Greenwoods @ Salak Perdana: Rumah teres di tengah keindahan alam semulajadi

Greenwoods @ Salak Perdana: Rumah teres di tengah keindahan alam semulajadi

2788
0
SHARE
Greenwoods Salak Perdana
Ebook Takde Duit Boleh Beli Rumah Ke
Ebook Takde Duit Boleh Beli Rumah Ke

Ramai penduduk kota Kuala Lumpur mempunyai impian untuk duduk di rumah teres, yang berada di dalam kawasan FREEHOLD atau Pegangan Bebas.

Kebanyakannya dah bosan duduk di apartment dan kesibukan kota yang padat dengan manusia.

Hari ni Tok nak kongsikan dengan korang satu projek perumahan terbaru dari Paramount, antara pihak pemaju perumahan yang berpengalaman luas dan mempunyai reputasi yang tinggi.

Ada apa di Greenwoods Salak Perdana?

Projek Greenwoods adalah projek pembangunan bandar terbaru berstatus pegangan bebas di Salak Perdana, Sepang.

Rumah yang ditawarkan bercirikan konsep kontemporari, berkeluasan 237 ekar, dikelilingi taman semulajdi dan tapak rekreasi yang sesuai untuk pelbagai aktiviti riadah dan berehat.

Menurut kajian Tok, antara keistimewaan kawasan Salak Perdana adalah:

  • Berhampiran dengan ERL Salak Tinggi. Mudah untuk mereka yang bekerja di kawasan bandar KL dan kawasan KLIA.
  • Berdekatan dengan KL International Outlet, Sunsuria City dan Xiamen University Malaysia.
  • Berhampiran dengan tapak cadangan lebuhraya Paroi-Senawang-KLIA (SKLIA)

Jemputan ke Property Talk di Paramount Property Galery, Salak Selatan

Greenwoods Salak Perdana

Bagi korang pembaca GH ni yang nak belajar ilmu pelaburan hartanah dan selok-belok industri hartanah secara PERCUMA, Tok ada berita baik untuk korang.

GilaHartanah.com dengan kerjasama SkyBridge International akan mengadakan satu Property Talk di Paramount Property Gallery, Greenwoods pada hari Sabtu, 16 Januari 2016.

Property Talk ini akan disampaikan oleh 2 orang speaker terkenal dalam pelaburan hartanah di Malaysia iaitu Faizul Ridzuan, CEO – FAR Capital, dan juga Adrian Un, CEO – Skybridge International.

Antara topik hangat yang akan dibincangkan adalah:

  • Analisa kawasan Salak Tinggi secara terperinci. Korang akan dapat tahu siapa yang tinggal dekat kawasan ini, jenis penyewa, industri apa yang berdekatan dan prospek pelaburan hartanah di kawasan ni.
  • 10 Perkara Wajib Tahu dalam Pelaburan Hartanah dan Pinjaman Perumahan yang Bijak
  • Sesi beramah mesra bersama speaker jemputan

Jadi, jangan lepaskan peluang untuk bertemu mereka dalam property talk ini.

Ini maklumat lanjut berkenaan Property Talk ni:

Tarikh: 16hb Januari 2016 (Sabtu)

Masa: 2 petang – 4:30 petang (Pendaftaran bermula pada jam 1 tengahari)

Tempat: Paramount Property Gallery, Greenwoods, No. 34, Jalan Gemilang 1, Pusat Perniagaan Gemilang, 43900 Sepang, Selangor, Malaysia.

(Waze: Greenwoods Gallery & GPS: 2.807472, 101.696820)

Greenwoods Map

Tempat duduk adalah terhad. Jadi, kalau korang nak reserve seat, cepat-cepat daftar dengan cara klik link di bawah ni.

Lepas tu, masukkan maklumat lengkap. Pihak GH akan menghubungi korang untuk mengesahkan kehadiran korang ye.

KLIK SINI UNTUK DAFTAR KE PROPERTY TALK DI GREENWOODS GALLERY SEKARANG!

P/S: Korang boleh bawa bersama keluarga dan rakan-rakan untuk hadir ke property talk ni. Baru meriah!

NO COMMENTS

LEAVE A REPLY