PORTAL PELABURAN HARTANAH NO.1* DI MALAYSIA

“8 daripada 10 penjamin hutang ‘hidup tak tenang.’ Kenapa?” – FR

Ramai yang belum tahu akibat menjadi penjamin (guarantor) loan orang lain.

Memang kesian bila tengok adik-beradik atau sedara-mara merayu, minta tolong sebab loan tak lepas.

Dan ramai yang kecundang. Relakan tangan tandatangan dokumen dan jadi penjamin.

Tapi, ada sebab kenapa loan tu tak lepas. Dan korang yang tengah baca ni, pasti ramai yang nak tahu kenapa.

Nak jadi penjamin loan orang lain? Hadamkan perkongsian Tuan Faizul Ridzuan ini dulu sebelum buat sebarang keputusan.

Sebab orang lain, anda tanggung bala?

Salam semua.

Baru baru ni, nampak cerita artis kena saman sebab tak bayar hutang. Kronologi cerita mereka seperti berikut :

1) Wadi (bukan nama sebenar) nak beli kereta mahal (Toyota Harapan), tapi tak boleh dapatkan loan.

2) Wadi minta BFF beliau waktu tu, si Hanu (juga bukan nama sebenar) untuk jadi penjamin.

3) Mula-bula, bayar okay. Tapi bila kereta baru dah jadi tak berapa baru, dan mungkin kurang dapat pujian sebab dah jadi kereta lama, si Wadi mula la tak membayar ansuran yang dijanjikan.

3) So, bila Wadi tak bayar, bank mula kejar Hanu sebab pada mata bank, Hanu yang meminjam. Dan si Wadi ni, tak wujud.

4) Of course Hanu tak nak bayar, sebab tu bukan kereta dia, kan?

Jadi, bila Hanu (sebenarnya Wadi) tak bayar, bank akan saman Hanu si peminjam, walaupun kereta itu sebenarnya dimiliki dan dibeli oleh si Wadi.

5) Bila Hanu tak bayar kepada Bank, Hanu diishtiharkan sebagai muflis/bankrup.

Ini apa yang berlaku kepada mereka yang muflis

1) Tak boleh keluar negara.

2) Tak boleh buka apa-apa syarikat.

3) Tak boleh buat apa-apa pinjaman dengan bank untuk beli rumah (ni paling sedih).

4) Tak boleh buat apa-apa pinjaman dengan bank untuk beli kereta.

5) Tak boleh buat apa-apa pinjaman dengan bank untuk buat ASB loan.

6. Tak boleh buat apa-apa pinjaman dengan bank untuk dapatkan kredit kad atau personal loan.

Ramai orang kekadang, kesian dan nak bantu ahli keluarga dan kawan yang sebenarnya dah kena blacklist oleh pihak bank. Jadi mereka relakan diri jadi guarantor dan peminjam untuk bantu buat loan kereta, kredit kad, sebab kesian dan berniat baik.

KLIK UNTUK BACA : 7 tip sempoi untuk anak muda cepat-cepat beli rumah pertama. No. #5 bagi loan anda senang lulus

“Ahli keluarga sendiri kot. Takkan tak nak tolong?”

Waktu mereka minta tolong, semuanya okay, minta menangis-nangis. Takkan la keluarga sendiri akan aniaya kita, kan? 

Tapi keluarga bahagia hanya wujud dalam drama TV3 jam 7PM saja.

Tahukah anda, 8 daripada 10 kes yang jumpa saya dalam sesi personal coaching, mereka menyesal tak sudah bagi pinjaman dan jadi guarantor kepada ahli keluarga.

Semua cerita sama. Mula-mula, okay dan bayar elok je. Tapi lepas 1 atau 2 tahun. mula ada masalah.

Last-last yang sangkut, kita. Elok-elok dia je yang muflis, sebab dia sekarang kita pun ter-join kelab yang sama. Anda menangis dan merayu pun, mereka takkan mampu bayar anda balik sebab mereka tak pernah ada disiplin untuk bayar balik.

Bank dah ‘terkena’ dulu sebelum anda

Kawan-kawan.

Ada sebab kenapa mereka ni, bank memang tak mahu bagi pinjaman kepada mereka. Sebab bank memang dah tahu mereka ni jenis meminjam pandai, tapi nak bayar memang lahanat sungguh.

Mereka dah terkena dulu. Jadi bila mereka dah serik dan tak nak bagi dah, jangan la kita memandai rasa yang kita lebih tahu dari pihak bank mengenai profile si peminjam ni.

Dah tentu peminjam akan cakap bank jahat dan mereka kena aniaya dan macam-macam. But, bank buat ikut undang undang. So, mereka kena aniaya boleh suruh mereka saman bank tu terus. 

So, kalau anda sayangkan mereka, jangan bagi pinjam duit atau nama untuk buat benda-benda mengarut yang tak urgent atau penting.

Apa syarat supaya boleh jadi penjamin?

Kalau benda penting macam yuran perubatan atau ada ahli keluarga sakit, boleh la kita faham dan pertimbangkan.

Tapi kalau nak pinjam sebab kereta selalu sakit, atau bontot dah lama gatal sebab tak dapat nak pegi Maldives dan nak post gambar epik di Instagram, tak payah la.

Kalau sayangkan mereka, suruh mereka buat benda yang boleh tambahkan income. Jual goreng pisang ke, air ke, bawak grab/uber ke, dan guna duit extra tu untuk beli kereta cash atau holiday

Kita kena latih mereka supaya bertanggung-jawab dan berdisiplin dan belajar untuk selesaikan masalah yang lama dulu. Suruh mereka bayar balik hutang bank tu perlahan-lahan.

Sebab lepas dah hutang tu dah bersih, latih mereka melabur hartanah supaya boleh dapat kereta dan holiday percuma. Terlalu banyak keburukan bila profile kewangan kita teruk, dan terlalu banyak kelebihan bila profail kewangan kita cantik.

KLIK UNTUK BACA : 7 jenis kad kredit anda wajib tahu. Salah satu boleh bagi anda travel secara percuma

Ubah diri sendiri, sekarang

Selagi mereka tak bertanggungjawab atas diri mereka sendiri, mereka takkan belajar dan takkan dapat ubah nasib. 

Kalau kita nak merawat penagih dadah, kita berhenti bagi dadah kat mereka, kan? Dan bukan bagi lagi extra dadah untuk mereka, kan?

Kalau anda nak merawat kaki-hutang, logik ke kalau kita offer peluang untuk mereka berhutang lagi? 

Bukan tak boleh jadi penjamin. Tapi hanya untuk perkara penting je la, macam FR jelaskan kat atas tadi.

Tok nak korang fikir dulu betul-betul sebelum buat keputusan. Boleh?

Sila SHARE ilmu ni kepada kawan dan sedara-mara korang jika bermanfaat. Biar bertambah ramai pandai tentang kewangan dan hartanah.

KLIK UNTUK BACA : 5 tahun, ada simpanan RM77K. Macam mana gadis ini buat?

Tak nak terlepas info dan tips terkini berkaitan hartanah dan kewangan? Tok nak ajak korang join Channel Telegram rasmi Gilahartanah. Klik gambar untuk join.

Jom join Channel Telegram rasmi GilaHartanah.
Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *