Miliki Rumah Idaman Keluarga Anda Di Bandar Seri Coalfields

Miliki Rumah Idaman Keluarga Anda Di Bandar Seri Coalfields

3229
1
SHARE
Ebook Takde Duit Boleh Beli Rumah Ke
Ebook Takde Duit Boleh Beli Rumah Ke

Korang tengah cari rumah yang selesa untuk tinggal bersama keluarga?

Cuba korang tengok projek Bandar Seri Coalfields ni.

Bandar Seri Coalfields, projek perumahan terbaru daripada pemaju perumahan Kuala Lumpur Kepong (KLK) Berhad.

Kuala Lumpur Kepong Berhad, pemaju perumahan Bandar Seri Coalfields
Kuala Lumpur Kepong Berhad, pemaju perumahan Bandar Seri Coalfields

Projek Perumahan Terbaru Di Sungai Buloh

BSC Ixora
Rumah teres 2-tingkat di Ixora Residence, Bandar Seri Coalfields

Bandar Seri Coalfields ni terletak di Sungai Buloh, iaitu sebahagian daripada kawasan yang telah dikenalpasti untuk projek Greater KL dalam Pelan Transformasi Kerajaan (GTP).

Dibina di atas tanah berkeluasan 1,000 ekar berstatus Pegangan Bebas (Freehold), Bandar Seri Coalfields bakal mempunyai kawasan kediaman (residential) dan perniagaan (commercial).

Antara jenis rumah yang ditawarkan di sini termasuk rumah Semi-D, banglo, rumah teres, ‘link homes’ dan ‘superlink homes’, dengan keluasan 1,893 kaki persegi hingga 3,066 kaki persegi.

Direka Khas Untuk Keselesaan Sekeluarga dan Tetamu

BSC Senna Homes
Rumah Teres 2 Tingkat di Senna Homes, Bandar Seri Coalfields

Kesemua rumah yang dibina mempunyai ruang yang luas dan selesa, didatangkan dengan 4 buah bilik dan 4 buah bilik air/tandas.

Untuk mengelakkan masalah anai-anai di masa hadapan, pihak pemaju telah membina rumah tersebut di atas tanah yang telah dirawat dengan bahan pencegah anai-anai, jadi korang tak perlu risau nak upah ‘pest control’ nanti.

Setiap unit juga ada dapur kering dan dapur basah (wet and dry kitchen) untuk keselesaan kaum hawa memasak untuk ahli keluarga dan tetamu yang ramai.

BSC Central 1
Kedai & Pejabat – 2&3 Tingkat di BSC Central 1, Bandar Seri Coalfields

Bandar Seri Coalfields ni memang dah direka lengkap dengan kawasan bisnes yang khusus, ruang lanskap beserta taman permainan yang menarik, dan jalan raya selebar 50 kaki untuk korang dan tetamu letak kereta di tepi jalan.

Bila bandar ni siap nanti, akan ada tadika, sekolah rendah, sekolah menengah, dan kemudahan asas lain seperti klinik kesihatan kerajaan, pasar basah, masjid, gereja dan surau.

Bersambung Dengan Lebuhraya Utama di Lembah Klang

Rumah Semi-D di Banyan 2, Bandar Seri Coalfields
Rumah Semi-D di Banyan 2, Bandar Seri Coalfields

Lokasi Bandar Seri Coalfields yang strategik ini bersambung dengan jalanraya dan lebuh raya utama seperti:

  • NKVE
  • LDP
  • Guthrie Corridor Expressway – untuk pergi ke Rawang dan Shah Alam dengan mudah.
  • Federal Road 54
  • Jalan Kuala Selangor
  • Latar Highway – untuk akses mudah ke Utara menuju Ipoh melalui exit Templer.

Kalau korang nak maklumat terperinci pasal projek ni, korang boleh datang ke Property Talk di bawah ni.

Jemputan Ke Property Talk bersama Adrian Un dan Faizul Ridzuan pada 7 Mei 2016 (Sabtu)

Pihak KLK Berhad nak jemput korang semua untuk datang ke Property Talk di Mutiara Damansara pada hari Sabtu ni.

20130131_Adrian Un_01
Adrian Un, CEO Skybridge International

 

Faizul Ridzuan
Faizul Ridzuan, CEO FAR Capital

Di dalam Property Talk ini, mereka akan berkongsi berkenaan:

  • Bagaimana Menjana Keuntungan Besar Dalam Pelaburan Hartanah Menggunakan Teknik “Smart Leveraging” – Adrian Un
  • Adakah 2016 Tahun Pemulihan Pasaran Hartanah di Malaysia – Faizul Ridzuan
  • Sesi soal jawab bersama para speaker jemputan

Berminat? Ini maklumat terperinci Property Talk tersebut:

Tarikh: 7 Mei 2016 (Sabtu)

Waktu: 11.45 pagi – 3.00 petang

Lokasi: KLK LAND Property Gallery, Menara KLK, Mutiara Damansara, Petaling Jaya.

Google Map: 

Tempat terhad untuk 50 orang pertama sahaja. Siapa cepat, dia dapat.

Daftar sekarang. Klik link biru di bawah ini dan masukkan maklumat korang untuk reserve seat sekarang:

Red Arrow

KLIK SINI UNTUK DAFTAR KE PROPERTY TALK DI MENARA KLK SEKARANG!

 

1 COMMENT

LEAVE A REPLY