“Makin hari, makin tua. Tapi simpanan kau tak ke mana”

Ini soalan paling famous yang semua orang ada :

“Berapa banyak kena simpan setiap bulan, supaya masa depan kewangan aku tak rabak?”

Dah macam-macam jawapan dan tip yang pakar kewangan berikan. Ada yang cadangkan 20% daripada gaji bulanan. Yang 50% pun, ada.

Tak kira korang nak simpan berapa banyak, pastikan korang buat 9 jenis simpanan ni untuk kewangan yang sihat sejahtera.

Jadi, berapa banyak simpanan yang korang wajib buat?

Tabung #1 : Simpanan kecemasan

Sumber gambar – The Peruvian’s Savings Blog

Siapa pun takkan tahu bila kita akan diuji. Dan pada kebanyakan masa, duit akan jadi isu utama.

Jadi, wajib korang sediakan diri dengan adakan tabung kecemasan untuk waktu yang tak dijangka. Contohnya, kereta korang breakdown tiba-tiba, atau kena buang kerja.

Siapa yang boleh jangka semua ni, kan? Tu sebab, Tok pentingkan tabung kecemasan ni.

Biasanya, orang akan buat simpanan tabung kecemasan selama 6 bulan gaji. Bermakna, kalau gaji korang RM2,500 sebulan, korang kena ada RM15,000 sebagai simpanan kecemasan.

Takde la korang kena simpan RM2,500 setiap bulan terus. Korang boleh asingkan 10% hingga 30% gaji (ikut kemampuan korang) untuk tujuan ni. Simpan sikit-sikit, sampai dah capai jumlah 6 bulan gaji.

Tabung #2 : Simpanan perubatan

Sumber gambar – Kiplinger

“Ingat 5 perkara, sebelum 5 perkara.”

Ini tabung ke-2 yang wajib korang kena ada. Nama biasa untuk tabung ni adalah tabung perubatan, atau Takaful.

Baik korang buat simpanan ni awal-awal. Sediakan diri semasa sihat untuk waktu sakit nanti, supaya korang tak terbeban dengan kos perubatan yang semakin tinggi.

Korang wajib ada pelan perlindungan dengan caruman antara 5% hingga 10% daripada gaji. Contohnya, kalau gaji korang RM2,000, caruman adalah sekitar RM150 hingga RM200.

Syarikat Takaful ada macam-macam jenis produk yang berikan manfaat mengikut kehendak pelanggan. Jadi, pastikan korang kaji dulu produk Takaful yang ada.

Tabung #3 : Simpanan untuk kahwin

Sumber gambar – Film Jackets

Korang mesti pernah dengar orang buat loan untuk kahwin, kan? Kalau tengok, memang ramai yang amalkan benda ni yang akan ‘makan diri’ balik nanti.

Sebab tu, Tok cadangkan korang dan bakal pasangan untuk simpan duit kahwin seawal yang mungkin. Tak payah korang nak kena buat loan.

Kalau belum ada calon lagi, mulakan je dulu. Nanti bila dah jumpa bakal pasangan yang sesuai, korang dah ada duit simpanan yang mencukupi.

Katakan, korang nak kahwin dalam masa 2 tahun lagi, dan target nak simpan dalam RM20,000 untuk uruskan kos majlis dan lain-lain. Mulakan dengan simpan RM833.33 sebulan untuk tempoh 24 bulan.

Kalau gaji hakiki tak cukup untuk buat simpanan ni, korang kena usaha cari jalan yang lain untuk tambah pendapatan sampingan. Duit yang korang dapat tu, simpan terus dalam tabung ini.

Tabung #4 : Simpanan untuk beli rumah pertama

Sumber gambar – Scottish Housing News

Kalau dah fikir nak kahwin, mesti korang nak ada paling kurang sebiji rumah, kan?

Dah la harga rumah sekarang makin menggila. Kalau tak buat simpanan awal-awal, memang susah korang nak beli rumah pertama.

Ini penting untuk korang buat. Pastikan korang sediakan sebanyak 15% daripada harga rumah untuk kos deposit, yuran guaman, dan lain-lain kos yang berkaitan.

Contohnya, korang nak beli rumah harga RM250,000. Bermakna, korang kena sediakan RM37,500. Cara kira seperti kat bawah ni :

  • RM250,000 X 15% =
  • RM37,500

Korang dah boleh kira berapa kos yang diperlukan untuk beli rumah harga lain, dengan contoh Tok bagi ni.

P/S : Sebelum beli rumah pertama, ada benda yang korang wajib ambil tahu dulu. Klik sini untuk baca sekarang.

Tabung #5 : Simpanan untuk pelaburan

Sumber gambar – iExpats

Korang mesti nak duit simpanan korang berkembang, betul?

Ada banyak instrumen pelaburan yang power kat luar sana. Tapi sebelum apa-apa pun, kena belajar simpan duit dulu untuk tujuan ni, baru korang layak melabur.

Tok cadangkan belajar dan mula simpan duit dulu sebab pelaburan (tak kira apa pun), perlukan duit. Kalau takde simpanan, macam mana korang nak melabur?

Korang boleh mulakan dengan pelaburan yang mudah dan tak berisiko tinggi, seperti ASB dan Unit Trust. Boleh juga nak melabur dalam pasaran saham dan hartanah, tapi pastikan korang belajar dulu segala yang patut.

Tetapkan simpanan untuk tabung pelaburan sebanyak 5% hingga 15%. Nak simpan lebih pun takpe. Lagi bagus.

Tabung #6 : Simpanan untuk tunaikan Haji / Umrah

Sumber gambar – Jauhari Media

Mengerjakan Haji adalah Rukun Islam ke-5, yang dituntut untuk korang yang berkemampuan.

Tapi tak bermakna kalau tak mampu, terkecuali untuk tunaikan tuntutan ini. Yang penting, ada usaha. Setuju?

Korang boleh je simpan duit untuk tujuan ini kat Tabung Haji. Nak bukak akaun pun, murah je. Korang boleh buka akaun kat cawangan Tabung Haji, Bank Islam, atau Bank Rakyat dengan modal RM2.

Deposit yang diperlukan untuk daftar Haji adalah RM1,300. Takde duit banyak tu? Jangan risau. Ada satu cara untuk korang mendaftar secara PERCUMA. Klik sini untuk baca sekarang.

Banyak kelebihan yang korang dapat bila menyimpan dalam Tabung Haji. Selain korang boleh dapatkan kadar dividen dan bonus yang baik, korang juga dapat nikmati :

  • Simpanan yang dijamin 100% oleh kerajaan,
  • Dikecualikan daripada cukai,
  • Tak perlu pening kepala fikir pasal zakat. TH dah settle-kan siap-siap,
  • Takde had simpanan dalam TH. Boleh simpan berapa banyak yang korang suka,
  • Simpanan yang berlandaskan syariah Islam.

Tabung #7 : Simpanan untuk persaraan

Sumber gambar – Late Night Parents

Biasanya, orang akan tertumpu kat KWSP untuk tujuan ni. Tapi kalau bergantung 100% kat situ je, tak elok jugak. Sebab apa Tok cakap macam ni?

Mengikut kajian Persekutuan Majikan Malaysia (MEF), kebanyakan pencarum KWSP mempunyai kurang RM50,000 pada usia 55 tahun, sebab pengeluaran dibenarkan.

Berapa lama RM50,000 tu boleh bertahan? Cuba korang kira sendiri kalau belanja selepas pencen, katakan, sebanyak RM800 sebulan.

Bukan satu tindakan bijak untuk korang letakkan telur dalam satu bakul semata-mata. Nak tak nak, korang kena cari alternatif lain untuk tingkatkan simpanan persaraan selain KWSP. Kalau nak tahu, klik link yang Tok kongsikan kat bawah ni.

Untuk tetapkan jumlah simpanan persaraan secara realistik, korang boleh tetapkan kos hidup selepas pencen terlebih dulu. Dari situ, korang boleh kira berapa banyak yang perlu disimpan setiap bulan.

P/S : Dah ada semua simpanan ni, tapi tak tahu dekat mana nak simpan? Klik sini dan baca sekarang.

Tak salah kalau mulakan sikit-sikit dulu. Tapi salah kalau korang tak mulakan langsung.

Yang penting, wujudkan disiplin dalam tabiat menyimpan. Tak rugi pun kalau korang berkorban sikit untuk tujuan ini. Lagipun, ini adalah 100% tanggungjawab korang.

Perkongsian ini bermanfaat? Jemput SHARE ilmu ini kat kawan-kawan korang yang baru mula bekerja tu.

305 Shares

2 thoughts on ““Makin hari, makin tua. Tapi simpanan kau tak ke mana”

  1. benda ini sudah dimaklumi sejak saya bekerja makan gaji lagi itulah risiko bekerja makan gaji apabila syarikat mula merundum.. sebagai pekerja wajib bersedia dengan pelbagai kemahiran dan wang simpanan yang cukup sekiranya ada perkara yang tidak diingini berlaku dah berlaku tanpa bersedia menyebabkan kepala akan pusing 360 darjah..

Leave a Reply