Gabungan MKH dan PR1MA, bangunkan pembangunan bercampur di Kajang bernilai RM464 juta

Gabungan MKH dan PR1MA, bangunkan pembangunan bercampur di Kajang bernilai RM464 juta

408
0
SHARE
Sumber gambar: PropertyGuru
Ebook Takde Duit Boleh Beli Rumah Ke
Ebook Takde Duit Boleh Beli Rumah Ke

Satu projek pembangunan bercampur baru di Kajang dengan nilai pembangunan kasar RM464 juta akan dibangunkan bersama oleh MKH Bhd dan PR1MA Corp Bhd.

Metro KL City Sdn Bhd, anak syarikat PR1MA, akan membangunkan projek kediaman dan komersial berstrata dalam 8.22 ekar tanah pegangan bebas PR1MA sepanjang tempoh 4 tahun.

Metro KL City akan mempunyai saham 70% daripada keuntungan dan kos, dan akan membuat pelaburan modal permulaan sebanyak RM38 juta bagi kerja-kerja awal.

Dana ini akan dikumpulkan menerusi dana dalaman, pinjaman bank, atau kedua-duanya.

Menurut MKH, projek itu akan siap dalam tempoh 36 bulan selepas perjanjian bersama ditandatangani antara Metro KL dan badan berkanun pada Isnin.

Lokasi projek tawarkan potensi terbaik untuk perumahan dan aktiviti komersial

Walaubagaimanapun, Metro KL dikehendaki untuk kemukakan jaminan bank sebanyak RM18 juta untuk PR1MA dalam tempoh 6 bulan pertama.

Sementara itu, MKH percaya bahawa lokasi projek itu menawarkan potensi yang baik untuk perumahan dan unit komersial.

KTM Stesyen Kajang yang terletak beberapa minit jauhnya, akan dihubungkan ke stesyen MRT Kajang yang akan datang.

Terdapat juga Kolej Universiti New Era, sekolah rendah dan juga menengah, bank-bank, kedai makan, kompleks membeli-belah dan hospital, yang terletak dalam jarak 1KM ke 2KM radius.


[Sumber berita asal: PropertyGuru]

NO COMMENTS

LEAVE A REPLY