“Umur belum 30 lagi, dah muflis? Apa kau buat?”

“Sebanyak 1.1% individu diisytihar muflis antara tahun 2014 hingga 2016, dan mereka ini berusia bawah 30 tahun.” – Bekas Timbalan Menteri Kewangan, Datuk Othman Aziz (Sumber: Berita Harian, 13 November 2017).

Mungkin ada yang anggap, ini jumlah yang biasa-biasa. Tapi ini adalah bukti, masih ada anak muda yang terlampau melayan nafsu semata.

Kalau tak ditegah masalah ini, mungkin akan jadi lebih parah pada masa akan datang.

Anak muda. Tok faham korang dah bekerja. Tapi itu bukan lesen untuk korang bersuka ria tak ingat dunia.

Tak nak termasuk dalam statistik ni? Ini ada tip ‘baik punya’ untuk korang.

Hutang banyak, tapi gaji ciput. Apa nak buat? 

Jemput hadam dan amalkan perkongsian Tuan Amir Syahir ini kalau korang tak nak jadi mangsa.

“Encik, saya ada masalah hutang yang serius. Boleh Encik bantu saya?”

“Awak, saya ada hutang personal loan RM50K. Macam mana nak selesaikan ya?”

“Aku kena AKPK. Boleh tolong aku tak?”

Ini antara contoh yang hinggap kat ruangan mesej Facebook saya.

Cuba bayangkan. Korang berhutang banyak gila, tapi pendapatan ciput saja. Macam mana nak bayar hutang tu, kan?

Jadi, selalu ingat pesanan ini:

“Mencegah sentiasa lebih baik daripada mengubati.”

Tak apa. Masa muda ni, buat la apa yang korang suka. Memang masa muda korang, masa untuk enjoy, kan?

Tapi bila dah mula terbeban dengan hutang buruk yang diri sendiri buat, baru la kelam-kabut nak cari jalan penyelesaian, kan?

Kalau nak elak jadi mangsa, amalkan tip mudah kat bawah ni tanpa ragu-ragu:

Tip #1: Rangka bajet setiap bulan. Jangan pakai belanja saja!

Tiap kali dapat gaji, korang dah tahu apa yang perlu dibayar. Jadi, korang boleh jadikan amalan untuk buat senarai bajet yang simple.

Ini antara contoh yang korang boleh buat:

  • Belanja makan: RM400,
  • Belanja pengangkutan (transport): RM300,
  • Bil air dan eletrik: RM100,
  • Bil telefon: RM100,
  • Ansuran kereta: RM550,
  • Ansuran rumah: RM1,100.

Dengan ada bajet ni, korang akan tahu ke mana duit korang akan pergi.

Tip #2: Pantau bajet. Catit setiap perbelanjaan

Dah buat bajet, kena la pantau. Catit setiap duit yang korang gunakan. Segala perbelanjaan yang berlaku, korang wajib ambil tahu.

Dari sini, korang akan tahu ke mana duit korang tu pergi. Bukan harapkan duit gaji setiap bulan semata-mata. Kalau gaji bulan tu sesat tak masuk akaun korang, macam mana?

Perbelanjaan korang jugak, mungkin berubah setiap bulan. Tapi ini takkan jadi masalah kalau korang dah bersedia. Itu sebab, korang wajib sediakan tabung kecemasan sebagai persediaan.

Tip #3: Analisa bajet diri sendiri

Oh, kalau ekonomi negara, pandai pulak korang analisa bak profesor. Cakap mata wang turun mendadak, harga rumah akan jadu bagai.

Tapi bab nak analisa kewangan sendiri pulak, ke laut perginya.

Bila dah rangka dan pantau bajet, baru korang akan dapat tahu aliran tunai korang positif atau tak.

Ini contoh indikator mudah yang korang boleh gunakan:

  • Perbelanjaan LEBIH DARIPADA Pendapatan = Bagus,
  • Perbelanjaan SAMA DENGAN Pendapatan = Tak Bagus,
  • Perbelanjaan LEBIH DARIPADA Pendapatan = Bahaya.

Tip #4: Cari dan belajar ilmu simpan duit

Apa pun, korang wajib belajar menabung. Tak susah mana pun. Mulakan dengan idea simpan duit hijau (RM5). Bila dah biasa simpan RM5, tak susah pun nak simpan RM50 sebulan.

Bila naik gaji, tambah simpanan tu jadi RM100. Lama-lama nanti, korang senang-senang boleh menyimpan 10% daripada gaji bulanan korang.

Dah ada simpanan nanti, senang korang nak laburkan duit tu.

Jangan pulak masa muda, dah ada perangai tolak pelaburan. Sedap je kata pelaburan tu haram, dan macam-macam lagi tomahan yang bukan-bukan. Bila dah tersedar ni, takut menyesal tak sudah je.

Ingat ya, umur kita semua makin meningkat setiap hari. Jadi, mulakan masa korang tengah muda ni.

Tip #5: Kebalkan diri dari jadi mangsa hutang

Ingat tak ayat tadi:

“Mencegah sentiasa lebih baik daripada mengubati.”

Kalau korang sedar duit gaji tak besar mana, kenapa mengada-ngada nak beli sofa harga RM5,000 secara ansuran?

Selagi korang kena beli barangan seperti TV LCD, peti sejuk, atau yang sama waktu dengan cara berhutang, bermakna korang tak mampu nak beli barang tu secara tunai.

Lebih bagus kalau korang kumpul duit dan beli terus secara cash (tunai). Buang masa dan duit korang untuk bayar hutang barangan bersifat liabiliti ni.

Elakkan diri jadi pencinta hutang (debt lovers). Elok lagi korang jadi pencinta kucing (cat lovers). Eh!

Tip #6: Tahu beza antara ‘keperluan’ dan ‘kehendak’

Nak tak nak, korang kena belajar untuk tahu bezakan 2 benda ni. Macam contoh kat atas tadi, itu adalah keperluan atau kehendak korang?

Saya dah pernah jumpa orang yang ada kereta mewah, tapi simpanan ke mana.

Pernah jugak jumpa orang yang jaga awek high-maintenance, tak pernah terlepas bagi RM1,000 sebulan. Tapi dekat mak bapak, tak pernah pulak bagi.

Macam-macam kesilapan yang kita akan buat kalau tak tahu bezakan 2 benda ni.

Dan satu masalah utama mereka, adalah sebab nak nampak mewah dan kaya. Semata-mata nak menunjuk kat kawan-kawan atau media sosial. Nah, mohon terasa.

Tip #7: Kekalkan perbelanjaan pada tahap minimum

Tak salah nak belanja diri sendiri sekali-sekala. Ini boleh dikira sebagai hadiah kat diri sendiri lepas penat bekerja.

Ini lain pulak yang korang buat. Sanggup ikat perut, berlapar bagai semata-mata nak tanggung liabiliti, tukar sport rim setiap 6 bulan, beli mod vape beribu Ringgit, atau sebab nak merasa bercuti kat negara Eropah.

Gaji naik, bukan lesen untuk korang naikkan taraf hidup. Korang yakin ke korang akan kekal dengan kerja sekarang sampai bila-bila?

Lebih bagus korang berbelanja untuk perkara yang perlu saja.

Duit lebih, simpan. Kalau tak cukup, cari sumber pendapatan lain untuk tampung perbelanjaan. Kalau nak cari duit pun malas, tolong jangan acah-acah hidup macam orang kaya.

Cukup-cukup la ambil tahu tentang perkara yang tak perlu. Buang masa korang je.

Dari korang korek cerita artis yang bukan-bukan, baik lagi korang cari ilmu kewangan.

Bila dah buat semua tip ni, korang confirm susah terkena jerat kewangan yang tak pernah memilih mangsa.urus

90 Shares

Leave a Reply