Greenwoods Belian, kedai pejabat mampu milik di Salak Perdana

Sebelum Tok kenalkan projek Greenwoods Belian ni, Tok nak cerita sikit pasal hartanah komersil.

Kos yang diperlukan untuk membeli hartanah komersil memang lagi banyak dari nak beli rumah biasa. Loan pulak selalunya bank akan bagi bawah daripada 80%.

Tapi, kenapa ramai pelabur kat luar sana banyak balun hartanah komersil ni?

Sebabnya dengan ilmu yang betul, hartanah komersil memang boleh buat duit.

Dan macam semua aspek lain dalam pelaburan hartanah, bila cetek ilmu melabur dan membuta tuli masuk memang akan hilang duit.

Jangan cakap Tok tak warning ya.

Beli dan terus buat duit

Kata kuncinya adalah bawah market value. Bila korang beli hartanah komersil di bawah market value secara automatiknya korang dah buat duit.

Contoh:

Katakanlah market value untuk rumah kedai 2 tingkat dekat satu kawasan tu adalah RM1,000,000 dan korang boleh dapat beli pada harga RM800,000. Korang dah dapat untung RM200,000 dah dekat situ.

Dan kalau korang jual pada harga RM900,000 pun korang dah dapat untung RM100,000 dekat situ.

Nilai sebenar hartanah komersial adalah pada…

Walaubagaimanapun, game yang paling menguntungkan adalah dengan kadar sewa hartanah komersil ni.

Dan kalau nak cari hartanah komersil ni, pastikan untung sewanya adalah dua kali ganda lebih daripada kadar yang korang boleh dapat untuk fixed deposit.

Macam mana nak kira rental yield ni Tok?

Rental yield = (Sewa bulanan x 12) / (Harga hartanah dalam SPA) x100

Contoh:

Katakan korang beli rumah kedai dengan harga RM800,000 dan dapat sewakan unit tu pada harga RM8,000.

Rental yield yang korang dapat adalah seperti berikut:

((RM8,000 X 12) / (RM800,000)) X 100

= 12%

Kalau rate fixed deposit masa tu adalah 3%, maknanya korang boleh 4 kali ganda lebih dengan melabur dalam hartanah komersil.

Memperkenalkan Greenwoods, sebuah pembangunan di Salak Perdana

Greenwoods adalah sebuah pembangunan yang merangkumi kawasan seluas 237.27 ekar.

Pembangunan Greenwoods ni merangkumi:

  • Kedai pejabat,
  • Rumah teres,
  • Rumah bandar,
  • Apartmen,
  • Kedai apartmen,
  • Pusat Perniagaan.

Semua ni adalah di bawah title freehold, bermakna apa yang korang beli adalah hak milik korang sampai bila-bila.

Info tentang Greenwoods Belian

Jenis

Kedai pejabat 2 tingkat

Keluasan tanah

Dari 20’ x 65’

Gross Built-up

Dari 2,519 sq.ft.

Harga jualan

Dari RM811,200

Bilangan unit

47 unit

Tenure

Pegangan bebas

Dekat mana Greenwoods Belian ni?

Selain daripada pelan susun atur yang praktikal untuk semua jenis perniagaan, lokasinya mempunyai akses kepada semua kawasan kejiranan yang berhampiran.

Ada banyak taman-taman lain yang berada disekeliling Greenwoods Belian,

  • Taman Salak Perdana
  • Taman Dahlia
  • Taman Mawar
  • Taman Mawar Perdana

Bukan tu sahaja tau, Greenwoods juga akan lancarkan fasa perumahan kedua mereka (double-storey link houses) hujung tahun ni.

Yang Tok dengar ada 400 unit kesemuanya.

Fasa 1, 96 Residences yang mengandungi 96 unit rumah teres dua tingkat dijangka siap pada suku ketiga tahun ini.

Greenwoods ni dikelilingi dengan pelbagai kemudahan, universiti dan tempat shopping popular jugak tau.

Antaranya:

  • Tesco Nilai (8.4km – 10 minit)
  • Giant Nilai (8.8km – 11 minit)
  • 9 Avenue (8.8km -11 minit)
  • Nilai Springs Golf and Country Club (10.2km -12 minit)
  • KIP Mart dan Home Mart (11.5km – 12 minit)
  • Mitsui Premium Outlet (14.3km – 23 minit)
  • Gateway @ KLIA (18.4km – 18 minit)

Berminat untuk tahu lebih lanjut lagi tentang unit yang ada di Greenwoods Belian?

Tok difahamkan yang pakej sedia ada untuk Greenwoods Belian ni bayarkan untuk korang SPA dan loan dokumen sekali dengan GST (korang boleh jimat sehingga RM80 ribu!).

Bukan tu je, ada diskaun 14% + 7% (diskaun Bumiputera) = 21% tau!

Maknanya kalau korang boleh dapat loan 85%, ada 6% cashback lagi, boleh la guna untuk kos renovasi kedai.

Tambahan lagi, zero down payment tau.

Berminat?

KLIK SINI DAN ISI BORANG INI SEKARANG

KLIK SINI DAN ISI BORANG INI SEKARANG

KLIK SINI DAN ISI BORANG INI SEKARANG

95 Shares

1 thought on “Greenwoods Belian, kedai pejabat mampu milik di Salak Perdana

Leave a Reply