Home Projek Hartanah Anda di Kota Bharu dan takde plan hari Sabtu ini?

Anda di Kota Bharu dan takde plan hari Sabtu ini?

1104
0
SHARE
Ebook Takde Duit Boleh Beli Rumah Ke
Ebook Takde Duit Boleh Beli Rumah Ke

Tok faham sangat dah. Hari minggu adalah hari untuk korang luangkan masa berharga bersama keluarga.

Ye la, dah kerja penat-penat dari Isnin sampai Jumaat. Ini masa korang nak luangkan masa bersama keluarga tercinta, kan?

Tapi bagi yang takde sebarang plan, Tok nak cadangkan satu aktiviti best untuk korang pada hujung minggu ni.

Macam-macam aktiviti ada. Memang syok!

Pada tarikh 26 Ogos 2017 (Sabtu minggu ni), ada Karnival Hartanah SPNB Aspirasi Peringkat Pantai Timur.

Ya, lagi 3 hari je lagi karnival ni akan berlangsung.

Nak cakap tentang aktiviti yang ada kat karnival ni, memang banyak. Dan yang seronoknya, ada aktiviti untuk anak-anak korang jugak.

Antara aktiviti menarik untuk korang sekeluarga join seperti :

  • Persembahan daripada artis terkenal
  • Meet & greet dengan pemain bola sepak Kelantan,
  • Pertandingan mewarna untuk kanak-kanak,
  • Pameran & jualan hartanah dari SPNB Aspirasi,
  • Pertandingan kuiz,
  • Penampilan moskot,
  • Cabutan bertuah, dan banyak lagi.

Dan buat 1,000 pengunjung terawal, korang akan dapat goodies bag percuma!

Anda sekeluarga berpeluang menangi pelbagai hadiah

Untuk pertandingan mewarna tu, dibuka kepada kanak-kanak berusia 4 hingga 9 tahun. Dan ia bermula pada pukul 9 pagi.

“Apa pulak hadiah cabutan bertuah yang ditawarkan?”

Korang berpeluang untuk menangi hadiah seperti :

  • Motosikal Modenas KRISS,
  • Smartphone Samsung S8,
  • VIVO V5S,
  • Samsung LED TV 43 inci,
  • SHARP LED TV saiz 32 & 40 inci, dan
  • Pelbagai lagi barangan eletrik.

Bab artis tekenal pulak, korang ada peluang berjumpa dengan Rahim Raja Lawak, Gmie SCREEN, Ustaz Haslin Bollywood, dan juga Elji Kilauan Emas.

Korang boleh belajar sambil berhibur kat karnival ini. Memang syok!

Projek kediaman apa yang dipamerkan kat karnival ini? 

Ada 2 projek yang akan dipamerkan.

Satu adalah projek Azalea Perdana di Machang, Kelantan :

  • Akan dibangunkan dengan 544 unit rumah teres setingkat, termasuk sebuah masjid,
  • Bersebelahan kampus UiTM Machang,
  • Lengkap dengan pelbagai kemudahan prasarana,
  • 1.5KM dari susur keluar ke Lebuhraya Kota Bharu – Kuala Krai,
  • 5KM dari bandar Machang, dan
  • Kawasan ini bebas dari masalah banjir.

Untuk Fasa 1 projek ini, sebanyak 111 unit rumah akan dibuka untuk jualan. Berikut adalah spesifikasi rumah untuk rujukan korang :

  • 3 bilik tidur,
  • 2 bilik air,
  • Keluasan tanah 1,400 kaki persegi (20’ X 70’),
  • Keluasan bangunan 822 kaki persegi,
  • Harga jualan bermula daripada RM191,000.

Satu lagi projek adalah Tanah Al-Hamra (di Kelewek, Tanah Merah, Kelantan) :

  • Akan dibangunkan dengan 818 unit rumah teres setingkat dan juga 35 unit rumah kedai 2 tingkat,
  • 2KM dari tapak cadangan MRSM Tanah Merah,
  • Lengkap dengan pelbagai kemudahan prasarana,
  • 5KM dari Bandar Tanah Merah, dan
  • Kawasan bebas banjir.

Untuk fasa 1A projek ini, 130 unit rumah teres setingkat kini dibuka untuk jualan :

  • 3 bilik tidur,
  • 2 bilik air,
  • Keluasan tanah 1,400 kaki persegi (20’ X 70’),
  • Keluasan bangunan 822 kaki persegi,
  • Harga bermula daripada RM170,000.

Nak lagi berita menarik? Kalau korang berminat nak beli salah satu projek ni, booking fee yang korang perlu bayar sebanyak RM500 je.

Selain tu, Perjanjian Jual Beli jugak ditanggung beres dan pinjaman LPPSA, Bank, dan KWSP akan diuruskan untuk korang.

“Dekat mana karnival ni akan berlangsung, Tok?”

Mesti korang tak sabar nak tunggu hujung minggu ni, kan?

Bawah ni, Tok sediakan semua maklumat yang korang perlu tau tentang Karnival Hartanah SPNB Aspirasi Peringkat Pantai Timur :

  • Tarikh : 26 Ogos 2017 (Sabtu),
  • Masa : 9 pagi hingga 6 petang,
  • Tempat : Dataran Astaka, Stadium Sultan Muhammad IV, Kota Bharu, Kelantan.

Apa-apa hal, korang boleh hubungi pihak SPNB Aspirasi secara terus di talian ini :

  • 017 – 903 6071,
  • 017 – 962 8949,
  • 09 – 955 5203 (Pejabat),
  • 09 – 962 8949 (Pejabat).

Jangan lepaskan peluang ini untuk sertai aktiviti menarik, dan menangi hadiah special. Ajak ahli keluarga, sedara-mara, kawan-kawan yang free untuk datang bergembira di karnival ini.

Klik sini untuk sahkan kehadiran korang ke Karnival Hartanah SPNB Aspirasi Peringkat Pantai Timur sekarang.

Pakat mari belako ore kito!

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here