PORTAL PELABURAN HARTANAH NO.1* DI MALAYSIA

Pasaran hartanah Malaysia semakin menjunam? Keputusan survei ini akan ubah strategi pelaburan anda

Information is power” (Maklumat adalah kunci kepada kuasa).

Tok yakin korang semua pasti pernah dengar pepatah mat saleh ni. Dan takde siapa pun dapat menyangkal kebenaran yang ada pada ayat tadi.

Di mata pelabur hartanah, maklumat dianggap sebagai pemangkin kejayaan sesebuah pelaburan yang dibuat.

Dan hari ni adalah hari bertuah buat korang. PropertyGuru dah pun sediakan result untuk kajian terhadap sentimen pengguna dalam pasaran hartanah pada tahun ini.

Tinggal untuk korang hadamkan je. Lepas ni, korang boleh rangka balik pelan tindakan mengikut maklumat ni.

Pasaran hartanah Malaysia masih stabil? 

logo propertyguru 02 4 1

Tinjauan Sentimen Pengguna PropertyGuru baru-baru ini menunjukkan yang keyakinan terhadap sektor hartanah Malaysia, kekal stabil dengan 36% responden menyatakan kepuasan menyeluruh kepada pasaran hartanah pada separuh tahun pertama 2017 (H1 2017).

24% lagi berikan pandangan yang neutral, dan persepsi negatif menurun kepada 39% berbanding 53% pada separuh pertama 2015 (H1 2015).

Screen Shot 2017 07 10 at 3.12.01 PM 1

Sumber infografik – PropertyGuru

Sentimen ni, disokong pula oleh kestabilan persepsi harga bagi semua jenis hartanah di Malaysia.

Faktor-faktor yang gerakkan perkembangan pasaran hartanah

Faktor utama yang dinyatakan pengguna bagi kepuasan secara keseluruhannya, adalah peningkatan harga hartanah secara beransur-ansur, tapi stabil pada tahun 2017.

Ini terutamanya bagi hartanah kediaman bertanah di pusat perbandaran utama di Kuala Lumpur, Pulau Pinang, dan Johor.

Kontras ini nyata dengan kenaikan harga pada tahun-tahun sebelumnya, di mana amalan property flipping oleh spekulator adalah faktor yang menjadi sebab utama dalam mewujudkan senario kemeruapan dan penawaran berlebihan bagi jenis hartanah tertentu.

“Seperti yang dinyatakan sebelum ini, pasaran hartanah kini terdiri (terutamanya) daripada penghuni-pemilik, atau pelabur jangka panjang.”

“Hartanah bertanah yang umumnya dibeli oleh keluarga atau pasangan yang baru berkahwin berdasarkan kemampuan memiliki, menerusi pendapatan bersama (joint income) memberikan momentum bagi urus niaga jualan dan belian.”

“Kini, kediaman dibeli lebih jauh dari pusat bandar dan trend ini muncul sebagai ciri yang kian berkembang bagi tahun 2016 dan 2017.”

“Faktor-faktor ini merupakan penggerak bagi perkembangan pasaran hartanah yang lebih stabil, di mana peningkatan nilai (capital appreciation) mungkin lebih rendah berbanding tahun-tahun sebelum ini, tetapi lebih stabil dan mampan.”

Sheldon Fernandez Country Manager PropertyGuru Malaysia s 1

PENGURUS NEGARA PROPERTYGURU MALAYSIA, SHELDON FERNANDEZ

“Rakyat Malaysia berasa lebih terjamin dan selesa dengan senario yang baru ini,” jelas Pengurus Negara PropertyGuru Malaysia, Sheldon Fernandez.

“Ini mungkin menjadi permulaan bagi pasaran hartanah yang lebih sihat, yang akan kukuhkan keyakinan rakyat Malaysia untuk menjalankan urus niaga”

Petumbuhan pasaran mungkin perlahan pada H2 2017. Kenapa?

“Indeks Pasaran ProperyGuru (PMI) menunjukkan penurunan harga hartanah ke tahap yang paling rendah pada suku pertama 2017.”

“Ada kemungkinan, yang pemulihan dalam pasaran hartanah akan berlaku.”

“Tapi, dengan kos sara hidup yang kian meningkat, kelemahan nilai Ringgit, harga minyak yang rendah dan faktor-faktor yang lain, sektor hartanah masih boleh menyaksikan pertumbuhan yang perlahan bagi separuh tahun ke-2 2017,” tambah beliau.

Berkenaan kesan kemungkinan adanya pilihanraya pada tahun 2017, Fernandez menyatakan yang rakyat Malaysia (umumnya) lebh cenderung ke arah pendekatan tunggu dan lihat (wait and see), dan transaksi lazimnya mengalami pengurangan sebelum pilihanraya.

Bagaimanapun, momentum mungkin akan kembali pulih selepas pilihanraya, sekiranya ada, telah berakhir.

Kos sara hidup yang semakin meningkat, bukan penghalang

Walaupun sentimen pasaran menunjukkan persepsi keseluruhan yang stabil di kalangan pengguna, rasa tak puas hati masih lagi menjadi faktor yang penting.

Rakyat Malaysia menyatakan, harga hartanah yang mahal dan isu-isu ekonomi sebagai 2 kebimbangan utama mereka, yang memberi kesan terhadap keputusan hartanah keseluruhan mereka pada 2017.

Screen Shot 2017 07 10 at 3.14.26 PM 1

Sumber infografik – PropertyGuru

“Rakyat Malaysia telah menerima realiti pasaran dan lebih mempunyai kesanggupan untuk menjalankan urus niaga, tapi usaha mereka mungkin terbatas oleh kos sara hidup yang kian meningkat, kebimbangan terhadap jaminan kerja, dan lain-lain lagi.”

“Namun begitu, mereka masih lagi dapat menghadapinya dengan baik.”

“Ramai yang memilih untuk memohon pinjaman bersama untuk membiayai pembelian mereka,” tambah Fernandez.

Hartanah luar bandar jadi pilihan ramai orang

Dari segi lain, Tinjauan Sentimen Pengguna PropertyGuru masih menunjukkan trend, di mana ramai pembeli mencari hartanah di kawasan sub-bandar.

Ini menunjukkan kemunculan kawasan hartanah utama yang baru di kawasan sub-bandar Selangor – antara 20 hingga 40KM dari pusat bandar.

27% daripada pembeli menyatakan hasrat mereka untuk membeli hartanah di pinggir bandar Selangor.

Lokasi, keselamatan dan lokasi yang terjamin, dan saiz unit masih menjadi 3 faktor utama yang dipertimbangkan dalam pembelian hartanah.

52% rakyat Malaysia berhasrat untuk membeli rumah dalam tempoh 6 bulan akan datang, sama ada untuk dijadikan kediaman mereka, atau untuk tujuan pelaburan.

Daripada jumlah tadi, 39% (38% pada H1 2016) memillih untuk membeli kediaman baru. Sementara 13% (15% pada H2 2016) memilih secondary market (rumah second hand, atau lelong).

Berkenaan peruntukan, keadaannya masih tak berubah di kalangan majoriti responden – 36% yang berhasrat nak membeli rumah, menyatakan yang bajet mereka adalah sebanyak RM300,001 hingga RM500,000.

PG logo circle Red 1

Pinjaman perumahan masih lagi isu penting?

Pinjaman perumahan masih lagi menjadi perkara penting bagi pasaran hartanah, dengan 93% responden menyatakan yang mereka perlukan pinjaman bank untuk membiayai pembelian hartanah mereka.

45% (47% pada 2H 2016) menyatakan, mereka perlukan pembiayaan sebanyak 90%, manakala 25% (22% pada 2H 2016) memilih untuk dapatkan pembiayaan sebanyak 70 hingga 80%.

18% (19% pada 2H 2016) pula, perlukan pembiayaan sebanyak 100%.

Screen Shot 2017 07 10 at 3.15.12 PM 1

Sumber infografik – PropertyGuru

Medium maklumat untuk semua pihak

Sentimen Tinjauan Pengguna PropertyGuru dimulakan pada tahun 2009, dan dilakukan pada setiap separuh tahun pertama.

Tinjauan tahunan ini mengukur sentimen serta mendapatkan pendapat terhadap sektor hartanah. Ianya juga bertujuan untuk membantu pengguna-pengguna, ejen-ejen, serta pihak pemaju memahami persekitaran pasaran hartanah tempatan.

Tinjauan separuh tahun pertama 2017 melihat sebanyak 949 responden di Malaysia, serta 3,100 responden di sekitar Asia Tenggara mengambil bahagian.

Mesti macam-macam fikiran yang tengah berlegar dalam kepala korang tu sekarang kan? Tu perkara biasa lepas korang dah selesai hadam maklumat baru.

Apa yang pasti, korang boleh nampak dan boleh rangka pelan tindakan seterusnya berdasarkan maklumat ni.

Apa pun, Tok tak nak korang tergopoh-gapah dalam mengambil sebarang tindakan.

Tak nak terlepas info dan tips terkini berkaitan hartanah dan kewangan? Tok nak ajak korang join Channel Telegram rasmi Gilahartanah. Klik gambar untuk join.

Jom join Channel Telegram rasmi GilaHartanah.
Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *