Jawapan kepada 10 soalan ini bakal tentukan tahap kesihatan kewangan anda (sama...

Jawapan kepada 10 soalan ini bakal tentukan tahap kesihatan kewangan anda (sama ada nazak atau sihat). P/S: Ada bonus kisah berharga yang Tok sarankan anda baca.

2563
0
SHARE
Ebook Takde Duit Boleh Beli Rumah Ke
Ebook Takde Duit Boleh Beli Rumah Ke

Tok nak minta tolong kat korang. Cuba tanya diri korang dengan soalan ini:

“Adakah kita sudah merangka pelan kewangan kita dengan baik?”

Pelan kewangan yang bagus adalah penentu sama ada kewangan kita sihat, atau sebaliknya.

Korang boleh lihat dan kaji mana-mana statistik kewangan di dunia. Kemudian, tanya soalan ini:

“Apakah penyebab ramai orang jatuh miskin?”

Tak beri perhatian dan fokus yang baik kepada bab pengurusan kewangan adalah salah satu sebab perkara ini berlaku.

 

Terima kasih kepada Neal Frankle. Beliau kongsikan ilmu ini agar kita boleh cipta pelan untuk baiki taraf kewangan ke tahap yang lebih baik.

Langkah pertama adalah tanya 2 soalan ini dulu:

  • Adakah duit kita akan habis diguna?
  • Kalau ada risiko seperti di atas, apakah rancangan untuk elakkan perkara ini daripada berlaku?

Kalau dah ada jawapan untuk 2 soalan kat atas ini, korang mungkin dah ada pelan rancangan kewangan yang bagus.

Kalau belum ada lagi, tak apa. Teruskan bacaan.

Kalau ada masalah untuk jawab 2 soalan kat atas, kita boleh cuba jawab 8 soalan ini dahulu:

  1. Berapa banyak pendapatan bulanan yang kita boleh dapat?
  2. Bagaimana kita akan tambah pendapatan selepas ini?
  3. Berapa banyak duit yang kita akan dapat setelah pencen? Apakah sumber pendapatan kita pada waktu itu?
  4. Berapa banyak kos yang kita gunakan setiap bulan untuk tanggung kehidupan sekarang?
  5. Berapa banyak kos yang diperlukan untuk tanggung kehidupan kita pada masa akan datang?
  6. Berapa banyak duit yang kita dah berjaya kumpul? Bagaimana kita laburkan duit itu? Berapa banyak pendapatan yang ia boleh jana daripada pelaburan yang kita dah buat?
  7. Berapakah nilai pelaburan kita pada masa akan datang?
  8. Berapa banyak untung yang boleh dijana oleh pelaburan yang akan kita buat lepas ini?

Jelas sekali kita tak boleh jawab semua soalan di atas ini dengan 100% kepastian. Ada banyak sebab yang mempengaruhi jawapan kita, seperti:

  • Kadar inflasi yang tiba-tiba menyerang mata wang yang kita gunakan,
  • Kadar faedah (interest) yang kita kena bayar,
  • kadar pulangan yang kita dapat dari setiap pelaburan,
  • kos untuk tanggung perbelanjaan kehidupan harian kita dan keluarga, atau lain-lain sebab.

Kalau tak dapat jawab 2 soalan pertama tadi, atau korang ada jawapan untuk 2 soalan pertama itu (tanpa menjawab 8 soalan di atas), ada kemungkinan besar korang belum ada pelan kewangan yang bagus.

Tak ada pelan kewangan yang bagus adalah seperti mengemudi kapal dalam kabus yang tebal. Kita boleh jauh tersesat sebab tak tahu arah tuju.

Tak elok memperjudikan nasib kewangan kita, setelah beberapa tahun membanting tulang untuk cari dan kumpul duit selama ini.

Neal kongsikan kisah berharga ini yang boleh buka minda kita luas-luas.

Neal pernah berbincang dengan seorang klien untuk selesaikan masalah kewangan yang beliau hadapi.

Tapi akhirnya, beliau nasihatkan kllien itu supaya berhenti bazirkan duit dan masa beliau.

Dengar agak kasar, kan? Mesti ramai yang akan tanya, kenapa Neal cakap macam itu.

Semasa berborak selama 10 minit sebelum itu, Neal sedar yang klien ini tak sanggup lakukan apa-apa tindakan drastik untuk menjayakan pelan kewangan yang akan dirangka oleh Neal.

Ini adalah ciri-ciri klien Neal itu:

  • Hidup beliau sarat dengan hutang-piutang,
  • Beliau tak sanggup kerja lebih masa untuk cari duit lebih,
  • Umur beliau sudah cecah pertengahan 60-an (beliau ada masa yang singkat untuk lakukan perubahan mendadak).

Bukan Neal tak boleh tolong klien ini.

Kalau klien Neal tak sanggup ambil tindakan drastik, tak akan ada pelan yang boleh bantu selesaikan masalah beliau (walaupun ia dirangka sebaik mana sekalipun).

Kebenaran memang pahit untuk ditelan, dan Neal tak suka tipu klien beliau. 

Neal cuma mahu berterus-terang. Tak bermakna beliau tak nak tolong klien ini.

Neal hanya mampu sekadar beri bantuan ini kepada klien beliau:

  • Cara bagaimana hendak keluar daripada belenggu hutang yang sarat itu,
  • Beri nasihat kepada beliau kenapa tak boleh teruskan sikap ini (berbelanja secara boros),
  • Kenapa beliau terpaksa terus bekerja. Kalau tak, beliau tak ada duit nak tanggung kos sara hidup dan bayar hutang.

Selepas dengar nasihat ini, beliau mula sedar. Walaupun Neal bantu sediakan pelan kewangan terbaik sekalipun, ia tak akan boleh tolong selesaikan masalah yang sedang beliau hadapi.

Pelan yang baik bukan seperti pil magik. Telan sahaja, masalah kewangan dah boleh sembuh.

Bantuan terbaik yang Neal boleh berikan kepada klien ini, adalah keluarkan diri beliau daripada belenggu hutang dahulu.

Kalau klien ini berjaya, Neal berjanji akan bantu rangka pelan kewangan yang sesuai dengan kapasiti kewangan beliau.

Neal yakin masih ada harapan untuk selamatkan nasib kewangan beliau. Dengan syarat, beliau kena berusaha sehabis upaya.

Kalau tak, pelan kewangan yang baik akan jadi sekadar hiasan sampingan, dan hanya akan dibazirkan begitu sahaja.

“Seramai 50 klien yang saya jumpa tahun ini, ada 2 yang jatuh ke dalam kategori ini,” tambah Neal dalam nada bimbang.

Neal akui, tahap kesedaran orang ramai tentang keperluan pelan kewangan yang baik masih di tahap rendah.

96% klien Neal setuju dengan perkara ini: Pelan kewangan yang bagus boleh bantu selesaikan masalah kewangan, dan ia telah terbukti bekesan sebagai alat bantuan yang efektif.

Mula kawal duit kita kalau tak nak senasib dengan klien Neal. 

Tok mohon korang untuk cuba fikirkan perkara ini sejenak.

Tak ramai orang yang boleh kawal emosi kalau ada masalah berkaitan duit.

Duit pula, tak pernah ada emosi kepada kita. Betul, duit tak bernyawa (Tok masih waras lagi).

Tapi cuba kita cari sebab kenapa ramai orang boleh jadi sangat beremosi bila ada masalah berkaitan duit?

Ia bergantung kepada mindset kita. Pada pandangan rata-rata pakar kewangan di dunia, duit adalah sekadar alat semata-mata.

Strategi terbaik adalah sedar kegunaan duit, dan jangan biarkan ia senang-senang kawal kita. Kita yang patut kawal duit kita. Bukan sebaliknya.

Kalau korang sedar pasal ini, Tok tak rasa korang akan ada masalah besar tentang duit, dan tahu cara nak uruskan kewangan dengan betul.

NO COMMENTS

LEAVE A REPLY