Home Tip pelaburan hartanah Pengeluaran KWSP hingga 40% untuk beli rumah pertama – Untungkan atau rugikan...

Pengeluaran KWSP hingga 40% untuk beli rumah pertama – Untungkan atau rugikan anda?

21364
3
SHARE
Sumber gambar: The Malaysian Insider
Ebook Takde Duit Boleh Beli Rumah Ke
Ebook Takde Duit Boleh Beli Rumah Ke

Perkara ni agak kecoh sekitar pengumuman Bajet 2017 tahun lepas.

Dulu, kita hanya boleh keluarkan KWSP sebanyak 30% je. Kadar ni bakal dinaikkan sehingga 40% untuk membantu pembeli rumah pertama.

Dan kalau pengeluaran KWSP Akaun 2 ni meningkat, lebih ramai orang boleh dapatkan tunai untuk bayar duit pendahuluan rumah yang mereka nak beli.

Tapi, berbaloi ke buat idea ni?

Tok sarankan korang baca dulu perkongsian ilmu dekat blog iMoney ni. Baru korang boleh rangka tindakan kalau-kalau benda ni jadi.

Lebih 1 juta orang guna KWSP untuk beli rumah pertama, ke-2 dan juga bayar ansuran bulanan loan rumah

Data KWSP merekodkan sebanyak 1.8 juta pencarum keluarkan hampir RM6 bilion daripada Akaun 2 pada tahun 2015.

Menurut data mereka lagi, pencarum yang bergantung kat simpanan KWSP untuk beli rumah pertama (dan kedua) juga semakin meningkat.

Ada peningkatan sebanyak 6.8% (purata) setahun dalam tempoh 5 tahun lepas (bermula 2010), dengan jumlah RM4.3 bilion dikeluarkan oleh 1.4 juta pencarum.

Sebanyak RM5.98 bilion pengeluaran dibuat pada tahun lepas untuk membeli rumah, dan 13.6% daripada jumlah RM44 bilion dikeluarkan oleh 3.3 ahli pencarum.

Pengeluaran untuk tujuan membeli rumah rekodkan jumlah 13.6% hingga 16.4% daripada total keluaran setiap tahun daripada 2010 hingga 2015.

Apa yang kita boleh buat dengan KWSP Akaun 2 ini?

KWSP benarkan pengeluaran dibuat daripada KWSP Akaun 2 untuk sebab-sebab berikut:

  • Pengeluaran untuk membeli atau membina rumah,
  • Pengeluaran untuk kurangkan (atau menebus balik) loan rumah,
  • Pengeluaran untuk membayar ansuran bulanan loan rumah.

Untuk maklumat lebih lanjut untuk setiap jenis pengeluaran ini, korang boleh tengok jadual kat bawah ni:

Sumber gambar: iMoney

Ini pula perbezaan yang korang bakal nikmati bila KWSP naikkan had pengeluaran Akaun 2 hingga 40%.

Tok bagi dalam bentuk situasi untuk bantu mudahkan pemahaman korang.

Katakan. Korang mula bekerja masa umur 22 tahun dan gaji sebanyak RM2,500, dengan peningkatan tahunan purata sebanyak 5% setiap tahun.

Korang dah menyumbang 11% daripada gaji bulanan korang, dan majikan korang menyumbang sebanyak 13% setiap bulan. Dan korang buat keputusan untuk beli rumah masa umur 35 tahun.

Sumber gambar: iMoney

Ini pula 2 nota penting yang korang wajib tahu:

* Kiraan amaun ini berdasarkan formula ini: 10% daripada harga jualan rumah sebagai down payment + 10% daripada harga jualan rumah untuk tanggung kos pelbagai.

* Jumlah yang boleh dikeluarkan bergantung kepada baki yang terdapat dalam KWSP Akaun 2 dan juga Eligible Amount (jumlah yang korang boleh keluarkan), yang mana lebih rendah.

Tapi, walaupun had keluaran ini meningkat, masih ramai rakyat Malaysia yang tak mampu membeli rumah dek harga rumah yang tinggi. Semua ni berdasarkan kajian Khazanah Research Institute (KRI).

Dengan perbandingan kat atas tadi, kita boleh nampak pembeli mampu lebih daripada jumlah down payment yang diperlukan.

Dan ini membawa kita ke poin seterusnya…

Macam mana nak beli rumah kalau harga tinggi gila?

Bank Dunia (World Bank) tetapkan yang rumah mampu milik patut berharga 3 kali ganda daripada gaji tahunan median untuk setiap isi rumah atau kurang.

Dan dengan separuh penduduk Malaysia bergaji RM4,585 sebulan, harga rumah mampu milik patut bermula daripada RM165,060.

Tok tak nak korang terkejut atau rasa marah lepas baca fakta kat bawah ni. Jangan cakap Tok tak pesan awal-awal tau.

Mengikut kajian Bank Negara Malaysia, hanya 21% daripada projek perumahan yang dilancarkan di negara ni berharga RM250,000 ke bawah pada tahun 2014.

Sebaliknya, data mereka buktikan yang hartanah high-end berharga lebih daripada RM500,000 dan berada dalam keadaan oversupply.

Bab gaji pula, Minimum Wage Order 2016 menetapkan yang gaji rakyat Malaysia bergantung mengikut wilayah (region).

Sebanyak RM1,000 sebulan (atau RM4.81 sejam) di Semenanjung Malaysia. Untuk Sabah, Sarawak dan Labuan pula sebanyak RM920 sebulan atau RM4.42 sejam.

Menurut Kementerian Kewangan Malaysia, hutang isi rumah di Malaysia merekodkan jumlah RM1 trilion, atau 89.1% daripada GDP (Gross Domestic Product).

Ini antara jumlah hutang tertinggi di rantau Asia.

Syarat nak lepas loan rumah semakin ketat. Apa nak buat?

Data bank pusat (central bank) rekodkan permohonan loan rumah yang ditolak bank pada kadar tertinggi, sebanyak 61.7% pada bulan Januari. Pada Julai pula, kadar ini berada pada paras 57.3%.

Keseluruhan pasaran hartanah juga terkesan dengan pemaju hanya berjaya menjual 39% daripada unit baru pada suku pertama tahun ni, berbanding 52% pada separuh tahun ke-2 2015.

Nota: Sumber maklumat atas ni daripada Persatuan Hartanah dan Pemaju Perumahan.

Rakyat Malaysia “terpaksa” berjuang untuk penuhi syarat-syarat ketat untuk loan rumah semasa pasaran hartanah sedang bergerak perlahan.

Tapi korang tak payah risau. Nilai hartanah sentiasa akan meningkat dari masa ke semasa, dan ada juga pemaju yang nak jalankan kerjasama dengan kerajaan untuk bina rumah mampu milik.

Ini semua sebagai usaha untuk banyakkan pembinaan rumah mampu milik di atas plot tanah yang lebih murah.

Perkara PALING PENTING yang anda wajib fikirkan

Had pengeluaran KWSP ini dah tentu akan membantu pembeli rumah pertama. Tapi nak cakap perkara ni akan berikan kesan positif sepanjang masa, Tok tak berapa setuju.

Apa-apa pun, korang kena sedar yang KWSP ni adalah untuk persaraan korang bila dah tua dan tak bekerja nanti.

Kalau semua simpanan tu korang guna, korang sanggup ke hidup dengan wang persaraan yang sikit?

Malaysia dijangka akan mencapai treshold (nilai ambang) 7% sebagai masyarakat yang semakin berumur oleh Bank Dunia. Perkara ni akan berlaku dalam tempoh 5 tahun akan datang (tahun 2021).

Pada tahun 2035, dijangka satu (1) daripada 10 rakyat Malaysia akan capai umur 65 tahun ke atas.

Statistik KWSP terkini membuktikan lebih 78% daripada 6.7 juta pencarum aktif takde jumlah simpanan minimum (sebanyak RM196,800) untuk persaraan.

Jumlah ni perlukan setiap pencarum menyumbang RM820 sebulan untuk tempoh 20 tahun (dengan menganggap rakyat Malaysia akan hidup kira-kira 75 tahun).

Cuma, kebanyakan pencarum cuma ada RM50,000 dalam KWSP dan jumlah ini boleh habis dalam masa kurang 5 tahun.

Baru-baru ni, kuantum caruman minima disemak semula (sebanyak RM228,000), akan berkuat kuasa 1 Januari 2017. Ini berpunca daripada pelbagai faktor, seperti:

  • Kos sara hidup,
  • Jangka hayat hidup yang lebih panjang,
  • Kadar inflasi yang lebih tinggi.

KWSP belum dapat pastikan lagi berapa ramai yang akan berjaya mencapai kuantum yang ditetapkan. Tapi secara ringkasnya, ramai lagi rakyat Malaysia yang belum cukup bersedia untuk hadapi persaraan.

Siapa yang untung kalau KWSP bagi keluarkan 40%?

Katakan idea ini jadi realiti. Adakah semua pencarum akan dapat peluang untuk nikmati kelebihan yang ada?

Untuk mereka yang takde kemahiran uruskan duit yang baik, kenaikan pengeluaran baki Akaun 2 membenarkan mereka kembangkan kekayaan melalui pelaburan hartanah.

Dengan mengeluarkan sejumlah duit daripada akaun KWSP untuk beli rumah, korang juga boleh gunakan mana-mana tunai tambahan dalam tangan, untuk langsaikan hutang yang ada seperti kad kredit dan pinjaman peribadi (private loan).

Atau korang juga boleh gunakan kelebihan ni untuk melabur bagi mendapatkan pulangan yang lebih baik, atau sebagai pembiayaan pendidikan di universiti.

Golongan ini akan merasa kelebihan dari segi aliran tunai, sebab tak banyak yang digunakan untuk pinjaman rumah mereka.

Cuma, kalau korang masih nakkan simpanan persaraan yang baik, korang boleh gunakan Skim Pelaburan Ahli EPF (EPF Members Investment Scheme), selain melabur dalam pelbagai alat pelaburan lain yang ada.

Ada macam-macam lagi pelaburan yang boleh jana banyak duit. Hartanah, saham, bond, dan lain-lain hanya sekadar beberapa contoh.

Tok harap perkongsian ni dapat bantu korang merangka strategi secara bijak.

Sebenarnya, banyak kelebihan yang pembeli rumah pertama ada. Dan sekarang, korang dah tahu nak buat apa.

Selain cantikkan CCRIS dengan CTOS, cari segala kelebihan luar yang boleh kurangkan beban korang, seperti diskaun daripada developer dan sebagainya.

Tak sangka boleh beli rumah pertama walaupun modal tak banyak

Semua orang ada hak untuk capai impian ni. Tok ulang balik ayat ni. Semua orang.

Tapi kalau korang tak berusaha dengan mencari ilmu yang betul, memang susah la nak dapat.

Semua yang korang perlu tahu untuk beli rumah tanpa perlukan simpanan yang besar, ada dalam eBook ni.

Klik link bawah ni untuk beli sekarang.

>>> KLIK SEKARANG UNTUK BELI eBOOK “TAK ADA DUIT, BOLEH BELI RUMAH KE?” <<<

3 COMMENTS

  1. Assalam.. sy ingin tahu sy dlm proses penbelian rumah flat dengan harga rm60k, rumah itu dipajak selama 99thn, adakah berbaloi sy beli, dan duit deposit sy ada xperlu kluarkn kwsp, dengan kos guaman rm 3k, boleh bg penjelasan pada email sy

  2. Csdangan utk kwsp
    Benarkan pencarum kwsp keluarkan duit kwsp
    RM50,000 utk acount yg melebihi 100k
    Dan RM 10,000 bole keluar utk acount bawah RM 100k
    Duit itu hanya utk membeli bitcoin
    Dipantau oleh anak2 syatikat kwsp
    Tidak bole cash draw
    Jus keluar utk beli bitcoin dan simpan .

    Jika tahun 2009 to 2010 kwsp benarkan keluar fuit RM 5,000 utk membeli bitcoin
    Sure today rata rata rakyat malaysia kaya rays
    Year 2009 buy 5,000 bitcoin = RM 5,000
    Today 5,000 bitcoin bernilai
    5,000 x 24,500 ==

    Juta2
    Ksya raya rakyat malaysia
    Bole beli rumah 1 juta cash money
    Modal rm 5,000 ringgit
    8 tahun yg lalu

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here