Home Berita Terkini Nak menang RM50K untuk bayar down payment rumah? Ini peluang ‘baik punya’...

Nak menang RM50K untuk bayar down payment rumah? Ini peluang ‘baik punya’ untuk anda!

1052
0
SHARE
Sumber gambar - Flickr
Ebook Takde Duit Boleh Beli Rumah Ke
Ebook Takde Duit Boleh Beli Rumah Ke

Tanya la kat sesiapa pun.

Nak kumpul duit down payment rumah, bukan satu kerja yang mudah. Tok yakin ramai yang kat luar sana setuju dengan perkara ni.

Kalau takde disiplin dalam bab menyimpan, memang sampai ke sudah tak terkumpul duit tu. Maka impian membeli rumah, hanya akan jadi angan-angan semata.

Suka tak korang kalau Tok kata, korang berspeluang untuk dapatkan duit down payment sehingga RM50,000?

Korang mesti suka dengan apa yang PropertyGuru tawarkan ini. Siapa cepat, dia dapat.

Beli rumah, masih lagi satu cabaran buat rakyat Malaysia?

PropertyGuru telah melancarkan peraduan “My Dream Home” yang menawarkan hadiah wang tunai sebanyak RM50,000, sebagai misi membantu rakyat Malaysia memiliki rumah kediaman mereka sendiri.

Wang tunai yang ditawarkan boleh digunakan untuk membantu pembayaran wang pendahuluan yang seringkali menjadi bebanan kepada para pembeli di negara kita.

“Banyak rumah kediaman di Malaysia yang dianggap sebagai bukan mampu milik. Harganya berada di lingkungan 5.5 kali pendapatan median.

“RM50,000 boleh membantu pembeli dalam mencapai matlamat memiliki rumah kediaman mereka, terutamanya untuk membuat bayaran pendahuluan, yuran guaman dan kos berpindah.

“Peraduan “My Dream Home” PropertyGuru bertujuan untuk memberikan peluang yang unik kepada pembeli yang layak untuk memiliki tempat kediaman sendiri,” kata Sheldon Fernandez, Pengurus Negara bagi PropertyGuru Malaysia.

“Apa yang perlu saya buat untuk sertai pertandingan ini?”

Sheldon Fernandez, Country Manager PropertyGuru Malaysia (s)

Apa yang perlu dilakukan bagi mereka yang berminat untuk menyertai kempen ini adalah mencari rumah impian mereka di laman Pelancaran Baru PropertyGuru atau Ulasan Projek PropertyGuru.

Kemudian mereka harus menghantar pertanyaan kepada pemaju pilihan mereka dan membuat bayaran tempahan unit untuk memulakan proses penyertaan peraduan “My Dream Home”.

Terdapat lebih 480 ulasan projek di laman sesawang PropertyGuru, yang memberikan analisa terperinci bagi setiap projek yang meliputi latar belakang pemaju, tawaran-tawaran projek pembangunan baru, ciri-ciri istimewa, harga jualan dan butiran mengenai kawasan di sekitar tempat kediaman projek terbabit.

Lokasi projek-projek yang ada merangkumi Ampang, Ara Damansara dan Bukit Bintang sehinggalah negeri-negeri lain seperti Pulau Pinang dengan hartanah di Batu Feringhi dan Georgetown, serta Johor dengan lokasi di Medini dan Skudai.

“Salah satu daripada cara terbaik untuk mencari hartanah adalah untuk mengkaji dan melengkapkan diri dengan pengetahuan mengenai lokasi, sejarah pemaju, serta menentukan sama ada individu tersebut benar-benar mampu untuk memilikinya,” tambahnya.

Nak bantu lebih ramai orang miliki rumah sendiri

“Maklumat yang mendalam mengenai projek yang diinginkan, penggunaan visual 3D serta ilustrasi-ilustrasi artis mampu membantu pembeli menggambarkan projek yang diinginkan,” katanya lagi.

“Pandangan yang realistik mengenai apa yang dapat dicapai ataupun tidak turut menjadi elemen penting dalam proses pemilihan rumah kediaman seseorang.

“Kalkulator pembiayaan rumah PropertyGuru boleh mengira jumlah maksimum pinjaman perumahan berdasarkan pendapatan tahunan dan kemampuan untuk membayar balik pinjaman tersebut.

“Tujuan kami di PropertyGuru adalah untuk membantu seramai mungkin rakyat Malaysia untuk mendapatkan rumah kediaman impian mereka dengan realistik, dan dari sinilah datangnya idea untuk kempen ini,” kata Sheldon.

Untuk butiran lanjut mengenai cara mendapatkan peluang untuk memenangi

RM50,000 dalam Peraduan “My Dream Home” PropertyGuru, sila layari : PropertyGuru.com.my/mydreamhome

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here