Home Tip perunding hartanah Kenapa lelaki ini berani ubah kerjaya jadi perunding hartanah?

Kenapa lelaki ini berani ubah kerjaya jadi perunding hartanah?

1665
0
SHARE
Sumber gambar: Prospect Solutions, Inc.
Ebook Takde Duit Boleh Beli Rumah Ke
Ebook Takde Duit Boleh Beli Rumah Ke

Banyak cerita kejayaan ejen hartanah yang bagi inspirasi dekat ramai orang.

Tak semua ejen jenis yang nak buat untung semata-mata. Ada yang nak dapatkan lebih daripada tu. Ada yang target lebih daripada wang ringgit.

Tapi, korang tau ke apa sebab mereka ubah kerjaya lama kepada kerjaya yang mencabar ni?

Bagi korang yang tengah fikir nak tukar ke kerjaya ni, Tok suggest korang baca dulu perkongsian Tuan Najib Mohamed yang gempak ni.

Kadang-kadang, perubahan tu memang susah kita nak terima. Takpe. Tak pernha salah untuk kita belajar daripada mula.

Barangkali, dah sampai seru tukar kerjaya…

“Tuan Najib pun jadi perunding hartanah sekarang?”

Ini soalan yang keluar dari mulut seorang client lama kepada saya.

Saya jawab dengan bersahaja:

“Ya. Kenapa? Ada rumah nak jual ke?”

“Takde lah, macam pelik pula,” ujar beliau.

Apa jawapan saya? Tak jawab pun sebab tak tahu nak kata apa.

Apa yang dipelikkan. Sejak dulu sampai sekarang, saya masih lagi dalam industri hartanah. Cuma pendekatan yang berlainan.

Saya memang minat bidang hartanah.

Salah satu jalan untuk mendekati diri dalam bidang ini iaitu dengan membuat pelaburan hartanah. Yang mana, saya dan isteri beli rumah pelaburan pertama pada 2007.

Bukan sekadar itu je. Masa tahun 2010, saya juga ada collaborate dengan beberapa orang rakan untuk mengajar komuniti Malaysia tentang pelaburan hartanah.

Tapi sejak 2014, saya pilih untuk jadi perunding hartanah, and this is my card! 

Sumber gambar: najibmohamed.com

“Tapi, kenapa obses sangat sampai nak jadi perunding hartanah?”

Sebab #1: Nak belajar selok-belok pelaburan hartanah dengan lebih mendalam

Saya lebih hands on di sini berbanding saya jadi pelabur dulu.

Dulu hanya tahu semuanya siap, ditanggung beres oleh perunding hartanah lain atau salesman.

Banyak benda, detail dan msalah saya jumpa, lebih-lebih lagi dalam kes penjualan beli hartanah sekunder atau tanah. Masalah yang belum pernah saya jumpa sejak menceburi bidang ini.

Jadi, bila ada masalah, kita akan berusaha mencari jalan penyelesaiannya. Bila dapat jawapan, kita akan belajar secara lebih praktikal.

Sebab #2: Besarkan networking tanpa had!

Apabila menceburi bidang ini, nak atau tak, kita akan pasti jumpa dengan orang.

Kalau tak, nak jumpa siapa lagi? Dinasour?

Kita akan jumpa ramai jenis orang, dan macam-macam jenis ragam. Suka dapat rumah. Duka ingin melepaskan rumah. Mak mentua ajar menantu beli rumah depan mata. Macam-macam.

Itu bab dengan pelanggan.

Kenalan dari sama bidang pula, perunding hartanah lain, pegawai bank, penilai hartanah, kontraktor, peguam, kerani pejabat tanah, kerani pejabat JMB dan ramai lagi.

Nak tip networking mudah? Berkenalan dengan ramai orang dan sentiasa berbuat baik.

Sebab #3: Komisyen yang lumayan. Boleh tambah simpanan

Mungkin sebab duit buatkan ramai orang tertarik untuk jadi perunding hartanah.

Tak salah pun. Lagipun bukannya kita ambil duit orang. Kita buat kerja terlebih dahulu, tanpa sebarang bayaran dan apabila transaksi jual beli berlaku, barulah dapat komisen.

Nka dapat 3% tu bukan senang. Tetapi agak lumayan.  

Cuba bayangkan hartanah yang paling murah di Lembah Klang pun sudah RM300,000.

  • 3% x RM300,000 = RM9,000.

Tapi takde la kita dapat RM9,000 itu bulat-bulat. Masih ada bahagian untuk komisen agensi yang kita bernaung.

Dapat la juga teguhkan financial profil bila ada banyak pendapatan nanti. Boleh beli banyak lagi rumah lepas ini. In Shaa Allah.

Sebab #4: Simpan modal untuk henjut pelaburan akan datang

Duit komisyen yang saya dapat, akan disimpan untuk pelaburan saya yang akan datang.

Orang kata, sekarang ni tengah buyer’s market. Banyak hartanah bawah nilai pasaran. Jadi, kita tunggu dan lihat, serta sediakan je “peluru-peluru” yang perlu.

Sebab #5: Semua maklumat untuk buat untung, ada dalam tangan anda

Kita kenal dengan pegawai bank, dan kitalah front liner untuk orang jual rumah.

Kita juga sentiasa mingle dalam pasaran. Kita tahu tentang polisi bank. Bank mana yang mememberikan effective rate yang terbaik, dan macam-macam lagi.

Semua ni dalam tangan kita kalau kerja sebagai perunding hartanah.

Sebab #6: Banyak peluang emas yang ada. Kena buka mata je

“Kenapa tak melabur di saham BSKL?”

Ni satu lagi soalan orang tanya saya. Belum ada lagi jawapan yang munasabah daripada saya.

Lebih suka dengan hartanah. Dapat dilihat, dapat disentuh.

Kadang-kadang, kita berhadapan dengan peluang yang tak disangka-sangka bila jadi perunding hartanah.

Orang memang nak jual rumah atau tanah kat lokasi yang baik dengan cepat, dan sanggup menjual lebih rendah daripada nilai pasaran.

Kalau kita sendiri tak bersedia, peluang tersebut terpaksa dilepaskan kepada orang lain. Lain pula kalau kita sentiasa cukup “peluru.”

Bermakna, kita la beli hartanah tu. Tak perlu bertangguh lagi.

Bakar semangat anda dengan ayat inspirasi ini

Nah, saya selitkan sikit pepatah Bahasa Inggeris yang cukup memberi inspirasi:

“In the long run, it’s not how much money you make that will determine your future. It’s how much of that money you put to work by saving it and investing it wisely.” – Peter Lynch

Nota: Tok ada translate-kan untuk korang siap-siap kat bawah ni:

“Untuk jangka masa panjang, bukan duit korang tentukan masa depan korang cerah. Tapi berapa banyak yang korang boleh simpan, dan laburkan duit tu dengan bijak untuk jana lebih banyak duit.”

Ayat last tu sedap betul untuk kita selami dalam-dalam. Buat yang tu je pun dah mampu pastikan kewangan korang selamat daripada malapetaka.

Macam yang Tok kata tadi. Bukan sebab duit semata-mata. Macam Tuan Najib pula, sebab nakkan ilmu.

Dan pada pandangan Tok, ini satu tindakan bijak. Bayangkan apa yang korang boleh buat bila dapat data hartanah semasa secara direct.

Jadilah seperti Rashid – Perunding hartanah yang hebat dalam selok-belok loan rumah

Rashid budak baik. Dia suka tolong orang yang nak beli rumah (dah memang tu pun kerja Rashid).

Rashid juga budak bijak. Dia suka bagi tip confirm lulus loan rumah dekat klien. Kalau loan klien senang lepas, mewah Rashid dapat komisyen.

Sebab tu, sales Rashid tak putus-putus setiap bulan.

Korang tak nak ke jadi seperti Rashid?

Klik link bawah sekarang kalau jawapan korang “nak.”

>>> KLIK SINI UNTUK BELI eBOOK “STRATEGI CONFIRM LULUS LOAN RUMAH” <<<

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here