Layak ke anda beli rumah RM300,000? Buat kira-kira simple ini dulu

Ini antara soalan famous yang boleh tahan ramai jugak yang tanya:

“Gaji saya RM ’sekian-sekian.’ Berapa harga rumah yang saya layak beli?”

Dan ramai pulak yang ingat gaji RM3,000, confirm lepas beli rumah RM300,000.

Belum tentu lagi wahai cucu-cicit yang Tok kasihi sekalian. Itu tanggapan orang tak betul tu.

Ada lagi kira-kira yang kena buat. Baru korang tau berapa jumlah kasar harga rumah yang korang layak (dan mampu) beli, tanpa menyusahkan diri sendiri.

Baca perkongsian berkhasiat Tuan Amir Syahir ni sekarang.

7 minit je, korang akan tau cara kira harga rumah yang korang layak beli tahun ini dan yang akan datang.

Senangnya hidup, makan semua nak ‘bersuap’

Ada follower saya tanya:

“Kalau gaji saya RM2,300, layak ke saya beli rumah?”

Dan bukan seorang ni je yang bertanya.

Boleh kata, bilangan yang ada tak cukup kalau kira pakai jari.

Biasanya gua tak suka suap je korang. Gua suruh belajar kira-kira ni bukan pasal apa. Bila korang tau dan faham, korang boleh kira tanpa masalah walaupun situasi berbeza.

Layan ilmu serupa nasi? Sebab tu susah nak melekat

Kalau gua bagi korang ikan, korang akan kenyang kejap je. Tapi kalau gua bagi korang joran, korang akan kenyang selamanya.

Tapi, itu la manusia. Cari ilmu serupa nasi. Bila lapar, baru nak cari makan.

Bila tak lepas pembiayaan rumah, baru rajin nak tanya orang. Bila dah muflis, baru nak cari jalan penyelesaian, dan bila dah terkena, baru nak cari ilmu.

Sebelum korang memohon, baik korang kira dulu kelayakan korang. Dan ingat jugak ye. Banyakkan fikir dulu sebelum buat hutang jahat.

Ini akan bagi kesan jugak kalau korang tak jaga elok-elok. Jom kita belajar cara kira pembiayaan rumah korang sekarang:

#1: Apa benda pertama yang anda wajib kira dulu?

Katakan, gaji kasar korang sebanyak RM2,300. Tapi, lelbih baik korang kira gunakan gaji bersih.

Macam mana nak dapatkan jumlah gaji bersih? Guna formula bawah ni:

  • Gaji bersih = Pendapatan kasar – Potongan tetap (KWSP, SOCSO, Cukai Pendapatan)
  • RM2,300 – RM200 =
    • RM2,100

#2: Sebulan, berapa banyak yang anda mampu tanggung?

Secara umum, kalau korang bergaji bawah RM3,000, DSR maksimum yang kebanyakan bank benarkan adalah 60%.

Contohnya, kita ambil bank CIMB.

Dengan merujuk pendapatan bersih korang tadi (RM2,100):

  • DSR maksimum =
    • 60% X RM2,100 =
    • RM1,260

#3: Berapa komitmen anda setiap bulan?

Katakan, korang ada ansuran bulanan kereta sebanyak RM350.

Nak senang, korang kira komitmen yang tersenarai dalam CCRIS. Apa je loan yang korang buat, ambil kira sekali.

Jadi, jumlah komitmen korang dengan bank akan jadi:

  • RM1,260 – RM350 =
    • RM910

#4: Berapa jumlah kos sara hidup korang sebulan?

Ini kos sara hidup korang. Ada bank ambil kira, dan ada yang tak.

Sebagai contoh, RM500 untuk kos sara hidup. NDI bergantung kepada tempat tinggal, taraf perkahwinan.

Katakan, ambil contoh NDI RM500:

  • RM910 – RM500 =
    • RM410

#5: Kira harga rumah dengan satu cara ini. Senang gila!

Dapatkan anggaran kasar harga rumah yang korang mampu beli dengan formula Rule of 200.

Senang gila nak guna formula ni. Korang hanya perlu darabkan ansuran bulanan tadi dengan 200, dan korang akan dapat anggaran kasar harga rumah yang mampu dibeli.

Cara kiranya macam ni:

  • Ansuran bulanan X 200 = Harga rumah yang korang layak beli
    • RM410 X 200 =
    • RM82,000

Dengan bayaran ansuran sebanyak RM410 sebulan, harga rumah yang mampu korang beli tak boleh lebih daripada RM82,000.

Disclaimer: Kira-kira ni adalah kiraan kasar je. Sekadar untuk rujukan asas. Nak lagi tepat, korang boleh walk-in ke bank berdekatan. Bawak sekali penyata gaji korang.

Info bonus tentang Rule of 200

Dengan formula ni jugak, korang boleh congak 2 perkara.

Dan sama jugak macam sebelum ni, hanya untuk perkiraan kasar je. Nak tepat lagi, sila la ke bank.

#1: Kira anggaran ansuran bulanan rumah yang anda nak beli

Caranya, kita perlu tahu berapa harga rumah. Kemudian, bahagi dengan 200. Korang akan dapat jumlah ansuran bulanan (anggaran) untuk rumah tu.

Katakan:

  • Harga rumah = RM200,000,
  • RM200,000 / 200 =
    • RM1,000

Bermakna, ansuran bulanan rumah tu lebih kurang RM1,000 sebulan. Jumlah ni mungkin tak tepat sebab tak tambah sekali dengan Takaful. Tapi takkan lari jauh daripada nombor ni.

#2: Kira harga rumah dengan monthly payment

Yang ni pun, senang nak guna. Formula macam dekat bawah ni:

  • Ansuran bulanan X 200 = Harga rumah

Contoh, kita ambil RM1,250 sebagai ansuran bulanan rumah yang korang nak beli.

  • RM1,250 X 200 = 
    • RM250,000

Dengan bayaran ansuran bulanan RM1,250 tadi, lebih kurang untuk rumah yang berharga RM250,000. Senang, kan?

Apa anda boleh buat kalau malas sangat nak kira sendiri?

Kalau korang bergaji rendah tapi ada banyak komitmen, korang perlu ada simpanan.

Simpanan dalam Tabung Haji dan ASB boleh korang jadikan dokumen pendapatan sokongan.

Kalau korang malas sangat, isi je semua maklumat dekat laman web ni. Klik sini sekarang.

Jangan pelik kalau kawan korang (yang gaji rendah) boleh lulus pembiayaan perumahan. Korang yang bergaji RM4,000, bank tolak mentah-mentah je.

Ye la. Korang nak rumah yang ada kolam renang. Nak rumah baru dan wangi je.

Komitmen hutang dengan bank pun tinggi. Segala bagai tok nenek hutang kau bela. Sampai yang tak reti nak bayar hutang member pun ada. Kah!

Kira kelayakan membeli dulu sebelum apa-apa. Baru korang boleh rangka pelan tindakan yang cun.

Bank pulak, senang nak approve loan rumah korang, sebab korang memang mampu dan ada kapasiti membeli rumah pada harga tu.

Itu sebab, Tok nak korang cari ilmu. Belajar ilmu yang betul, macam-macam boleh jadi tau.

618 Shares

6 thoughts on “Layak ke anda beli rumah RM300,000? Buat kira-kira simple ini dulu

Leave a Reply