PORTAL PELABURAN HARTANAH NO.1* DI MALAYSIA

Mahu labur RM67.7 juta untuk bina hospital pakar di Batu Pahat

Puteri Specialist Hospital (Johor) Sdn. Bhd., anak syarikat KPJ Healthcare Bhd. merancang membuka sebuah hospital pakar di Batu Pahat, Johor, yang menelan kos RM67.6 juta.

Dalam kenyataan kepada Bursa Malaysia hari ini, KPJ berkata, Puteri Specialist memeterai Perjanjian Pajakan dengan Johor Land Bhd. dan Johor Corp. bagi cadangan pembangunan dan pajakan sebuah bangunan hospital.

Di bawah perjanjian itu, Johor Land akan membina cadangan hospital itu dengan kos dan perbelanjaan sendiri mengikut spesifikasi yang disediakan Puteri Specialist.

Johor Corp ialah pemilik berdaftar tanah tersebut.

KPJ berkata, hospital tujuh tingkat baharu itu yang akan dikenali sebagai KPJ Batu Pahat Specialist Hospital, akan mempunyai 90 katil.

“Cadangan itu sejajar dengan objektif kumpulan untuk me­ningkatkan rangkaian hospital­nya memandangkan penjagaan kesihatan swasta semakin mendapat permintaan,” kata syarikat itu. – BERNAMA

[Sumber berita asal: Utusan Online]

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *