Jemputan Ke Property Talk di Residensi Suasana Damai

Jemputan Ke Property Talk di Residensi Suasana Damai

2687
3
SHARE
Ebook Takde Duit Boleh Beli Rumah Ke
Ebook Takde Duit Boleh Beli Rumah Ke

mk-land logo

Hari Sabtu ni korang buat free tak?

Pihak MKLand dengan kerjasama pihak Pejuang Media Sdn Bhd telah berbesar hati untuk menjemput semua pembaca GilaHartanah.com ke Majlis Pelancaran Residensi Suasana dan Rumah Terbuka Aidilfitri di Residensi Suasana@Damai Sales Gallery pada 23 Julai ini.

Majlis Pelancaran Fasa Terakhir Residensi Suasana ini akan dimeriahkan lagi dengan Property Talk dari tuan Faizul Ridzuan, CEO FAR Capital Sdn Bhd, dan tuan Ahyat Ishak, pakar pelaburan hartanah dan penulis buku bestseller “The Strategic Property Investor”.

Faizul Ridzuan
Faizul Ridzuan, CEO FAR Capital Sdn Bhd dan pengarang buku bestseller “WTF? 23 Properties by 30”
ahyat ishak
Ahyat Ishak, pakar pelaburan hartanah dan penulis buku bestseller “The Strategic Property Investor”

Jangan lepaskan peluang keemasan ini untuk beramah mesra dan berkenalan dengan kedua-dua speaker hebat dalam industri pelaburan hartanah di Malaysia.

Korang boleh bertanya apa sahaja soalan berkaitan dengan pelaburan hartanah kepada mereka.

Masuk adalah PERCUMA.

Maklumat lanjut untuk majlis tersebut:

Tarikh: 23 Julai 2016

Hari: Sabtu

Masa: 10.00 pagi – 6.00 petang

Lokasi:

Residensi Suasana@Damai Sales Gallery
Jalan PJU 10/2b, Damansara Damai 47830,
Petaling Jaya, Selangor.

GPS: 3.196590, 101.593512

Google Map:

OK. Jumpa korang di sana ya!

Oh.. bagi korang yang berminat nak tinggal di kawasan Damansara Damai, boleh cuba tengok projek Residensi Suasana ni.

Servis Apartment Residensi Suasana: Alami Kehijauan Taman Dalam Bandar

1

Terletak berhadapan restoran McDonald yang menghadap Jalan PJU10/1 di Damansara Damai.

map

 

Apartment ini mempunyai 260 unit di setiap blok. Terdapat 3 blok iaitu Blok A, Blok B dan Blok C. Pihak pemaju turut menyediakan 3 lif bagi memudahkan penghuni naik dan turun ke unit masing-masing tanpa perlu tunggu lama.

Setiap apartment didatangkan dengan 2 tapak letak kereta, sama ada sebelah menyebelah atau jenis “tandem parking”.

Residensi Suasana menawarkan 3 jenis unit. Type A berkeluasan 1,452 kaki persegi dan lengkap dengan 3 bilik tidur, 2 bilik air, ruang tamu, ruang makan, ruang keluarga, dapur, laman dan balkoni.

Type B2 pula berkeluasan 1,076 kaki persegi dengan 3 bilik tidur, 2 bilik air, ruang tamu dan ruang makan, dapur dan balkoni.

Type C2A pula dengan keluasan 1,031 kaki persegi lengkap dengan 2 bilik tidur, 2 bilik air, ruang tamu dan ruang makan, dapur dan balkoni.

 

Kemudahan di sekitar lokasi Damansara Damai sesuai untuk keluarga

Damansara Damai terletak di barat laut Kuala Lumpur, dan berada di sebelah utara kawasan Petaling Jaya.

Ia juga berhampiran dengan perbandaran seperti Saujana Damansara, Sierramas di Sungai Buloh, Prima Damansara, Bandar Sri Damansara dan Sutera Damansara.

Antara sekolah yang berhampiran termasuklah Sekolah Menengah Kebangsaan Damansara Indah 1, Sekolah Kebangsaan Damansara Damai 1, Sekolah Rendah Kebangsaan Damansara Damai 2, dan sekolah agama.

Ia juga berdekatan dengan lebuhraya utama seperti Kuala Lumpur-Jalan Kuala Selangor (LATAR), Lebuhraya PLUS, New Klang Valley Expressway (NKVE), dan Damansara-Puchong Highway (LDP).

Residensi Suasana juga terletak hanya 800m dari stesen MRT terdekat, amat sesuai untuk mereka yang bekerja di tengah bandar atau dimana-mana lokasi lain yang mempunyai stesen MRT.

Kediaman Pada Harga Mampu Milik

10

Harga unit di Residensi Suasana ini bermula dari serendah RM450,300.

Jadi, hartanah ini amat sesuai untuk mereka yang berpendapatan isi rumah sekurang-kurangnya RM4,500 ke atas, dengan komitmen yang minima.

Bayaran pinjaman perumahan juga serendah RM2,400 sebulan, bergantung kepada tempoh pinjaman, kadar pinjaman dan harga rumah yang korang beli.

Jika korang berminat, boleh segera buat tempahan dengan menghubungi 03 6157 1900 atau pergi ke galeri jualan mereka pada hari Sabtu nanti.

 

3 COMMENTS

LEAVE A REPLY