Home Tip pelaburan hartanah Ilmu ini boleh bantu anda buat rancangan menjual hartanah dengan baik

Ilmu ini boleh bantu anda buat rancangan menjual hartanah dengan baik

18044
16
SHARE
Ebook Takde Duit Boleh Beli Rumah Ke
Ebook Takde Duit Boleh Beli Rumah Ke

Tok rasa ramai yang tahu pasal RPGT, atau dikenali dengan nama lain sebagai CKHT.

Ia nama pendek yang merujuk kepada Cukai Keuntungan Harta Tanah (CKHT). Cukai ini adalah sejenis cukai keuntungan modal yang dikenakan ke atas penjualan hartanah di Malaysia.

Kalau korang dah tahu, tahniah Tok ucapkan.

Tapi, Tok nak tumpukan perhatian kepada yang masih samar-samar tentang cukai ini. Sebab itu muncul idea dalam otak Tok nak kongsikan pekara ini supaya lebih ramai orang tahu.

Mari kita sama-sama belajar pasal cukai ini. Yang dah tahu, boleh ulangkaji atau tambah di ruangan komen untuk bantu yang tak tahu. Tok kongsikan pasal ini berdasarkan apa yang Tok baca di blog Tuan Najib Mohamed.

Apa maksud RPGT (Real Property Gain Tax) atau CKHT ini?

Menurut Akta Cukai Keuntungan Harta Tanah 1976,CKHT adalah cukai yang dikenakan ke atas keuntungan daripada penjualan hartanah.

Ia adalah cukai yang kita kena bayar dan ditetapkan oleh Lembaga Hasil Dalam Negara (LHDN).

Ia dikenakan ke atas keuntungan daripada pelupusan semua jenis hartanah seperti rumah kediaman, bangunan komersial, tanah, atau saham dalam syarikat hartanah.

Kadar CHKT adalah antara 0% hingga 30%, dan ia bergantung kepada tempoh pegangan.

Ini merujuk kepada tempoh waktu kita beli sesuatu hartanah hingga tarikh hartanah itu dijual.

Tarikh pemerolehan hartanah merujuk kepada tarikh yang tercatit dalam perjanjian jual beli bersetem, atau Borang KTN 14A bersetem (atau memorandum pindah milik bersetem).

Ia dikenakan ke atas jumlah keuntungan bersih selepas harga jualan ditolak harga belian, dan lain-lain perbelanjaan seperti:

  • duti setem,
  • yuran guaman,
  • bayaran iklan,
  • kos ubahsuai rumah,
  • bayaran pentadbiran,
  • komisyen jualan, atau sebagainya.

Tempoh pegangan adalah daripada tarikh Perjanjian Jual Beli, sehingga tarikh penjualan.

Individu dan syarikat boleh dikenakan CKHT.

Kenapa kita ada cukai keuntungan hartanah di negara ini?

  • Sebagai langkah membendung spekulasi hartanah untuk elakkan property bubble. 
  • Dari masa ke semasa, kerajaan boleh membuat keputusan untuk naikkan atau kurangkan CKHT berdasarkan agenda semasa mereka. Pernah berlaku (sekitar April tahun 2007 hingga Disember 2009), CKHT terkecuali dalam dunia hartanah untuk meransang pelaburan.
  • CKHT (seperti mana-mana cukai) adalah sumber pendapatan negara.

Bagaimana nak kira CKHT ? 

Kalau nak lupuskan hartanah dengan kadar keuntungan yang besar, korang kena bayar cukai ke atas keuntungan modal bersih berbanding keuntungan modal kasar.

Keuntungan modal kasar boleh dikira dengan mengambil harga jualan yang dikurangkan dengan harga belian.

Keuntungan modal bersih = Keuntungan modal kasar – perbelanjaan kasar, seperti:

  • yuran guaman,
  • yuran agen hartanah (2% hingga 3% daripada harga jualan),
  • yuran pentadbiran,
  • perbelanjaan yang dibuat untuk tingkat-taraf hartanah (seperti kerja ubahsuai rumah dan kerja-kerja reka bentuk dalaman), dan lain-lain perbelanjaan.

Nota: Boleh simpan semua bil atas ini supaya mudah nak rujuk balik bila jual hartanah kita.

Ini pula adalah jadual kadar cukai hartanah di Malaysia.

ckht2

Sumber: najibmohamed.com

Contoh kira CKHT adalah seperti berikut:

Harga Jual Hartanah pada 10 Januari 2014 = RM 300,000. 

(Tolak)

Kos Renovation = RM 10,000.

Kos Guaman = RM3,000.

Kos Perunding Hartanah (3%) = RM 9,000.

Jumlah Kos Sampingan yang lain = RM 22,000. 

Harga Pelupusan Hartanah = RM 300,000 – RM 22,000 = RM 278,000.


Harga Belian pada tahun 2013 = RM 200,000.

(Tambah)

Bayaran Duti Setem = RM 3,000.

Kos Guaman = RM 2,500.

Jumlah Kos Pindah Milik = RM 5,500. 


Harga Pemerolehan 2013 = RM 205,000. 


Keuntungan Atas Jualan Hartanah = RM 278,000 -RM 205,000 = RM 73,000. 

(Tolak)

Pelepasan RM 5,000 atau 10% daripada keuntungan (yang mana lebih tinggi) = RM 7,300. 

Keuntungan yang akan kena cukai = RM 73,000 – RM 7,300 = RM 65,700. 


Cukai yang dikenakan (Pelupusan Tahun Kedua) = 30% X RM 65,700 = RM 19,710. 

Jadi, jumlah cukai yang kita kena bayar adalah sebanyak RM 19,710.

Boleh ke CKHT dikecualikan?

Boleh. Antara pengecualian CKHT adalah seperti berikut:

  • Pengecualian ke atas keuntungan daripada penjualan hartanah sekali dalam seumur hidup kepada individu (jadi, gunakan peluang ini dengan bijak).
  • Pengecualian ke atas keuntungan daripada penjualan hartanah antara ahli-ahli keluarga. Contohnya:
  1. Suami dan isteri,
  2. ibu bapa,
  3. anak-anak,
  4. datuk dan nenek,
  5. dan cucu.
  • 10% daripada keuntungan ATAU RM10,000 begi setiap transaksi (yang mana lebih tinggi) tak akan dikenakan cukai.

Ilmu yang baik akan tambah korang jadi lebih berani dalam bidang ini.

Tok harap, perkongsian ini dapat buatkan korang lebih jelas tentang CKHT . Selagi boleh bantu, akan Tok bantu dengan sedaya upaya.

Lagi bagus kalau korang rajinkan diri ke kelas hartanah atau baca buku tentang hartanah yang ada. Supaya korang bertambah-tambah jelas pasal CKHT ini. Oh, dan korang boleh klik sini kalau nak dapatkan maklumat lanjut tentang cukai ini.

Lagi banyak ilmu korang, bertambah berani korang nak melangkah ke depan dalam bidang hartanah ini. Tok percaya 101% korang boleh buat.

Photo by Muffet

16 COMMENTS

  1. Just nak betulkan salah typo…Bukan CHKT tapi CKHT…Cukai Keuntungan Harta Tanah Tok…

    No heart feelings ya…Peace!

  2. Tok…saya nak tanya..kalau dalam satu gran tanah ada 5 nama…kemudian salah seorang meninggal dunia…dan diganti nama anak…adakah sebarang cukai akan dikenakan keatas mereka ini atau hanya pada penama baru…(nama didaftar belum sampai 5 tahun)…TKASIH TOK
    ..

  3. Salam tok. Terima kasih. Satu perkongsian yg baik. Sy adlh pmbeli ntuk 1unit rumh. Sy sdg dlm proses ntuk sign s&p. Semlm lawyer ade kol, bgtahu yg slps sign s&p nnty, lawyer akn dptkn consent dr pjbt tnah. Slpas consent d kluarkn, sy akn dberi tmpoh 60hari ntuk mmbyr RPGT ni. Persoalan sy:

    1. Pembeli atau pnjual yg kne byr rpgt ni?

    *ntuk pngetahuan, sy buat mark-up deal ntuk cover 10%deposit.

    Minta pnjelasan. Trima kasih

    • saya rasa tuan pon kena cukai gak as pembeli.
      CKHT 2A ….
      tapi tak mahal …. kena tanya lawyer berapa ..

      penjual kena CKHT 1A/1B

  4. Salam tok. Perkongsian yg menarik. Sy ade soaln yg hndak di tanya.
    “Saya adlh pmbli untuk 1 unit rumah. Loan da lulus. Just tggu sign S&P shj. Semlm lawyer kol, bgtau yg sy kne byr cukai rpgt. Sy buat mark-up deal ntuk cover 10%deposit”.

    Soalan sy, mngapa pmbeli yg perlu byar RPGT tetsebut? Bukan ke penjual yg sepatutnya byr rpgt?

    Minta penjelasan dr tok. Trima kasih

  5. Assalam tok….mcmn kiraan cukai jika jual tanah yg ada 5 nama..ada yg nama 3 tahun..ada yg 1 tahun..
    Nama dlm geran adalah ahlk keluarga..tanah pesaka dan dijual kepada prmbeli..

  6. Saya nak tanya..dlm geran terdapat 5 nama..adakah cukai dikira secara individu ikut penbahagian lot tanah masing2 atau dikira atas sekeping geran?

  7. Salam Tok.
    Terima kasih atas perkongsian. Untuk memohon pengecualian CKHT, perlukah kita lantik peguam? atau boleh mohon sendiri?
    Terima kasih.

  8. Salam tok.. nak tanya.. jika pelupusan ni melebihi 5 tahun maka CKHT tidak dikenakan.. cuma sy keliru dgn jawapan pegawai lhdn..kata wlpn tidak kena CKHT tp pemilik asal dikenakan cukai pendapatan (income tax) sbb jualan hartanah ni dikira sbg pendapatan beliau.. betul ke begitu.. harap dapat pencerahan.. terima kasih

  9. Tok,
    Bagaimana hndak kira CKHT spt berikut?

    Tahun 1987 – Saya beli tanah seluas 6 ekar brkongsi 2 dgn harga rm20,000.

    Tahun 2013 – Pecah Lot jdi 2 Lot dgn kongsi saya n dapat geran masing2 dgn 2ekar 800 depa.

    Tahun 2017 – Saya telah pecah ke 18 Lot yg bahagian saya.

    Saya brcadang untuk jual semua 18 Lot dgn harga 70k 1 Lot.
    Bagaimana kira CKHT(Cukai Keuntungan Harta Tanah) tersebut?

  10. Salam Tok. Jualan tanah kosong layak untuk pengecualian tak sekiranya pemilik baru pertama kali menjual hartanah dan pemilikan dah melebihi 5 tahun? TQ

  11. salam tok. nk bertanya. klu kite sbagai penjual. tanah yg dperolehi adalah dr harta pusaka. bgaimana cara kiraan CKHT tu. sb tiada belian@ pembelanjaan keluar.
    tq

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here