Home Wasiat Hibah dan Faraid : 14 perkara ramai orang tak tahu

Hibah dan Faraid : 14 perkara ramai orang tak tahu

2693
1
SHARE
Sumber gambar - konsultasisyariah.com
Ebook Takde Duit Boleh Beli Rumah Ke
Ebook Takde Duit Boleh Beli Rumah Ke

Pengurusan dan pembahagian harta pusaka adalah ilmu yang wajib ada dalam diri seorang Muslim.

Semua ini dengan tujuan, harta pusaka dapat dibahagikan seperti kehendak pemilik.

Cuma, ramai yang tak berapa jelas tentang hibah dan faraid. Dan kes terkini, ada pihak cuba meyakinkan orang ramai yang hibah sebagai satu mekanisma untuk elakkan faraid.

Jangan risau. Perkongsian Tuan Salkukhairi Abd Sukor ni boleh bantu korang fahamkan apa yang perlu.

Kalau tak tahu, kena la berusaha cari ilmu. Jangan ambil mudah hukum Allah S.W.T. Faham tak apa Tok cakap ni?

Bahagian faraid siapa yang lebih tinggi? 

Berikut adalah rumusan ringkas apa yang telah dibincangkan di dalam Seminar Hibah VS Faraid: Biar Tahu Jangan Keliru, anjuran HartaGuam dan Fakulti Syariah & Undang-undang USIM pada 21 Oktober 2017.

1) Hukum tentang perlaksanaan dan pembahagian faraid telah jelas dinyatakan di dalam Al-Quran. Ia dianggap sebagai Hududullah yang perlu dilaksanakan oleh setiap orang Islam yang beriman.

2) Pembahagian faraid terhadap harta pusaka si mati dibuat selepas ditolak kos urusan jenazah, hutang si mati, harta sepencarian dan wasiat si mati.

Baki daripada harta pusaka si mati barulah dibahagi bahagikan mengikut faraid.

3) Pembahagian sama rata terhadap harta pusaka si mati boleh dibuat dengan syarat semua waris perlu tahu bahagian faraid masing- masing terlebih dulu, dan kesemua waris telah bersetuju dan redho pembahagian dibuat secara sama rata.

4) Hukum pembahagian faraid datang dengan tanggungjawab.

Bahagian faraid untuk waris lelaki lebih tinggi berbanding dengan waris perempuan, kerana waris lelaki bertanggungjawab untuk menjaga waris-waris perempuan dengan harta pusaka yang diterima.

Sedangkan waris perempuan hanya bertanggungjawab untuk dirinya sendiri sahaja, dan harta faraid yang diterima hanyalah lah untuk dirinya sahaja.

Hibah bukan ‘modal’ elak faraid 

5) Sijil faraid diperlukan untuk mengesahkan waris yang sah yang berhak menerima harta pusaka si mati, dan untuk mengesahkan bahagian sebenar yang berhak diterima oleh setiap waris.

Walau bagaimanapunm ada pekeliling yang dikeluarkan oleh Ketua Pengarah Tanah dan Galian Malaysia yang menyatakan sijil faraid tidak boleh digunakan sebagai instrumen untuk urusan pendaftaran perletakanhak atau turun milik di pejabat tanah.

6) Hibah tidak boleh dilakukan semata-mata bertujuan untuk mengelakkan daripada faraid atau sebagai langkah untuk lari daripada faraid kerana merasakan pembahagian faraid adalah tidak adil.

Hibah sepatunya dilakukan atas dasar rasa kasih sayang kepada ahli keluarga ikhlas kerana Allah.

7) Hukum hibah yang dibuat untuk tujuan mengelakkan daripada melaksanakan faraid tetap sah dari segi hukum fekah dengan syarat ianya mematuhi semua rukun dan syarat hibah.

Cuma dari segi akhlaq sebagai seorang Muslim yang beriman kepada Allah ianya sangat tidak patut dilakukan.

8) Harta yang telah dihibah tidak boleh ditarik balik sekiranya setelah berlakunya penyerahan (qabad), melainkan hibah daripada ibu/bapa kepada anak.

9) Hibah digalakkan dibuat secara bertulis untuk mengelakkan perbalahan di kemudian hari.

Dan sebaik-baiknya dapatkan pengesahan hibah daripada Mahkamah Syariah terus untuk mengesahkan hibah tersebut, supaya tidak timbul masalah dan perbalahan di kemudian hari terutamanya selepas pemberi hibah meninggal dunia.

Tak ada undang-undang khusus hibah bersyarat?

10) Hibah hartanah yang tidak didaftarkan pindahmilik, masih dianggap sah asalkan telah berlaku qabad (penyerahan) kepada penerima hibah.

11) Terdapat khilaf dari segi hukum syarak dan juga perlaksaan undang-undang di Malaysia untuk hibah bersyarat atau Hibah hartanah yang masih digadaikan kepada bank.

Setakat ini, tiada peruntukan undang-undang bertulis yang khusus tentang hibah bersyarat.

Undang-undang yang ada hanyalah berdasarkan kepada keputusan Mahkamah Syariah yang berbeza-beza, bergantung kepada fakta seuatu kes dan bergantung kepada sejauh mana pihak peguam dapat berhujah meyakinkan hakim tentang hibah bersyarat tersebut.

12) Walaupuan secara amalannya Mahkamah syariah cenderung merujuk kepada pendapat mazhab Syafie dalam memutuskan sesuatu kes berkenaan faraid atau hibah, tetapi Mahkamah Syariah tidak semestinya terikat untuk menerima pendapat Syafie dalam memutuskan sesuatu kes berkaitan faraid atau hibah.

13) Perunding pusaka/hibah hendaklah diberikan ilmu dan kefahaman sebenar tentang penghayatan dan perlaksanaan sebenar faraid dan hibah, supaya tidak mengelirukan masyarakat atau dilihat untuk mempromosi dan menjual produk hibah mereka semata-mata.

14) Tiada peruntukan undang-undang khusus tentang Hibah bersyarat terhadap hartanah. Tetapi sudah ada peruntukan khusus di dalam undang-undang yang membenarkan hibah bersyarat pada manfaat takaful.

Moga sedikit perkongsian ini dapat memberi kesedaran dan pemahaman sebenar kepada masyarakat tentang perlaksaan faraid dan hibah di Malaysia.

Kesimpulannya, hibah bukanlah cara untuk mengenepikan faraid, tetapi hibah sewajarnya menjadi pelengkap kepada faraid itu sendiri.

Wallahualam. Terima kasih.

Apa yang Tok nampak, kesedaran orang ramai tentang pengurusan harta pusaka masih lagi rendah. Kalau tak, harta umat Islam yang dibeku tak meningkat dari hari ke hari.

Dan semua ni takkan berubah, selagi kita sendiri tak berusaha mencari ilmu.

Perkongsian ilmu ini bermanfaat? Sila SHARE kat kawan-kawan yang lain supaya sama-sama pandai.

1 COMMENT

  1. Terima kasih tok. Saya pun sekarang sedang meningkatkan ilmu tentang pengurusan harta pusaka. Sebab dah jadi macam-macam kes sampai berpecah belah keluarga depan mata sendiri.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here