7 jenis pelaburan yang kurang risiko dan berpotensi tinggi jana banyak untung

7 jenis pelaburan yang kurang risiko dan berpotensi tinggi jana banyak untung

7516
4
SHARE
Sumber gambar: CloudX
Ebook Takde Duit Boleh Beli Rumah Ke
Ebook Takde Duit Boleh Beli Rumah Ke

Tahniah. Korang dah mula selangkah maju ke arah bebas masalah kewangan.

Korang dah tahu yang korang kena mula bertindak daripada sekarang. Kalau korang sendiri tak jaga ekonomi diri, siapa lagi?

Untuk tujuan ini, ramai yang masih mencari-cari kat mana nak laburkan duit mereka.

Dan pencarian korang akan tamat lepas dah baca perkongsian Tuan Amir Syahir ni.

7 instrumen ini sesuai untuk korang yang baru nak bermula. Walaupun risiko rendah, tapi tetap boleh jana untung yang banyak.

“Apa yang saya boleh buat dengan yang saya simpan?”

Untuk mencapai kebebasan kewangan, korang haruslah menyimpan 10% daripada pendapatan.

Setiap tahun mesti gaji naik kan? Jika gaji naik, tambahkan wang simpanan korang setiap bulan.

Jika disimpan saja, duit korang tak cepat bertambah. Jadi baik melabur ke dalam instrumen yang kurang berisiko.

Masih mencari-cari instrumen pelaburan yang bagus?

Ini antara pelaburan yang kurang berisiko dan mempunyai pulangan pelaburan yang mantap. Antaranya;

#1: Melabur dalam hartanah

Tak dinafikan pelaburan hartanah adalah paling menguntungkan kalau kena caranya.

Korang boleh tengok yang nilai hartanah semakin tahun semakin tinggi.

Belilah hartanah ketika usia masih muda. Mulakan menyimpan untuk deposit rumah.

Pelaburan hartanah ada 3 kategori utama iaitu subsale, lelong dan dalam pembinaan (undercon).

#2: Melabur dalam ASB (Amanah Saham Bumiputera)

ASB antara instrumen pelaburan yang paling popular. Sekarang sudah ada ASB 2. Pulangan pelaburan antara 7 hingga 8% setiap tahun.

Korang boleh klik sini untuk baca perkongsian saya pasal pelaburan ASB.

#3: Nak senang? Simpan duit dalam Tabung Haji

Tempat simpanan yang baik kerana korang boleh menyimpan dan daftar nama untuk menunaikan haji sekali gus.

Kalau ada duit dalam KWSP dengan nilai minimum RM1,300, boleh terus daftar haji. Korang boleh buat potongan terus daripada gaji ke akaun TH korang.

#4: Unit Amanah bagi pulangan yang menawan

Pelaburan untuk jangka panjang.

Bagi gua, unit amanah ni adalah pelaburan korang untuk masa hadapan.

Jangan nak melabur dekat unit amanah selama setahun dua lepas tu duk kata rugi je. Carilah ejen unit amanah yang betul-betul mahir dalam hal ehwal unit amanah ini.

#5: Tak cukup modal nak melabur dalam hartanah? AHB mungkin untuk anda

Pelaburan berisiko rendah yang boleh memberi pulangan melebihi 6 hingga 7% setahun.

AHB berikan pulangan dividen 2 kali setahun. Contohnya Mac 2016 dividen 3.3% dan September 2016 dividen 3.2%.

Apa yang best AHB ni adalah, korang nak jual balik unit pun free of charge. Dengan kata lain sales charge free.

Instrumen ni patuh syariah dan dah ada potongan zakat.

Akaun boleh dibuka di semua cawangan Maybank, dengan nilai minimum RM100. Setiap penambahan unit pun minimum RM100.

#6: Tak rugi melabur dalam pelaburan emas

Emas juga merupakan pelaburan jangka panjang.

Daripada korang duk bakar duit, lebih baik korang simpan duit tu. Lepas tu beli emas tiap bulan.

Yang kaum makwe daripada asyik-asyik duk beli tudung, kasut ataupun baju dekat Lazada tu, baik beli rantai ataupun gelang emas.

#7: Melabur guna Koperasi Bank Rakyat

Antara yang paling tip top pulangan dividennya.

Hari tu ada pegawai Bank Rakyat kata mereka boleh berikan kita untuk melabur RM500 unit jika kita buka akaun gaji melalui Bank Rakyat.

Sekarang gua tak tahu tawaran tu masih wujud ataupun tak. Atau tawaran tu hanya untuk untuk penjawat awam sahaja. Tak pasti dah. Tapi gua tak buat pun. Sapa dah ada akaun bertuah lah.

Banyak lagi ke pelaburan yang kurang risiko macam ni?

Banyak lagi yang korang boleh terokai.

Kalau korang minat saham teruskan. Jika korang dah ada Koperasi Bank Rakyat tu tambah lah lagi. Jangan pulak korang cakap Koperasi Bank Rakyat lagi powerlah, main saham lagi mantap lah.

Ini semua berdasarkan pengalaman gua je. Gua takde lagi Koperasi Bank Rakyat tu. Setiap kali pergi nak mohon buka akaun asyik tak dapat jeeee. Sobs sobs. Nak main saham pulak tak reti. Kakakaka.

Apa yang gua nak sampaikan ialah jangan menyimpan saja duit korang tu. Baik melabur. Nilai wang akan semakin mengecil.

Ini antara panduan yang terbaik bagi gua untuk korang jadikan sebagai rujukan.

Ingat, setiap pelaburan mesti ada risikonya yang tersendiri. Pandai-pandai korang lah sesuaikan dengan kemampuan kewangan masing-masing.

“Siapa pulak mangsa pemberi quote malam ni ek?”, getus penulis di dalam hati.

Tiba-tiba ada seseorang datang memberi quote pada penulis. Lama betul penulis amati wajah beliau.

Ternyata itu adalah Warren Buffet. Beliau berkata:

“Jika kalian membuat perkara dan usaha yang sama sahaja, kalian akan mendapat hasil yang sama.” 

P/S: Apakah pengalaman pelaburan korang? Share sikit. Sama-sama kita berkongsi ilmu.

Setiap pelaburan pasti ada risiko yang tersendiri. Takde satu pun pelaburan yang langsung tak berisiko.

Yang patut kita fikirkan adalah uruskan risiko yang ada sebaik mungkin.

Lagi tinggi risiko, lagi tinggi peluang korang gandakan duit yang korang laburkan tu. Tok doakan supaya pelaburan korang tak henti-henti jana untung.

4 COMMENTS

  1. Saya punya
    #1 Done
    #2 Dah..sekarang dah tutup buku
    #3 On going..disebabkan saya dah amek subsidi haji masa tunaikan haji tahun 2011, saya dah tak dapat bonus haji 🙁
    #4 Sekarang jadi ejen unit amanah di bawah bumbung Philip Mutual. Siapa nak melabur atau nak tahu lanjut tentang unit amanah saya boleh terangkan 🙂

  2. Langkah pertama sy mulakan dgn asb.. da lepas segalanya mslh dgn xcukup wang,xcukup modal bagai la,dsb lg,sy teruskan dgn mainan asb sehingga sekarang dan ia nye amat mebantu sy skluarga Dr belengu xcukup kewangan dan disiplin menyimpan.. nk beli rumah di Klang valley ni agak mustahil utk sy yg bekerja sendiri..beli tanah cash boleh la kot insyallah to bkn disini di kg sy tnh murah lg Dr sini.. skang dividen ASB yg sy dpt sy rolling membeli emas lak,stiap tahun dividen ASB dikeluarkan utk beli emas dgn kuantiti yg hampir sama dividen yg dpt setiap thn.. de lebih setiap bln sy byr instalment asb lebih extra smpi 3-5bln.. xsemak da nk pikir installment asb smentra menabung di rumah utk blnan seterusnya.. agak da nk raya,xcukup duit ke lepas raya duit abis pakai ke,emas yg ade bley lg diguna pakai utk dipajak or arrahnur utk mendapatkan tunai di tgn..pejam celik men cam tu da dekat setahun dlm pala da ligat pikir duit dividen nk buat ape da..buat benda yg sama je masa ni sbb aku sedar aku bkn layak utk yg lain drpd nih hingga 1 masa nnt br aku layak jika dipanjangkan umur..
    Skang duit ade ,emas ade,modal pn ade.. umah sendiri je Lom ade lg.. target dlm 5thn utk dptkn umah dgn pusingan modal yg ditangan dan cara ini utk dptkn umah sendiri secara tunai.. hidup bebas hutang Dr bnda yg susut nilai xde la semak pala lg kn.. asb utk langkah pertama mendapat kn modal, emas langkah ke2 menuju langkah yg seterus nye..
    P/s: nk beli kete boleh jika menjadi keperluan,beli dgn cash yg perlu pakai je da la,mentenence rendah x membebankan.. jgn gila nafsu n trend gaya muda masa kini
    Keperluan diutamakan dr nafsu dan kehendak diri

LEAVE A REPLY