SHARE
Ebook Takde Duit Boleh Beli Rumah Ke
Ebook Takde Duit Boleh Beli Rumah Ke

Kali ni, Tok nak reviu pasal menara kondominium 50 tingkat (kondo pertama yang paling tinggi di Malaysia) dan mewah di tengah bandar Kuala Lumpur.

Kondominium K Residence tawarkan 2 dan 3 bilik tidur, unit duplex dan triplex penthouse, dan terletak betul-betul dekat sebelah Menara Berkembar Petronas.

Serius, korang berguling pun boleh sampai KLCC.

Bosan dengan KLCC? Tak payah pening kepala. Bawah kondo tu je dah ada Avenue K. Nak makan, shopping, semua dah senang.

Tempat ni memang mewah dan lawa. Bab binaan, Tok boleh bagi gred A sebab memang mantap pun. Biasa la, produk high-end.

Harga jual, tak masuk akal?

Kondominium kategori mewah ni dibangunkan oleh pemaju KL Landmark.

Keseluruhan bangunan ni memang unik, sebab dipasang dengan tingkap kaca yang besar gedabak. Memang nampak sangat classy dan mahal.

K Residence tergolong dalam kategori ‘kondominium mewah,’ lengkap dengan kemudahan bertaraf world class. Unit dekat sini bermula dengan saiz 1,405 hingga 10,650 kaki persegi (dalam RM1,300 setiap kaki persegi).

Nilai pertumbuhan pembangunan (GDV) K Residence ni mencapai RM480.3 juta. Yang mana tiap nilai pelaburan individu bermula dari RM1 juta hingga RM10 juta.

Korang dapat rasai pengalaman kehidupan warga kota dan kosmopolitan.

Lengkap dengan sistem keselamatan bertaraf dunia

Kalau korang jenis yang pentingkan soal keselamatan, kondominium ni ada sistem keselamatan yang top-notch.

Senang je nak ke sini. Korang boleh ikut Jalan Mayang yang ada 4 penjuru akses keselamatan, mula dari parking hingga la ke pintu masuk kediaman.

Soal lif pulak, korang akan rasa kagum dengan servis yang disediakan. Ada 6 dek lif high-speed dan juga lif servis untuk kegunaan heavy duty.

Sambil hirup udara segar, sambil nikmati pemandangan kota

Selain tu, penduduk situ boleh nikmati pemandangan panorama 270 darjah sekitar Kuala Lumpur.

Tiap unit kat situ tersedia dengan sistem tenaga rendah dan sistem pusat penyaman udara, yang lebih efisien berbanding unit individu.

Lagipun, ketinggian siling 3 meter memang bagi keluasan pada penghuninya. Ada unit berbentuk biasa, tapi ada jugak yang berbentuk pelik sikit (macam huruf L).

Penthouse pulak korang boleh sampai 5 bilik dengan kolam renang peribadi.

Unit yang kecil, korang akan dapat 2 bilik dengan dapur dan ruang bilik air lebih kecil.

Tak payah risau tentang pengangkutan

 

Nak ke K Residence, korang boleh naik LRT secara terus. Kondominium ni satu-satunya kediaman yang berada di atas link bawah tanah di KLCC.

Kondo mewah ni membuktikan korang boleh pergi ke mana-mana, dengan apa jua cara sekali pun. Kalau korang dapat beli kondo ni, memang tak masalah dari segi pengangkutan.

Korang boleh ikut juga dari Jalan Ampang, Jalan Sultan Ismail dan Jalan Perak. Lebuhraya pulak boleh guna laluan SPRINT, Ampang-KL, dan terowong SMART untuk ke sini.

Apa yang anda perlu tahu tentang K Residence, KLCC?

Nama projek: K Residence

Alamat projek: Jalan Ampang, Kuala Lumpur

Nama Pemaju: KL Landmark

Tarikh siap: 2008

Jenis: Kondominium

Jenis Pegangan: Pegangan Bebas (Freehold)

Jumlah tingkat: 50

Jumlah blok: 1

Jumlah unit: 188

Keluasan binaan (Built-up area): 1,405 – 10,650 kaki persegi

Harga second hand (subsale): RM1,600,000 – RM4,160,400

Kadar Sewa: RM5,300 – RM15,000

Fi Penyelenggaraan: RM0.50 setiap kaki persegi

Anggaran Ansuran Bulanan: RM7,829

Gaji Minimum yang Layak Beli: RM15,658

Segala jenis unit yang ada di K Residence, KLCC

  • Jenis A : 2 bilik tidur, 2 bilik air
  • Jenis B : 3 +1 bilik tidur,, 3 + 1 bilik air
  • Jenis C : 3 +1 bilik tidur,, 4 + 1 bilik air
  • Jenis D : 2 +1 bilik tidur,, 3 + 1 bilik air
  • Jenis E : 3 +1 bilik tidur,, 4 + 1 bilik air
  • Jenis G : 3 +1 bilik tidur,, 4 +1 bilik air

Apa kemudahan yang ada di K Residence, KLCC?

  • TV satelit,
  • Concierge,
  • Akses broadband,
  • Bilik permainan kanak-kanak,
  • Creche (pusat jagaan kanak-kanak),
  • Gimnasium,
  • Dobi,
  • Bilik persidangan,
  • Kolam renang,
  • Taman landskap.

Projek macam ni, sasaran pembeli memang hanya terdiri dengan orang yang banyak duit je.

Harga kediaman sini main harga cecah juta. Kalau orang macam kita tengok memang rasa nak menangis je. Kalau yang poket tebal, boleh la tengok satu unit.

Memang korang tak rasa rugi beli, sebab situ tempat berpusatnya segala kemudahan yang ada. Korang boleh pilih sama ada nak unfurnished, semi-furnished, atau fully-furnished.


Sumber: PropWall, PropertyGuru & PropSocial 

NO COMMENTS

LEAVE A REPLY