Brader ini ada 8 hartanah walaupun bekerja secara kontrak. Orang muda patut...

Brader ini ada 8 hartanah walaupun bekerja secara kontrak. Orang muda patut baca kisah inspirasi ini.

4215
2
SHARE
Ebook Takde Duit Boleh Beli Rumah Ke
Ebook Takde Duit Boleh Beli Rumah Ke

Paras ekonomi yang tak menentu buatkan ramai orang berputih mata. Dan ini termasuk pekerja dalam industri yang disangka “kebal” dan bernilai berbilion ringgit.

Walaupun ada industri yang berjaya survive berpuluh tahun diserang masalah ekonomi, ia tetap boleh runtuh bila tiba masanya. Tapi, tak bermakna kita secara rela menyerah diri kat nasib yang menimpa.

Mungkin perkongsian silent reader Tuan Azizul Azli Ahmad ini boleh buatkan korang bersemangat, dan bersedia menempuh dugaan alam pekerjaan. Ikuti pengalaman dan tip beliau ini.

Suntikan inspirasi “orang minyak” ini pasti membakar semangat anda.

Saya nak kongsikan tip dan sikit pengalaman saya yang tak seberapa ni. Saya silent reader dan friendlist Dr. sejak tahun 2014. Mohon jangan share nama ya.

Saya tak pernah dapat kerja tetap selepas graduasi. Bekerja secara kontrak sahaja sebab kerja ikut projek. (industri oil & gas). Sudah berkahwin dan mempunyai 3 orang anak. Isteri pula bekerja tetap dalam bidang construction (pembinaan).

Setiap kali tukar projek baru (tukar syarikat sekali), pendapatan saya akan bertambah.

Ramai kawan-kawan saya upgrade kenderaan yang lebih mahal bila gaji semakin besar. BMW, Audi, Velfire, dan superbike ni biasa bagi orang yang bekerja dalam industri oil & gas.

Walaupun ada yang perli (kawan-kawan dan ahli keluarga), saya masih kekal pakai kereta second hand keluaran tahun 2002. Sekarang dah habis bayar. Sebelum ni, ansuran bulanan kereta cuma 4% sahaja dari gaji.

Alhamdulillah, simpanan dan hartanah semakin bertambah. Kami dah ada 8 hartanah (nilai gabungan RM2 juta). Simpanan semasa keluarga dah berjaya mencecah 6 angka.

Tahun 2014, industri oil & gas mula jatuh dan sekarang semakin teruk. Ramai kawan-kawan yang berkereta mahal dan rumah mahal (nila gabungan cecah RM1 juta ++) mula risau.

Ada yang dah diberhentikan dengan komitmen yang tinggi. (RM8,000 hingga RM10,000 bayaran bulanan untuk 1 rumah dan 1 kereta). Ini belum lagi kira komitmen lain.

Alhamdulillah, saya masih mampu bertahan walaupun tak bekerja (sekarang masih lagi bekerja).

Semua hartanah saya sewakan dan saya memilih untuk menyewa rumah yang lebih murah.

Ini tip untuk yang baru nak mula bekerja dan mereka yang makan gaji.

1) Orang muda tak usah terlalu memilih kerja. Kerja pertama adalah pembuka rezeki. Jangan terlalu fokus nak dapat kerja tetap saja.

2) Kerja secara kontrak bukan satu dosa. Saya dah 10 tahun bekerja secara kontrak. Tak pernah dapat kerja berstatus pekerja tetap.

3) Set objektif kewangan dalam bentuk time frame (3, 5, 10, dan 15 tahun).

4) Kekalkan gaya hidup, walaupun setiap tahun dapat kenaikan gaji (increment).

5) Hidup secara sederhana (tapi bukan kedekut). Tak salah mendongak ke langit. Tapi selalu ingat tunduk ke bumi.

6) Kalau tak boleh downgrade gaya hidup, buat kerja sambilan untuk tambah pendapatan.

7) Paksa diri untuk menyimpan. Dan kalau ada bonus, 70% hingga 80% daripada bonus masukkan ke dalam simpanan (jangan bersedih kalau dapat bonus sikit, sebab selama 10 tahun saya bekerja, baru sekali dapat bonus).

8) Kekalkan pakai 1 kereta untuk tempoh 10 tahun pertama. Cari kereta dengan komitmen bawah 10% daripada gaji. Saya beli kereta kedua (yang juga kereta second hand) untuk isteri tahun ni secara tunai. Kereta jenama Proton sahaja.

9) Tambah aset hartanah. Target mesti ikut kemampuan dan kapasiti kewangan semasa masing-masing.

10) Tak usah pedulikan apa orang nak kata. Kekal setia dengan objektif kewangan kita. Kawal mana yang boleh, dan elakkan banyak mengeluh.

11) Habiskan hutang secepat mungkin. Baru hati terasa tenang.

12) Kejatuhan ekonomi dijangka pada tahun 2024 – 2026. Jadi, mula menyimpan sekarang.

13) Tabung fizikal mesti ada kat rumah. Tabung suami isteri dan tabung anak-anak. Konsep tabung warna tu sangat bagus.

14) Bergaul dengan orang yang positif macam Dr. Azizul Azli, Abang Ensem, KEY, Faizul Ridzuan, Zaidi Ismail, AA, dan lain-lain. Banyak nasihat dan peringatan (reminder) daripada mereka.

15) Tambah ilmu kewangan, dan gunakan alat (tools) kewangan yang ada seperti ASBF, TH, UT, dan lain-lain.

16) Sentiasa bantu keluarga dan ibubapa.

17) Tak usah berkira bila nak bersedekah. Sedekah tu sebenarnya menjemput rezeki datang lebih banyak.

18) Mulakan Takaful dan wasiat seawal yang boleh. Hidup akan tenang lepas dah ada wasiat dan Takaful.

19) Zakat jangan lupa. Ni wajib walaupun gaji permulaan hanya RM1,000.

20) Pergi kerja naik motor (kalau boleh) untuk berjimat.

21) Suami & isteri kena bersama dalam pengurusan kewangan dan pelaburan keluarga. Mesti sepakat dan bekerjasama . Tak salah buat seorang, tapi ia lebih mencabar berbanding bergabung tenaga.

22) Elakkan skim-skim yang mengarut dan pulangan yang tak masuk akal.

Tip ini semua berdasarkan pengalaman saya sendiri selama 10 tahun dalam alam pekerjaan.

Saya doakan Dr. Azizul dan semua follower Dr. berjaya.

Bak kata-kata emas Leornado Da Vinci:

“Simplicity is the ultimate sophistication”.

Kadang-kala, yang mudah itu adalah yang paling berharga untuk kita. Tok harap, perkongsian ini boleh lonjakkan tahap fikiran dan memberi inspirasi kat kita untuk jadi lebih berjaya.

2 COMMENTS

LEAVE A REPLY