SHARE
Ebook Takde Duit Boleh Beli Rumah Ke
Ebook Takde Duit Boleh Beli Rumah Ke

Kali ni Tok nak reviu pasal M Suites yang dibangunkan anak syarikat Mah Sing Group.

Korang mesti tau kan, Mah Sing memang terkenal dengan reputasi yang kukuh dan rekaan binaan yang ikonik.

Kalau diikutkan pembangunan kat Jalan Ampang dengan jarak beberapa kilometer dari KLCC, M Suite antara yang paling top.

Melabur kat situ memang menjanjikan peluang cerah. Memang tak sia-sia.

Anda ada pelbagai pilihan

Ada dua blok situ dengan unit kediaman dari kecil hingga saiz sederhana suite servis.

Didatangi dengan 7 jenis kediaman yang korang boleh pilih mengikut citarasa dan kemampuan.

Dari saiz studio hingga 3+1 bilik dengan keluasan binaan dari 502 hingga 1,630 kaki persegi.

Tiap unit ni ada sedia dengan system penyaman udara.

Fasiliti yang cukup superb

Dengan 442 unit kediaman, kawasan situ memang sedia kemudahan yang buat korang teruja.

Ditengah dua blok kondo tu, ada macam-macam kemudahan yang mana tak perlu keluar jauh.

Ada gimnasium indoor dan outdoor, kolam renang, miniplex, bilik majlis, sundeck, dan sebagainya.

Bagi yang suka aktiviti santai sambil relaks, korang boleh buat cuba sauna, yoga, meditasi, dan spa.

Kiri kanan, penuh kemudahan

Selain tu, jarak M Suites dengan Great Eastern Mall memang dekat. Hanya sejengkal saja. Situ jugak, korang akan berjiran dengan 80 kedutaan asing.

Kalau sakit, hospital banyak macam Pusat Perubatan Gleneagles Intan, Pusat Perubatan Prince Court dan Pusat Perubatan Ampang Puteri.

Sekolah pun dekat, macam Sekolah Antarabangsa Sayfol, Sekolah Antarabangsa Fairview dan Sekolah Antarabangsa K.L Mutiara.

Jarak dengan pusat bandar hanya sejengkal

Dari M Suites, korang hanya perlu travel 3KM saja nak ke pusat bandar.

Kawasan situ juga dikelilingi dengan pelbagai kemudahan.

Dengan 7 minit jalan kaki, korang akan sampai stesen LRT RapidKL Jelatek. Jadi korang tak ada masalah kalau bab pengangkutan.

Apa yang anda perlu tahu tentang M Suites, Ampang Hilir?

Nama projek: M Suites (M Suites @ Embassy Row)

Alamat projek: Jalan Ampang, Kuala Lumpur

Nama Pemaju: Star Residence Sdn Bhd (subsidiari Mah Sing Group)

Tarikh siap: 2013

Jenis: Serviced Apartment

Jenis Pegangan: Pegangan Bebas (Freehold)

Jumlah blok: 2

Jumlah tingkat: 20

Jumlah unit: 442

Keluasan binaan (Built-up area): 502 – 1,630 kaki persegi

Harga pelancaran: RM610,800 – RM1,541,800

Harga second hand (subsale): RM600,000 – RM1,850,000

Kadar Sewa: RM1,800 – RM6,500

Fi penyelenggaraan: RM0.35 setiap kaki persegi

Anggaran Ansuran Bulanan: RM2,847

Gaji Minimum yang Layak Beli: RM5,694

Jenis binaan yang ada di M Suites, Ampang Hilir

  • Studio : 502 – 527 kaki persegi,
  • 1 bilik : 608 – 949 kaki persegi,
  • 1+1 bilik : 942 – 1,078 kaki persegi,
  • 2 bilik : 959 – 1,121 kaki persegi,
  • 3 bilik : 1,218 – 1,512 kaki persegi,
  • 3+1 bilik : 1,630 kaki persegi.

Kemudahan yang disediakan di M Suites, Ampang Hilir

  • Sekuriti 24 jam,
  • Sistem penyaman udara,
  • Gimnasium,
  • Taman permainan,
  • Kolam renang,
  • Sundeck,
  • Bilik majlis,
  • Sauna / Jakuzi,
  • Miniplex,
  • Lounge,
  • Podium runcit.

Dekat kawasan situ, banyak jugak projek yang hampir sama tengah naik. Paling dekat, korang akan nampak Sime Darby Embassyview dan Olive 108.

Jika Tok bandingkan dua projek ni dengan M Suites, korang akan dapat beza yang terbaik.

Sime Darby Embassyview ni lebih ekslusif, lower density dan harga dalam RM890 setiap kaki persegi.

Nak lagi, tenure pulak status pajakan.

Kalau Olive 108 ni lebih kepada komersial bersepadu dan pembangunan kediaman di atas tanah status pajakan.


SUMBER : PropWall, PropSocial & iProperty

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here