Jimat hingga 70% untuk perbelanjaan setiap hari? Rugi penduduk KL, Putrajaya dan...

Jimat hingga 70% untuk perbelanjaan setiap hari? Rugi penduduk KL, Putrajaya dan Labuan yang tak mohon kad ini

4234
4
SHARE
Sumber gambar - malaysiaaktif.my
Ebook Takde Duit Boleh Beli Rumah Ke
Ebook Takde Duit Boleh Beli Rumah Ke

Masalah ni, dah jelas terpampang kat depan mata.

Ramai yang mengeluh harga barang meningkat naik. Tu tak tambah lagi dengan kos pergi-balik kerja setiap hari, dan macam-macam lagi.

Atas sebab ni, kerajaan ambil inisiatif untuk hidupkan balik satu program yang pernah dilaksanakan sebelum ni.

Buat korang yang menetap kat KL, Putrajaya, dan Labuan, confirm korang suka dengan tawaran yang ada pada ‘kad’ ni. Dah la kad ni, takde tarikh luput!

Kalau nak tau lebih lanjut, jemput hadamkan perkongsian yang Tok baca kat laman web Says ni sekarang.

Program lama dengan ‘nafas baru’? 

Sumber gambar – says.com

Kementerian Wilayah Persekutuan ada lancarkan semula Kad Komuniti Ceria dengan branding yang baru, Kad Ceria Wilayah.

Ini adalah kad ekslusif untuk rakyat Malaysia yang menetap kat Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Putrajaya, dan Labuan untuk nikmati diskaun istimewa bila membeli barangan keperluan dan perkhidmatan.

Sebelum ini, kad ni dikenali dengan nama ‘Kad Komuniti Ceria’ yang dilancarkan buat pertama kali pada 2015.

Lepas tu, Kementerian Wilayah Persekutuan putuskan untuk merombak balik dan kenalkan semula kad baru, dengan ciri-ciri tambahan untuk menarik minat lebih ramai pengguna, dan syarikat yang menjadi rakan dagang program ini.

Dan lagi best, korang boleh dapatkan kad ni secara percuma (untuk yang layak) dan takde tarikh luput. Bermakna, korang boleh gunakan kelebihan yang ada tanpa sebarang had masa!

P/S : Setakat ni, sebanyak 1 juta kad telah diedarkan secara percuma buat penduduk di Projek Perumahan Rakyat (PPR) dan Projek Perumahan Awam (PA).

“Banyak ke kelebihan yang ada kat kad ni?”

Boleh tahan banyak la. Korang ada kelebihan seperti :

  • Diskaun hingga 70% ke atas pembelian barangan, makanan, dan perkhidmatan,
  • Membeli-belah pada harga istimewa kat lebih daripada 1,011 premis / rakan dagang,
  • Diskaun di fasiliti milik Dewan Bandaraya Kuala Lumpur, Perbadanan Putrajaya, dan Perbadanan Labuan,
  • Fungsi sebagai ‘e-wallet’ untuk pemegang Kad Ceria dan pedagang yang mengambil bahagian dalam program ini.

Siapa yang layak dapatkan Kad Ceria Wilayah ini?

  • Berumur 18 tahun dan ke atas,
  • Warganegara Malaysia,
  • Lahir di mana-mana Wilayah Persekutuan, atau menetap di mana-mana Wilayah Persekutuan,
  • Mana-mana penjawat awam yang sedang berkhidmat di Wilayah Persekutuan.

Sebagian rakan dagang yang dikenali dalam program Kad Ceria Wilayah ini, termasuk :

  • Mydin,
  • KK Super Mart,
  • Berjaya Hotels & Resort,
  • Kamdar,
  • Wendy,
  • Kenny Rogers, dan
  • Restoran Rasa Utara.

Kadar diskaun yang ditawarkan untuk pelbagai perkhidmatan pembelian barangan dan perkhidmatan termasuk makanan, kosmetik, perkhidmatan pergigian, dan banyak lagi.

Contohnya, Mydin tawarkan 5 hingga 20% diskaun untuk barangan bukan makanan, manakala Wendy tawarkan diskaun 5% untuk sebarang pesanan ala carte.

Buat korang yang berminat nak daftar, boleh rujuk kat laman web rasmi Kad Ceria Wilayah ini untuk dapatkan maklumat dan promosi terkini.

Macam mana nak memohon? Follow 3 langkah mudah ini

Untuk korang yang lepas syarat kelayakan memohon Kad Ceria, boleh memohon sekarang secara online dengan 3 langkah ini :

#1 : Tunggu apa lagi? Daftar laju-laju

Sumber gambar – says.com

Masukkan nombor MyKad korang ke dalam kotak yang disediakan.

#2 : Masukkan butiran peribadi anda

Sumber gambar – says.com

Korang akan diminta untuk mengisi borang bagi mengemaskini butir-butir peribadi korang, termasuk :

  • Alamat tempat duduk terkini,
  • E-mel,
  • Nombor telefon, dan lain-lain yang berkaitan.

Masukkan semua maklumat ini, dan korang akan maju ke langkah seterusnya.

Lepas dah tekan butang ‘SEND,’ korang kena tunggu untuk dapatkan mesej, yang nyatakan sama ada pendaftaran korang berjaya atau tak.

Kalau tak dapat sebarang maklum balas dalam tempoh 60 hari dari tarikh korang memohon, permohonan korang dianggap tak berjaya.

#3 : Tunggu maklum balas dalam tempoh 60 hari

Sumber gambar – says.com

Korang akan dimaklumkan tentang pusat servis yang khusus untuk ambil kad bila dah siap nanti. Butiran seperti alamat, nombor telefon, dan waktu operasi cawangan akan disediakan.

Hubungi nombor yang diberikan untuk memeriksa sama ada kad korang dah siap untuk dikutip atau belum, sebelum menuju ke pusat perkhidmatan untuk mengelakkan sebarang kesulitan.

Terdapat jugak pilihan untuk mencetak maklumat korang sebagai rujukan pada masa depan. Kalau malas nak print sekarang, korang boleh jugak save dulu dalam pendrive.

Dekat mana nak dapatkan maklumat lanjut tentang kad ini?

Korang boleh layari laman web rasmi Kad Ceria Wilayah, atau laman Facebook mereka.

Korang jugak boleh hantar e-mel melalui alamat kadceria@kwp.gov.my, atau hubungi +603 – 8889 7642 / +603 – 8889 7625 untuk sebarang pertanyaan.

Tok tau. Ramai jugak yang rasa terbeban dengan tekanan daripada kenaikan harga barangan keperluan.

Dengan kad ni, dapat la bantu ringankan beban korang untuk membeli barang keperluan pada harga yang lebih berpatutan.

Lepas ni, boleh la korang menyimpan lebih sikit daripada sebelum ini. Boleh boleh?

4 COMMENTS

LEAVE A REPLY