Home Projek Hartanah Andaman Residences – Smart home berstatus freehold untuk anda sekeluarga

Andaman Residences – Smart home berstatus freehold untuk anda sekeluarga

2679
2
SHARE
Ebook Takde Duit Boleh Beli Rumah Ke
Ebook Takde Duit Boleh Beli Rumah Ke

Korang tengah cari serviced residence pada harga bawah RM400,000?

Teknologi smart home semakin berkembang pesat, selari dengan gaya hidup warga kota yang sibuk.

Mungkin satu hari nanti, teknologi ini akan ambil alih pelbagai kerja rumah yang ada. Dan jadikan kehidupan korang sekeluarga lebih mudah dan efektif.

Bayangkan, korang boleh tahu pintu mana yang tak berkunci, atau lampu yang lupa dimatikan dengan sistem ini. Nak sejukkan rumah sebelum pulang dari pejabat, pun boleh.

Nak tahu lebih lanjut? Jemput hadamkan perkongsian sempoi Tok tentang projek yang gempak ini daripada Mitraland Group.

Projek serviced residence di Gravit8 yang seterusnya?

Dalam artikel ini, Tok akan fokus 100% pada projek terbaru Mitraland, Gravit8.

Gravit8 adalah sebuah pembangunan bercampur (mixed development) di Kota Bayu Emas, Selatan Klang yang dijangka siap pada 2020 nanti.

Dengan GDV (gross development value) sebanyak RM1.3 bilion, projek ini terdiri daripada seviced apartment, pod runcit khusus, pusat membeli-belah, pusat hiburan, pejabat korporat, SOVO (pejabat kecil / pejabat versatil) dan juga hotel butik.

Ada 4 kediaman serviced residence di Gravit8 yang dibina mengikut fasa masing-masing :

  • Nordica Residence (Fasa 2A),
  • Adria Residence (Fasa 2A),
  • Andaman Residence (Fasa 2B), dan
  • Ashino Residence (Fasa 2B).

Dan kalau anda perasan, projek kediaman ini bersandarkan pada tema maritim. Kena sangat sebab kawasan Klang memang terkenal dengan makanan laut yang fresh belaka.

Lagi satu. Dengan hanya jarak berjalan kaki saja, korang boleh sampai ke tasik buatan manusia untuk beriadah bersama keluarga. Ini adalah taman tasik yang terbesar di Klang. Jimat masa, jimat duit, dan jimat tenaga korang.

Nordica dah pun habis dijual, dan Adria pula hanya berbaki 20% saja. Sekarang, tiba masa untuk Andaman Residence menambat perhatian korang pula.

Saiz bermula 717 hingga 1,128 kaki persegi. Nak pilih yang mana satu?   

Andaman Residence adalah projek kediaman serviced residence setinggi 31 tingkat.

Sebanyak 327 unit dibina untuk korang yang sedang mencari kediaman keluarga, lengkap dengan kemudahan fasiliti yang mantap.

Projek ini dibina atas tanah berstatus freehold seluas 7.88 ekar. Korang boleh memilih saiz unit bermula daripada 717 hingga 1,128 kaki persegi.

Unit kediaman ini ditujukan khas buat korang yang pertama kali membeli rumah, dan juga orang muda yang baru mula berkerja (dengan gaji permulaan yang rendah) dan juga yang berpendapatan sederhana.

Andaman Residence juga merupakan projek pertama di Klang yang menggunakan teknologi smart home. Klik sini sekarang untuk tahu lebih lanjut tentang smart home. 

Antara fasiliti menarik yang disediakan untuk korang sekeluarga di Andaman Residence seperti :

  • Jakuzi,
  • Kolam renang kanak-kanak,
  • Dek yoga,
  • Gimnasium,
  • Bilik bacaan,
  • Bilik permainan (games room),
  • Gelanggang pelbagai guna (multifunctional court),
  • Tempat penjalan kaki,
  • Kolam renang,
  • Taman permainan,
  • Function room,
  • Tadika,
  • Bilik persalinan, dan banyak lagi.

Kalau korang tengah mencari kediaman dengan teknologi smart home pada harga mampu-milik, Andaman Residence adalah pilihan yang terbaik untuk korang.

Mudah untuk beriadah bersama keluarga

Tok ada sebut kat atas tadi tentang tasik buat manusia kat atas tadi. Tapi tadi tu, sekadar penjelasan ringkas je.

Tasik yang menjadi tumpuan utama projek Gravit8 ini dibina seluas 8 ekar, lengkap dengan taman hijau, laluan penjalan kaki, air pancut, dan pelbagai lagi hiasan yang berkonsepkan air.

Kat sini, segala jenis aktiviti riadah dan rekreasi boleh dijalankan. Antara contoh seperti pertunjukan sarkas, sambutan perayaan, bazar, atau sebagainya.

Terdapat 3 ekar kemudahan rekreasi dan mekanikal yang terletak kat atas dek podium untuk memudahkan penduduk.

Antara aktiviti air yang korang boleh buat seperti berkayak atau mendayung perahu. Kalau tak pun, korang boleh nikmati aktiviti berjalan kaki di sepanjang laluan yang disediakan, sambil menikmati pemandangan dan keajaiban landskap yang tersedia.

P/S : Korang jugak berpeluang untuk menangi sebuah unit Andaman Residences secara PERCUMA. Klik sini untuk daftar sekarang. 

Tak perlu keluar jauh-jauh untuk membeli-belah

Pier8 pula adalah pusat membeli-belah yang dibina khas untuk memudahkan para penghuni di Gravit8.

Pusat membeli-belah ini juga bertemakan marin, dan ia bakal dilengkapi dengan akuarium berbentuk oval yang penuh dengan hidupan laut. Memang unik kalau dibandingkan dengan pusat membeli-belah lain yang ada di kawasan Klang.

Pada bahagian pintu masuk Pier8 setinggi 2 tingkat ini, korang akan disajikan dengan pelbagai lot perniagaan di kanan dan kiri.

Pier8 juga lengkap dengan ruang luaran dan dalaman yang memenuhi keperluan pengunjung yang berbeza.

Yang pasti, pusat membeli-belah ini akan menjadi ‘syurga makanan,’ selari dengan identiti kawasan Klang yang terkenal dengan makanan laut yang fresh.

Dekat mana Andaman Residence ini dibina? 

Tok tak kisah korang nak sebut ‘Klang’ atau ‘Kelang.’ Yang pasti, mustahil kalau ada orang yang tak pernah dengar tempat ini.

Andaman Residence ini bertempat tepat di kawasan Selatan Klang (Klang South).

Dulu, Klang adalah pusat bandar negeri Selangor (sebelum Shah Alam mengambil alih). Terletak sekitar 35KM daripada pusat bandar Kuala Lumpur, Klang dibahagikan kepada 2, Klang Utara dan Klang Selatan.

Total populasi penduduk di sini adalah sekitar 800,000. Dan nombor ini kekal meningkat secara positif sepanjang 40 tahun yang lepas. Nombor ini boleh bantu korang buat keputusan membeli, kalau nak buat unit ini sebagai pelaburan.

Mungkin ada antara korang yang akan cakap, Klang agak jauh dengan pusat bandar Kuala Lumpur.

Pada pendapat Tok pula, alasan tu mungkin boleh dipakai pada zaman dulu. Sekarang ni, senang untuk kita sampai ke Klang dalam masa yang singkat.

Ada 4 lebuh raya yang korang boleh gunakan :

  • New Klang Valley Expressway (NKVE),
  • South Klang Valley Expressway (SKVE),
  • Federal Highway,
  • Shah Alam Expressway (KESAS Highway).

Selain sambungan lebuh raya yang mantap, korang jugak boleh sampai ke Klang dengan menggunakan perkhidmatan KTM.

Dan tak lama lagi, lebih mudah untuk korang pergi-balik daripada Klang ke tempat lain. Teruskan bacaan.

LRT3 bakal siap menjelang 2020

Pada tarikh 24 Ogos 2016, Perdana Menteri Najib Razak melancarkan projek pembinaan LRT3.

Projek ini terdiri daripada landasan sejauh 37KM dengan 26 buah stesen (25 stesen bertingkat dan 1 stesen atas tanah).

13 daripada 26 stesen ini ada potensi untuk projek TOD (Transit Oriented Development) pada masa depan.

LRT3 dijangka akan mula beroperasi menjelang 31 Ogos 2020 nanti. Dan dah tentu ini akan memudahkan korang untuk bergerak ke mana-mana.

Ada 3 stesen LRT3 yang terletak berdekatan dengan Andaman Residence :

  • Stesen Bandar Botanic,
  • Stesen Bukit Tinggi, dan
  • Stesen Johan Setia.

LRT3 ini akan bersambung dengan 2 pusat membeli-belah di sini, TESCO Bukit Tinggi dan juga AEON Bukit Tinggi.

Berminat dengan Andaman Residence? Rebut tawaran ‘tak masuk akal’ ini!

Mungkin korang belum tahu tawaran menarik yang Mitraland boleh bagi kat korang.

Booking fee untuk Andaman Residence hanya RM3,000 saja.

Kalau korang beli unit ini sekarang, korang boleh nikmati tawaran seperti :

  • Diskaun dan cash back sebanyak 11%,
  • PERCUMA yuran guaman untuk SPA dan loan,
  • PERCUMA disbursement fee untuk loan rumah dan duti setem.

Berminat nak tahu lebih lanjut? Jemput isikan maklumat korang dalam borang kat bawah ni :

Ops, nanti dulu. Ada lagi yang mereka nak bagi secara PERCUMA kat korang :

  • 2 atau 3 tempat letak kereta,
  • Kabinet dapur,
  • Hud dan hob, dan
  • Penghawa dingin,

Satu lagi benda PERCUMA yang mereka nak bagi adalah sistem pengawal suara smart home, yang bernilai RM10,000.

Dengan syarat, korang kena datang talk kat bawah ini.

Jemput beramai-ramai datang ke property talk pada 15 Oktober ini

Kalau korang free, atau serius nak rebut peluang untuk dapatkan tawaran kat atas tadi, jemput datang beramai-ramai ke property talk yang Mitraland anjurkan ini.

Ada 2 speaker yang pakar dalam bidang masing-masing, Tuan Faizul Ridzuan (CEO FAR Capital Sdn Bhd), dan juga Amanda Chong (CEO The Makeover Guys).

Tajuk topik yang akan dibincangkan seperti berikut :

  • Faizul Ridzuan : Will 2017 be different compared to 2014-2016 and what to look for when investing in highrise properties?”
  • Amanda Chong : “The Power of Interiors – Beautiful Homes Without Breaking the Bank!”

Ini pulak segala maklumat yang korang wajib tahu tentang property talk ini :

  • Masa : 11AM
  • Tarikh : 15 Oktober 2017
  • Tempat : Gravit8 @ By Mitraland, PT129225, PT129226, Jalan Bayu Laut/KS 9, Kota Bayumas, Pendamar, 41200 Klang, Selangor

Jemput datang bawak kawan dan saudara-mara ya. Jumpa korang di sana.

Klik gambar ini untuk daftar tempat duduk korang sekarang.

2 COMMENTS

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here