PORTAL PELABURAN HARTANAH NO.1* DI MALAYSIA

Orang muda, ini cara kumpul RM39000 dalam masa kurang 5 tahun. Wanita ini kongsikan cara

Anak muda, rasa tak bersalah langsung bila berjoli, kan?

Dah tentu bukan semua. Tapi bagi yang ada penyakit ni, pasti akan terasa sakit satu hari nanti.

Masa tu, baru mengadah. Menyesal, kenapa tak bersedia dari dulu.

Sebab Tok tak nak kewangan anak muda macam korang jauh tersesat, jemput hadamkan ilmu yang Cikpuan Syafieqah A’lya kongsikan ini kat Facebook beliau.

Daripada bazirkan duit gaji (yang susah-payah korang dapatkan tu) kat benda tak patut, baik lagi buat benda ni.

Kenapa kena ulang balik kesilapan sama?

Ini adalah panduan untuk korang tau apa yang terbaik untuk korang. Memang tak rugi untuk dibaca sebab takde sebarang bayaran, percuma je.

Tak semua orang suka pasal kewangan, tapi semua orang perlukan ilmu kewangan ini untuk capai apa yang mereka impikan sebelum :

  • Korang nak beli kereta idaman,
  • Korang asyik nak tukar gajet,
  • Korang nak beli rumah mahal-mahal,
  • Korang nak berbelanja sakan dengan girlfriend,
  • Korang buat personal loan lajak sampai maksimum.

Apa kata korang plan kewangan korang satu-persatu dulu?

Fikirkan kesan dan akibat kalau korang buat semua di atas tu. Kita memang tak lari dari kesilapan.

Tapi jangan la kita ulang kesilapan yang biasa orang lain buat. Boleh, kan?

Ada 3 pecahan yang anda wajib tahu

Follow cara ini, mungkin boleh bantu korang kat luar sana :

1) Cuba belajar simpan duit sama amount dengan jumlah bayaran kereta/ rumah idaman korang tu.

Boleh atau tak? Jangan cakap tak boleh dulu. Fikir positif, aku boleh. Belum cuba belum tahu, dah cuba nanti rasa menyesal tak mula dari dulu kan

2) Bila korang dah belajar menyimpan kata kan lah jumlahnya RM800 sebulan.

Okay. First step, korang simpan dulu 3 bulan gaji pokok. Rasa berat ke? Tak berat lah kalau korang tahu apa yang korang buat.

Ini untuk kebaikan korang jugak

3) Dah capai emergency fund 3 bulan gaji tu, korang mula pecah kan simpanan korang tu kepada 3 iaitu simpanan + perlindungan + pelaburan.

4) Amek 5% dari gaji korang tu, apply dulu medical card. Tak kisah lah kalau korang dah ada Takaful cover by company. Korang Mesti ada back up takaful luar.

“Sihat tak kenal usia, sakit tak tunggu masa.”

Return kencang, kalau anda tahu cara

5) Korang gunakan ASBF sebagai force saving korang.

Kenapa ASBF? Sebab ASBF ni return lebih tinggi dari korang simpan biasa, bila korang tahu cara yang betul untuk invest.

Tahun pertama, korang apply ASBF RM100,000 :

  • Bulanan : RM604
  • Tempoh pembiayaan : 30 tahun
  • Keuntungan bank : 5.2%
  • Purata dividen tahunan : 6.75%
  • Takaful : Tidak
  • Teknik : Compounding atau tak usik dividen. Buat-buat lupa kejap yang korang ada dividen ni dalam akaun. Boleh kan?

Korang maintain bayar Sijil ni sampai tempoh 4 tahun.

Pada tahun kedua, korang tambah lagi Sijil kedua RM100K jugak dengan maintain bayar amount yang sama lagi. Jadi :

Sijil 1 : Teknik compounding – Bayar setiap bulan
Sijil 2 : Teknik rolling – Gunakan dividen Sijil 1 tahun pertama, dan rolling duit dividen untuk bayaran tahun berikutnya.

Berapa banyak untung yang bakal anda kaut?

Lepas tu andaikan jika korang batalkan Sijil ni. Berapa yang korang dapat?

  • Sijil 1 – Batalkan pada tahun ke-4
    • Baki prinsipal : RM6163
    • Dividen terkumpul : RM21,647
    • Jumlah : RM27,810
  • Sijil 2 – Batalkan pada tahun ke-3
    • Baki prinsipal : RM4501
    • Dividen terakhir : RM6750
    • Jumlah : RM11,251

Jumlah keseluruhan : RM39,061

6) Apa nak buat duit ni?

Korang buat beli rumah pertama korang + kahwin + extra tunai untuk kehidupan selepas kahwin, dan reward diri korang yang susah payah berkorban untuk menyimpan.

Tak lupa juga tolak zakat dan bahagiakan mak ayah korang. Kalau tak tahu macam mana nak kira zakat tu, pergi je Pusat Zakat. Minta tolong mereka kirakan.

7) Bila menjangkau umur 30 tahun ke atas, mula fikirkan tentang pelaburan jangka masa panjang.

Pelaburan pertama yang korang boleh buat tak perlu keluar modal adalah Unit trust melalui EPF Akaun 1. Laburkan duit ini setiap 3 bulan bagi tingkat kan simpanan hari tua korang.

Memang sekarang korang rasa tak penting, tapi bila umur mula cemburu kat korang. Korang mula la cakap :

“Kenapa la aku tak tau pasal ni 5 tahun dulu?”

Uruskan Hibah awal-awal. Senang keluarga anda nanti

8) Bila korang dah buat semua ni. Apply pulak satu income protection untuk diri korang. Lagi-lagi kalau korang ni adalah punca pendapatan keluarga.

Duit ni boleh dihibahkan tau. Ia salah satu cara untuk memudahkan keluarga kecik korang terima duit tersebut dengan ‘lebih mudah’.

Harta kita memang tak boleh di bawa kat sana. Tapi tak kesian ke kita kat keluarga apa yang jadi pada mereka bila kita dah takde.

Kita buat wasiat dan hibah sebelum kita pergi. Kita tak rugi apa pun buat semua ni.

Banyak harta yang tak dituntut kat luar sana atas sebab apa? Sebab kurangnya kesedaran tentang perkara ini.

Sebarkan dengan tekan button SHARE. Korang kalau ada mega sales laju je share, ni ilmu free korang tak nak share pun. Jom pandai sama-sama.

Part yang last sekali tu, Tok setuju sangat. Masih ramai yang belum tau tentang kepentingan Hibah.

Kalau tak, takde la sebanyak RM60 bilion harta pusaka umat Islam kat Malaysia ni tak dituntut.

Tapi, Tok tau korang tak tergolong dalam statistik tu. Sebab korang rajin cari ilmu. Kalau tak, korang takkan baca sampai sini.

Tak nak terlepas info dan tips terkini berkaitan hartanah dan kewangan? Tok nak ajak korang join Channel Telegram rasmi Gilahartanah. Klik gambar untuk join.

[KLIK GAMBAR SEKARANG]

Jom join Channel Telegram rasmi GilaHartanah.
Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *