Home Tip pelaburan hartanah 8 sebab permohonan loan rumah ditolak bank (yang anda tak patut buat)

8 sebab permohonan loan rumah ditolak bank (yang anda tak patut buat)

10291
3
SHARE
Sumber gambar: iMoney
Ebook Takde Duit Boleh Beli Rumah Ke
Ebook Takde Duit Boleh Beli Rumah Ke

Korang tengah plan nak beli rumah tahun depan?

Bagus. Tahniah Tok ucapkan sebab dah mula bertindak.

Dan sambil-sambil bersedia kumpul duit dan sebagainya, bertambah molek kalau korang rajinkan diri tambah ilmu hartanah.

Dan korang tak perlu cari jauh-jauh. Hari ni, Tok nak kongsikan nukilan Tuan Amir Syahir pasal loan rumah, yang Tok baca dekat blog Majalah Niaga.

Baik korang baca dan fahamkan betul-betul. Sebab korang pun tak nak loan rumah tak lepas, kan?

Siapa yang tak nak ada rumah?

Memiliki rumah adalah impian semua individu. Penat lelah bekerja selama ini ada hasilnya. Bayar bulan-bulan, akhirnya jadi milik kita.

Kita pun bukan selamanya jadi penyewa. Bayar bulan-bulan, rumah tu bukan jadi milik kita pun akhirnya.

Membuat pinjaman perumahan daripada pihak bank ada yang mudah lulus. Tak lupa juga ada yang susah lulus. Dan ada juga kes yang tak pernah lulus.

Kenapa boleh jadi macam tu? Semakin tahun, polisi bank dilihat akan jadi lebih ketat.

Antara sebab bank tolak pemohonan kita adalah:

#1: Bina dan kukuhkan kewangan

Bank akan memberi pinjaman perumahan pada mereka yang mampu dari segi kewangan.

Pastikan tiap bulan ada lagi simpanan dalam akaun bank. Jangan tinggal berbelas Ringgit je tiap akhir bulan.

Ansuran PTPTN pun tak nak bayar, mana mungkin bank nak luluskan pinjaman perumahan korang. Tabiat menyimpan pun penting.

#2: Rekod CCRIS biar hensem

Mempunyai rekod pembayaran balik pinjaman yang tak begitu cun. Tambah pula tak berdisiplin untuk membayar balik pinjaman yang telah dibuat.

Kalau teruskan, sampai bila-bila pun loan korang susah nak lulus.

Rekod ni boleh disemak di Bank Negara Malaysia, atau secara online di www.creditbureau.com.my.

#3: Semua orang patut tahu pasal ini

Cuba semak rekod CTOS sebelum buat permohonan.

Biasanya ramai tak sedar mereka kena CTOS disebabkan jadi penjamin.

Ada juga yang menjual kereta pada kawan, dan suruh kawan sambung bayar. Kawan tu tak bayar. Nama dia (penjamin) kena blacklist.

#4: Lengkapkan apa yang perlu

Bank tak suka orang yang tak mempunyai dokumentasi yang lengkap.

Pegawai bank yang uruskan pinjaman mungkin ada 40 hingga 50 permohonan perlu disemak. Kalau dokumen tak lengkap, amat menyusahkan pegawai itu.

Sediakan maklumat peribadi, pendidikan, tempat kerja, pengalaman kerja, nombor telefon pejabat, surat pengesahan kerja, dan sebagainya dengan lengkap.

#5: Faktor pekerjaan

Dengan ekonomi yang tak menentu, amat penting bank menyemak di mana kita bekerja.

Perkara yang akan diambil kira seperti pengalaman kerja dan tempoh bekerja.

Jika bekerja di sektor kerajaan atau syarikat besar mungkin tak ada masalah. Kestabilan tempat kerja kita juga diutamakan.

#6: Bank senang kerja bila anda sediakan semua ini

Senaraikan dengan lengkap:

  • Pendapatan (gaji, elaun, pendapatan sampingan),
  • komitmen/hutang (pembiayaan peribadi, kereta, kad kredit, koperasi, dan lain-lain),
  • pelaburan (ASB, emas, perak, unit amanah, saham, dan lain-lain),
  • simpanan (bank, tabung, Tabung Haji, KWSP, dan lain-lain)
  • cukai dan zakat,
  • sedia bukti dokumentasi pendapatan, pelaburan dan simpanan.

Kalau yang ni kita buat sambil lewa saja, ada potensi permohonan kita bakal ditolak.

#7: Lokasi juga main peranan

Kebanyakan pinjaman perumahan ditolak kerana rumah tu berada di pedalaman atau tempat terpencil. Kurang mendapat permintaan.

Bank juga akan menolak pinjaman perumahan daripada pemaju yang disenarai hitam oleh Kementerian dan agensi berkaitan.

#8: Cantikkan skor kredit

Skor kredit berdasarkan analisis dan tahap pembayaran balik kita berdasarkan rekod CCRIS.

Ia menunjukkan kita bijak menguruskan wang.

Antara yang dinilai adalah rekod CCRIS, kad kredit lebih had penggunaan, corak pembayaran balik, bilangan kad kredit, dan sebagainya.

Loan tak lepas? Terus cuba lagi

Aku bukan arif sangat tentang prosedur bank. tapi selalu bertanya pada kenalan yang kerja di institusi kewangan.

Aku jugak baca pengalaman orang lain supaya menjadi pengajaran dan peringatan buat aku di masa hadapan.

Kalau kita gagal dapatkan pinjaman perumahan dekat satu bank, cuba lagi bank lain. Banyak lagi bank. Setiap bank gunakan SOP mereka yang tersendiri.

Akhir kata, berkawan dahulu dengan kawan kau siang malam berborak pasal vape, bercerita pasal novel cinta, lepak kedai kopi mahal tu.

Bila dah masuk 30 tahun, baru cari kawan kerja bank. Ataupun kawan dalam bidang hartanah ni ya.

P/S: Pegawai bank yang pernah uruskan pembiayaan pinjaman perumahan boleh tambah lagi sebab permohonan pinjaman perumahan ditolak. Boleh dijadikan panduan buat anak muda pada masa akan datang. Terima kasih.

Sekarang, senang hati Tok sebab dah kongsikan apa yang perlu.

Boleh je nak buat permohonan korang senang bank luluskan. Amalkan ilmu ni, In Shaa Allah mudah lulus.

Tok nak korang jadikan ilmu ni sebagai panduan sebelum memohon. Ok?

3 COMMENTS

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here