kata bila hidup secara berhemat (dari segi berbelanja).

Dan adalah satu hakikat juga, tak semua orang macam ini.

Bukan semua orang boleh kawal perasaan malu dan segan bila nampak ketara sangat nak berjimat.

Kawan-kawan pula, tak semua boleh faham situasi ekonomi diri kita.

Kalau korang jenis yang macam ini, tip dalam artikel kali ini sesuai untuk korang praktikkan.

Perkongsian di blog savemoney.my ini berjaya menawan hati Tok. Sebab ia tak tunjukkan yang kita tengah berjimat secara ketara.

Yang paling best, korang tak payah nak belajar ilmu ghaib pun. Apa yang korang boleh buat adalah fahamkan tip ini dan aplikasikan ia dalam kehidupan korang segera.

Tip #1: Kurangkan penggunaan aircond kereta anda.

Banyak tip yang boleh kita baca kat Internet tentang cara nak jimatkan penggunaan penghawa dingin kat rumah.

Tapi, tak banyak yang kongsikan tip untuk jimatkan penggunaan penghawa dingin kereta secara efisyen.

Tak perlu risau. Korang bakal tahu caranya lepas ini. Penulis sendiri dah cuba tip ini dan ia terbukti berkesan.

Orang yang normal dan berakal tak akan beri nasihat untuk tutup penghawa dingin secara total.

Negara ini tak beriklim macam negara luar (yang sejuk). Malaysia adalah negara yang beriklim tropikal.

Suhu pada waktu tengahari boleh mencecah hingga minima 30 ke 36 darjah celsius, dan ini adalah perkara yang normal.

Bila memandu sendirian, turunkan suhu aircond untuk jimatkan penggunaan petrol dan gas penghawa dingin. “Pick-up” kereta kita juga akan bertambah bagus bila kita gunakan tip ini.

Satu lagi tip. Kalau korang dalam perjalanan ke rumah (dari tempat kerja, contohnya) dan tak ada pelan nak singgah tempat lain, tutup aircond dan nikmati udara luar.

Kalau korang jenis suka balik kerja lewat (kes nak elakkan “traffic jam”) atau memang balik malam, tip ini sesuai sangat untuk korang.

Apa salahnya nikmati kurniaan Allah S.W.T itu. Tak kena bayar satu sen pun.

Lagipun, korang boleh terus mandi bila dah sampai rumah kan? Jadi, tak kisah kalau berpeluh semasa dalam perjalanan.

Daripada pengalaman penulis, beliau berjaya mencecah 60km jarak perjalanan dengan sekali isi minyak sahaja dengan tip ini. Berbaloi-baloi.

Tip #2: Muat turun lagu dan movie, atau “streaming’ guna Wi-Fi awam.

Tak suka menunggu episod baru rancangan kegemaran korang kat televisyen?

Jalan penyelesaian untuk perkara ini adalah dengan memuat turun rancangan kegemaran korang melalui Internet. Dan paling seronok, korang boleh muat turun secara percuma.

Tok tak cakap kena curi Wi-Fi jiran korang (ini tindakan yang tak elok dan Tok tegah sekeras-kerasnya).

Yang Tok maksudkan adalah Wi-Fi kat kedai kopi atau kafe yang ada kat sekitar kita.

Kenapa perlu gunakan Internet kat rumah, padahal kita boleh muat turun kat tempat seperti ini dengan kos yang kurang daripada RM15 (kos purata untuk secawan kopi)?

Korang boleh nikmati setiap hirupan kopi segar sembil menonton rancangan kegemaran korang, selain jimatkan penggunaan Wi-Fi kat rumah korang sendiri.

Bukan sahaja kita boleh jimatkan Internet. Malah bil eletrik juga akan terkesan secara positif bila kita buat tip ini.

Tip #3: Langgan SEMUA “newsletters” yang berikan manfaat kepada duit kita. 

Ya, SEMUA.

Kita boleh cipta satu akaun khas untuk menerima e-mel yang tawarkan promosi dan diskaun menarik yang boleh kita gunakan.

Oleh sebab kita gunakan akaun ini untuk dapatkan tawaran, bermakna kita boleh melanggan setiap e-mel yang berikan kelebihan ini kepada kita, tanpa sebarang had.

Korang akan terpegun dengan tawaran yang ada. Kita boleh berjimat dengan banyak dan tak payah pening kepala kena keluarkan duit lebih untuk barang yang kita nak beli.

Selagi boleh jimat, kita berjimat. Dan ini adalah salah satu strategi terbaik yang boleh kita praktikkan. Setuju?

Tip #4: Order air kosong masa makan.

Perkara ini tak terhad kalau korang melepak kat kedai mamak sahaja. Bahkan kalau makan kat hotel mahal sekalipun, korang boleh amalkan tip ini.

Minum air kosong boleh sihatkan tubuh badan dan ia baik untuk diamalkan.

Perkara ini tak boleh disangkal sebab ia dah terbukti menurut kajian saintifik.

Kalau kita perhati zaman sekarang, ramai orang suka melantak ikut hati. Tak ramai yang berminat nak ambil tahu tentang nutrien permakanan yang sihat.

Mana taknya. Nama lain negara kita adalah “syurga makanan”. Dan selagi tak jatuh sakit, semua makanan kita boleh sental.

Tapi, pernah tak terfikir kalau kita jatuh sakit nanti? Lebih baik kita hindarkan diri daripada mengubati.

Tip tambahan: Kalau orang lain belanja, tak salah nak order air manis barang segelas dua. Nanti dicop sombong pula. Dan lebih baik order air berperisa kat restoran mewah, daripada memesan sebotol Aqua Panna (yang harganya agak cekik darah).

Tip #5: Amalkan mentaliti D.I.Y.

Tok yakin korang dah sedia maklum dengan maksud D.I.Y.

Bagi yang belum tahu, ia bermaksud “Do-It-Yourself”. Dan ini adalah sebuah konsep yang boleh jimatkan banyak duit kita.

Daripada hadiah hari jadi hingga untuk kegunaan diri sendiri, konsep ini bagus untuk mencantas kos berlebihan secara efektif.

Ia juga ada nilai dari sudut “sentimental value”, sebab ia dibuat dengan air tangan kita sendiri.

Hadiah yang berkonsep D.I.Y bagaikan ada kuasa tersendiri, dan ia boleh menyentuh perasaan si penerima dengan berkesan sekali.

Ini yang Tok maksudkan dengan “sentimental value” kat perenggan atas ini. Hasilnya, penerima akan lebih menghargai hadiah yang kita bagi.

Nak contoh lain? Kalau korang teringin nak basahkan tekak dengan jus oren, lebih baik beli buah oren kat kedai dan perah sendiri.

Cuba bandingkan dengan kos membeli jus oren dalam kotak atau botol. Dah tentu harganya lebih mahal, berbanding dengan yang kita buat sendiri.

Ia juga dijamin lebih bersih, selamat dan jimat.

Dengan mengamalkan konsep ini, tak perlu terkejut kalau kita boleh berjimat dengan banyak sekali.

Tak tahu nak buat? Boleh sahaja gunakan bantuan pakcik Google atau YouTube dan mula belajar kat situ. Perlahan-lahan kayuh dahulu. Lama-lama nanti, mesti boleh buat laju-laju.

Macam mana? Okay tak tip-tip yang Tok kongsikan kali ini?

Sekarang adalah waktu paling sesuai untuk kawal perbelanjaan. Ekonomi negara ini tengah tak betul dan ada potensi untuk jadi semakin parah.

Lebih baik sediakan diri awal-awal sebelum terkena kemudian hari.

Korang ada tip sendiri?

Boleh saja kongsikan kat ruangan komen. Tok suka sekali nak tahu. Boleh Tok dan pembaca lain sedut ilmu yang baik tu.

3 COMMENTS

  1. 1. Guna pengangkutan awam
    2. Bawa bekal ke pejabat / tempat kerja
    3. Minta sedara yang tidak bekerja untuk mengasuh anak
    4. Exercise di taman dan tak perlu ke gym

  2. saya sokong..dan da lama amalkan no 1 , 4 dan 5..eventually sya berjaya melangsaikan hutang
    kereta dan rumah (semuanya +/- $200K) dlm masa 10 tahun…saya free debts sekarang ni..
    hanya hutang pada Allah yang saya fokus sekarang ni..hu hu hu..

LEAVE A REPLY