PORTAL PELABURAN HARTANAH NO.1* DI MALAYSIA

Hartanah non-HDA serius tak sama macam hartanah HDA. Ini 11 perkara yang anda wajib tahu

Tengah pelan nak beli hartanah SoHo, SoFo, dan segala sepupu sepapatnya?

Tok pasti korang dah tahu semua hartanah yang disebut tadi adalah non-HDA.

Tapi…

“Okay ke beli hartanah non-HDA ni?”

Kalau korang belum tahu, perkongsian Cikpuan Ainal Maryam ni In Shaa Allah akan bantu korang fahamkan asas tentang non-HDA. Jom baca sekarang.

Kenapa semua orang kena jaga-jaga bila beli hartanah non-HDA

Boleh kata, hartanah yang berstatus non-HDA mempunyai reputasi ‘anak tiri’ di kalangan pelabur newbie.

Selalu saya berdepan dengan klien yang takut dan gerun dengan hartanah jenis ni.

Apa yang korang tak faham dengan terma non-HDA?

Okay, kejap. Biar saya susun balik ayat tu semula.

“Apa yang korang FAHAM tentang hartanah non-HDA?”

Perjanjian Jual Beli untuk projek undercon adalah tertakluk kepada Housing & Development Act 1966 untuk pembangunan kediaman (residential development).

Jadi, non-HDA adalah perihal yang berbeza dari HDA, iaitu merangkumi hartanah jenis komersial.

Dalam pos ni, saya akan jelaskan perkara-perkara asas yang korang perlu tahu tentang hartanah non-HDA.

#1: Berapa pinjaman maksima yang bank kasi?

Kalau korang beli hartanah non-HDA boleh mendapat pinjaman maksima sehingga 90%.

#2: Berapa banyak margin pinjaman hartanah ke-3, dan seterusnya?

Margin pinjaman untuk hartanah non-HDA pula lebih tinggi berbanding hartanah HDA.

Korang boleh dapatkan pinjaman maksima hingga 85%, kalau pemohon mempunyai status kewangan yang kukuh.

Untuk hartanah dengan HDA, paling tinggi boleh pergi 70% je.

PS: Perkara ini tertakluk kepada tawaran setiap bank. Lain bank, lain tawaran.

#3: Berapa lama tempoh pinjaman yang bank bagi?

Untuk non-HDA, loan tenure korang boleh jadi lebih singkat daripada pinjaman untuk beli hartanah HDA.

Tempoh ni lebih singkat (selama 25 tahun) berbanding HDA (sehingga 35 tahun atau sampai umur 70 tahun).

#4: Berapa pula kadar faedah yang bank caj?

Faedah yang korang kena bayar adalah lebih tinggi berbanding HDA.

Ini sebab elemen komersial tu lebih sikit. Lagipun, yang duduk nanti golongan orang yang berbisnes. (kalau tak salah saya, lebih kurang 0.2%. Tapi sila rujuk balik kat bank ya.)

#5: Hal progressive payment, macam mana pula?

Bank akan release duit kepada developer pada AWAL setiap progressive stage yang disahkan oleh arkitek.

Kalau HDA, bank akan release pada AKHIR progressive stage.

#6: Sales & Purchase Agreement (SPA) sama dengan HDA ke?

Draft SPA adalah standard untuk HDA property.

Bagi hartanah non-HDA, SPA adalah TAK STANDARD. Ini bermakna SPA untuk setiap projek non-HDA adalah berlainan, mengikut draf yang dibuat oleh pemaju.

#8: Macam mana pula dengan tempoh tanggungan kecacatan (defects liabiliti period?)

Bergantung kepada pemaju untuk menetapkan tempoh liabiliti kecacatan.

Untuk hartanah HDA, biasanya 24 bulan selepas VP.

#9: Kena bayar Cukai Pintu (Quit Rent) macam hartanah kediaman?

Yang ni pula, korang kena ikut kadar yang ditetapkan untuk hartanah komersial. Korang memang takkan dapat kadar residential.

#10: Berapa pemaju caj untuk penjualan sebelum mendapat strata title?

Perlu mendapat kebenaran dari pemaju untuk menjual sebelum mendapat Strata Title.

Kebiasaannya pemaju akan caj 1% hingga 3% daripada harga SPA.

#11: Boleh tak beli hartanah non-HDA guna KWSP?

Mungkin ini berita tak baik (atau mungkin berita baik?) untuk korang. Hartanah non-HDA tak boleh guna KWSP Akaun 2.

Apa cara paling senang nak kenal hartanah non-HDA?

Ramai yang keliru dengan status serviced residence (residential) atas tanah berstatus komersial.

Adakah mereka non-HDA?

Apa-apa pun, mestiah rujuk kepada geran/title.

Kalau hartanah tu berstatus residential (kediaman), bermakna ia ada HDA.

Hartanah non-HDA ni biasanya jenis rumah seperti Business Suite, SoVo, SoFo, dan sewaktu dengannya. Dan bank akan treat that development mengikut title yang tertulis.

Nota tambahan: Nak baca lagi artikel pasal topik ni? Klik sini sekarang.

Dengan pejelasan mudah macam ni, Tok yakin korang mesti senang nak hadam punya.

Kalau tanya Tok, senang je. Jangan sekali-kali melabur kalau tak tahu selok-belok sesebuah instrumen pelaburan tu.

Ada pengalaman beli hartanah non-HDA? Tok alu-alukan korang kongsikan kat ruangan komen. Biar bertambah ramai jadi pandai.

Tak nak terlepas info dan tips terkini berkaitan hartanah dan kewangan? Tok nak ajak korang join Channel Telegram rasmi Gilahartanah. Klik gambar untuk join.

[KLIK GAMBAR SEKARANG]

Jom join Channel Telegram rasmi GilaHartanah.
Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

  1. Saya ada satu unit sovo yg saya rasa strategik untuk di beli… sbb saya nk beli adalah kerana harganye rm 200k dan installment yang saya perlu byr adalah rm1000.. bila sy buat perkiraan.. mungkin untung ataupun mampu balik modal..adakah sovo tu mmg tak berbaloi untuk dibeli kerana ia nyaa komersial…