Ada lagi ke harapan gaji RM2,000 beli rumah tahun ini?

Ada lagi ke harapan gaji RM2,000 beli rumah tahun ini?

Ramai yang bergaji bawah RM2,000 serabut dan patah semangat, sebab rasa tak layak nak beli rumah. 

Cuma kalau pandang pada satu sudut yang lain daripada biasa, Tok faham kenapa korang rasa macam tu.

Tapi, jangan pulak korang salahkan rezeki. Pasti ada hikmah disebalik setiap kejadian yang berlaku.

Cuba korang fikir macam ni – Kalau korang tak boleh uruskan harta yang sikit pada hari ni, macam mana nak uruskan harta yang lebih banyak kelak?

Apa yang penting, kita kena mula bertindak secepat mungkin. Harga rumah bukan boleh jadi lagi murah pun kalau korang menunggu.

Dari 3.2%, naik pergi 4.5%?

Ramai yang ingat, pelaburan hartanah hanya semata-mata nak kaut untung bila nilai rumah naik, serta dapatkan sewa bulan-bulan untuk cipta passive income yang menawan.

Padahal, ada sebab yang lebih besar ramai orang buat pelaburan ini.

Mesti banyak benda yang korang dah tau tentang inflasi. Tok tau dah, yang tengah baca ni orang yang bijak-bijak belaka.

Tengok gambar rajah yang Tok dapat dekat TradingEconomics.com ni, dan korang akan dapat agak apa yang bakal Tok cakap kejap lagi:

Sumber gambar : tradingeconomics.com

Ini fakta berdasarkan data, bukan auta. Kadar inflasi meningkat 4.5% pada bulan Febuari 2017, berbanding 3.2% kenaikan pada bulan Januari.

Dan ini adalah rekod kenaikan tertinggi yang pernah dicatat sejak November 2008.

Apa yang Tok cuba nak sampaikan dekat sini?

Sekarang, Tok nak korang fikir kejap dan cuba jawab soalan simple kat bawah ni:

“Macam mana korang nak lawan kadar inflasi yang semakin meningkat ni?”

Atas sebab ini, ramai yang melabur dalam hartanah. Dengan tujuan supaya duit mereka tak ‘tertindas’ dengan kenaikan inflasi yang menggila.

Duit korang selamat, sebab tersimpan rapi dan korang dapat nikmati kenaikan nilai hartanah (capital appreciation) selepas beberapa tahun.

Kalau beli dekat tempat yang betul, boleh untung senang-senang sekitar 2 kali ganda atau lebih lagi.

Potensi buat duit? Boleh kata, unlimited.

Kalau korang takde lagi sebarang bentuk pelaburan, tapi masih berbelanja sakan macam orang takde pedoman, korang patut rasa risau sekarang.

Biasa la tu. Dah terhantuk nanti, baru terhegeh-hegeh nak cari guru, nak belajar sana-sini. Sampai bila korang nak jadi macam ni?

Sebab tu, ada blog seperti Gila Hartanah, pelabur, dan pakar dalam industri yang setiap hari update status di media sosial, untuk tingkatkan kesedaran ramai tentang pemilikan hartanah.

Saja Tok bakar line, biar hati tu rasa ’panas’

Serius Tok cakap. Gaji tak banyak, bukan penghalang korang untuk membeli rumah.

Tok ada kongsikan kisah inspirasi Cikpuan ‘Siti’ yang viral sekitar 2 minggu lepas. Kalau korang terlepas, klik sini untuk baca sekarang. 

Masa mula-mula beli rumah pertama tu, gaji dia baru RM1,400. Tapi, lepas je beli rumah RM110,000.

Logik la sikit. Gaji tak banyak, tapi nak beli terus rumah harga ratus ribu Ringgit. Memang tak salah berimpian, tapi biar realistik dengan tahap kewangan semasa korang.

Tak salah korang mulakan dengan rumah murah (kos rendah) dulu. Lepas dah stabil nanti, boleh je beli rumah yang lagi gempak lepas ni.

Yang penting, korang wajib mulakan tindakan seawal yang mungkin. Sampai bila nak menyewa?

Dan kalau ‘Siti’ berjaya buat, korang tak rasa korang pun boleh jugak ke?

Nak dibantu untuk beli sebiji rumah tahun ini, walaupun gaji kecik?

Tok ada berita baik buat korang yang masih belum ada rumah.

Hari Sabtu minggu lepas, Tok ada war-warkan tentang ni. Kalau korang tak perasan, klik sini untuk baca balik. 

Bagi yang menunggu jawapan siapa yang akan bantu korang, ini dia… (bayangkan bunyi ketukan snare drum).

Orang akan bantu korang adalah Tuan Faizul Ridzuan, CEO FAR Capital Sdn. Bhd.

Program special ni bernama Jejak Kasih Hartanah.

Kalau tanya Tok, ini memang satu peluang tak masuk akal. Korang akan dibantu oleh antara pengamal pelaburan hartanah terbaik dalam industri.

UPDATE: Setakat ni, dah ada 931 orang yang daftar. Tok mungkin akan tutup pendaftaran dalam masa yang terdekat, sebab kesian kat staf Tok, nak tapis 30 orang yang bertuah.

[]
1 Step 1
Nama anda
Lokasi tempat tinggal anda
No. telefon anda
Gaji kasar andaPilih salah satu sahaja
Previous
Next