“15 orang ini dapat manfaat bila rumah busuk terjual” – Ir. Ajak

Kalau nak cerita pasal ‘rumah busuk,’ mungkin ramai yang tak berminat.

Biasa la tu. Sifat manusia, suka tengok benda yang lawa-lawa je. Tok tak pernah nak salahkan korang pasal ni. Tok pun tak pernah sempurna.

Tapi kalau pandai main, memang senang kita nak buat duit dengan rumah macam ni. Lagi satu, kena banyak bersabar.

Dan bukan setakat kita dapat buat untung je ya. Ada banyak lagi pihak yang akan dapat manfaat bila kita beli dan cantikkan ‘rumah busuk’ ni.

Jemput hadamkan perkongsian sempoi Tuan Ir Ajak Abdul Razak ni kalau serius nak tahu.

#1 : Kita dapat bantu owner settle-kan hutang

Kalau sebuah rumah busuk yang dilelong dan dibeli oleh seseorang, maka hutang owner rumah tadi tu akan dapat diselesaikan.

Dan kalau ada wang lebihan lepas dah langsaikan hutang owner, wang lebihan tu akan diserahkan kepada owner.

Bila hutang owner tadi tu selesai, dia akan hilang status bankrap. Nampak tak? Korang dah tolong owner menyelesaikan masalah dalam hidup dia.

#2 : Pihak majlis akan dapat hasil

Majlis yang saya maksudkan adalah pihak berkuasa tempatan, sama ada :

  • Majlis Daerah,
  • Majlis Perbandaran,
  • Majlis Bandaraya.

Setiap kali transaksi ‘rumah busuk’ berlaku, pihak majlis akan dapat hasil kutipan cukai pintu. Ini bermakna :

  • Cukai yang tertunggak sekian lama dapat dijelaskan,
  • Cukai berkala setiap 6 bulan dapat dikutip selepas ini,
  • Bayaran proses untuk ubahsuai rumah (jika nak ubahsuai rumah).

Manfaat seperti ni akan membuka ruang untuk pihak majlis, menggunakan sebahagian hasil kutipan untuk kebaikan perkara yang lain.

Secara tak langsung, ini akan memberi manfaat kepada penduduk sekitar. Lagi banyak transaksi ‘rumah busuk’ berlaku, bermakna lagi banyak la manfaat yang dapat diperolehi.

#3 : Pejabat tanah juga tak terkecuali

Pasti ada cukai tanah yang tertunggak oleh pihak owner. Pemenang rumah lelong akan bayar segala tunggakan yang ada semuanya.

#4 : Pihak utiliti juga turut sama dapat manfaat

Antara pihak utiliti yang akan mendapat manfaat adalah :

  • TNB,
  • Air,
  • IWK (Indah Water Konsortium).

Mereka akan memperolehi hasil macam biasa, dan mungkin jugak boleh dapat hasil daripada hasil tunggakan. Yang ni, ikut keadaan jugak.

#5 : JMB juga dapat kaut untung?

Kalau ‘rumah busuk’ yang dibeli tu tergolong dalam kelas berstrata (bertingkat), pihak JMB jugak akan dapat kutip hasil tunggakan maintenance.

#6 : Jiran anda akan tersenyum lebar

Bila ‘rumah busuk’ yang korang beli tu dah jadi wangi, bermakna :

  • Rumah tu takkan ada semak-samun,
  • Tak jadi sarang binatang berbisa atau nyamuk,
  • Tak jadi sarang penagih dadah,
  • Pandangan sekitar rumah jiran jugak akan nampak lebih cantik.

Senang cerita, jiran korang pun akan senang hati dengan korang.

#7 : Ramai yang berminat nak menyewa

Bila dah wangikan ‘rumah busuk,’ ini akan dapat berikan manfaat kepada penyewa (kalau korang plan nak sewakan rumah tu la).

Dan kalau ada kawan-kawan terdekat atau saudara-mara yang nak menyewa, boleh korang sewakan pada kadar yang berpatutan.

#8 : Pelelong pun tak terlepas dapat ganjaran

Bila berlaku proses lelongan awam, rumah akan ada pembida yang menang. Maka, pelelong tu akan dapat ganjaran dari segi fee (yuran).

Bermakna, korang dah berkongsi rezeki dengan orang lain, kan?

#9 : Kongsi rezeki bersama ejen hartanah

Ejen hartanah jugak akan dapat manfaat dari hasil transaksi ‘rumah busuk,’ sama ada bantuan sebelum lelongan atau jualan ke atas rumah yang dah di’wangi’kan.

Sekali lagi, korang jugak dapat berkongsi rezeki dengan ejen hartanah tu. Bertambah-tambah murah la rezeki korang nanti, In Shaa Allah.

#10 : Peguam pun tak terkecuali

Transaksi ‘rumah busuk’ pasti tak melepaskan pihak peguam untuk dapatkan hasil fee (yuran).

Pihak lawyer beri perkhidmatan profesional melalui rumah yang nak dilelong dan selepas lelongan (kalau terdapat ‘rumah busuk’ yang dah wangi untuk dijual).

#11 : Pelukis pelan pun dapat makan bersama

Kalau ada ‘rumah busuk’ nak di’wangi’kan, maka ini jugak akan jadi rezeki penulis pelan untuk melaksanakan proses kelulusan pelan ubahsuai.

#12 : Kontraktor pun tak terlepas

Pihak kontraktor jugak akan mendapat peluang untuk dapat job membaiki rumah atau renovation.

Antara kontraktor yang boleh mendapat manfaat seperti :

  • Kontraktor binaan,
  • Kontraktor elektrik,
  • Kontraktor pagar gril,
  • Kontraktor aircond,
  • Kontraktor kabinet.

#13 : Orang valuer juga dapat rasa nikmat

Kalau transaksi tu melibatkan pembiayaan rumah, pasti tak ketinggalan untuk perunding hartanah (property valuer) untuk berikan perkhidmatan mereka.

#14 : LHDN juga sama-sama untung

Transaksi ‘rumah busuk’ tak melupakan bayaran hasil setem duti kepada pihak kerajaan melalui LHDN.

#15 : Bank pun dapat rasa untung juga?

Manfaat ini jugak dapat dirasa oleh pihak bank, yang berikan khidmat perbankan melalui pinjaman ke atas transaksi ‘rumah busuk.’

Siapa lagi yang dapat manfaat?

Mungkin ada lagi pihak lain yang secara langsung atau tak langsung akan terlibat dalam transaksi ‘rumah busuk,’ mahupun rumah wangi.

Banyak betul faedah melayan ‘rumah busuk’ ni. Tu sebab, saya ambil inisiatif untuk war-warkan keseronokan melayan ‘rumah busuk’ ni.

Lagipun, saya yakin dan pasti. Kalau kita jadi penyebab kebaikan dan punca rezeki kepada orang lain, pasti Allah S.W.T juga akan berikan ganjaran pahala kepada kita jua.

In Shaa Allah, dengan satu transaksi rumah busuk, ini akan berikan faedah kepada 15 pihak yang lain.

Setuju?

Ir. Ajak
Hobi Rumah Busuk

P/S : Nah, saya sediakan sekali gambar projek sebelum ini, Rumah yang dulu ‘busuk,’ sekarang dah jadi ‘wangi.’

Sumber gambar – Ir Ajak Abdul Razak (FB)
Sumber gambar – Ir Ajak Abdul Razak (FB)

Bila kita membeli, bukan bermakna kita untung sendiri-sendiri je. Ada lagi insan lain yang dapat bersama nikmati.

Dan semua ini tak terkecuali walaupun sekadar ‘rumah busuk’ yang kita beli. Dalam masa yang sama, semua dapat merasa bersama.

Jemput SHARE perkongsian bermanfaat ni kepada yang lain. Biar lebih ramai tahu perkara ini.

144 Shares

Leave a Reply