PORTAL PELABURAN HARTANAH NO.1* DI MALAYSIA
beli-rumah-pertama

Gaji ciput tapi nak beli rumah pertama? Ini 9 tips padu untuk anda

“Apa masalah utama untuk orang bergaji kecil yang nak beli rumah?”

Ramai budak-budak muda sekarang takut nak beli rumah, guna alasan gaji masih ciput, ada kekangan kewangan. Walhal yang diorang perlu tahu sebenarnya hanya asas beli rumah pertama yang betul je.

Bagi Tok, kalau korang betul-betul komited nak ubah nasib dan rajin cari ilmu, tak ada masalah pun untuk korang dapat rumah pertama korang tu.

Kalau korang dalam kategori ni, hari ni memang hari bertuah korang. Tok nak korang hadamkan betul-betul perkongsian Tuan Amir Syahir yang padu teruk ni.

Tak kenal, maka tak cinta?

Dulu, sebelum aku ada ilmu tentang hartanah ni, mulanya aku fikir orang beli rumah banyak-banyak ni tamak lah. Tak kesian kat orang ke. Dasar kapitalis.

Bagi aku, biarlah orang Melayu banyak yang jadi pemilik rumah. Senang nak kawtim kalau dorang nak jual rumah nanti.

Kalau dorang jadi tuan rumah pun ada timbang rasa. Tak naikkan kadar sewa rumah sesuka hati setiap tahun kan.

Aku pun belajarlah, join seminar, beli buku, baca ebook. Baca bahan bacaan percuma di FB, blog dan web.

Lama-lama aku mula faham. Kenapa mereka mampu beli rumah banyak walapun bergaji kecil.

Kekangan utama nak beli rumah sebab nak bagi bank lulus permohonan kita je. Yang lain senang dah. Bank is King.

Rumah kecil, buruk, sempit, busuk memang tak digemari oleh golongan muda. Tak ada kelas katanya. Buka saja laman web Mudah.my. Berlambak rumah apartmen yang masih belum dibeli. Ada sesetengah orang malu nak beli rumah kecil dan sempit ni.

9 panduan mudah beli rumah pertama walaupun gaji tak besar

Jom baca panduan untuk membeli rumah walaupun bergaji kecil :

#1 : Buat analisa kewangan diri sendiri

Analisa kewangan diri termasuklah pengiraan DSR, NDI, dan hutang dengan bank untuk tahu kelayakan harga rumah yang boleh dibeli dengan gaji korang.

Boleh pergi tanya kelayakan dengan bank berdekatan korang. Jangan lupa bawa slip gaji sekali.

#2 : Buktikan pada bank yang anda mampu

Korang kena buktikan kepada pihak bank yang korang mampu bayar ansuran bulanan.

Macam mana nak buktikan?

Kena ada hitam putih la. Korang cakap korang ada simpanan RM20,000 pun, bank tak percaya kalau cakap kosong. Jadi, kepilkan segala sokongan pendapatan korang tu seperti simpanan di Tabung Haji ataupun ASB

#3 : Jaga DSR elok-elok

Nisbah Hutang Kepada Pendapatan (DSR). Yang ni, penting untuk korang jaga.

Korang kena pastikan bawah 60% kalau bergaji bawah RM3,000. Kalau korang dah ada hutang kereta, hutang peribadi, korang kena tambahkan pendapatan dulu.

#4 : Settle-kan PTPTN. Jangan ambil mudah

Baiki CCRIS. Jika CCRIS PTPTN korang barai, baiki dulu.

Bawa bincang dengan pegawai PTPTN tu. Bayar tunggakan guna KWSP.

Ingat kalau hutang PTPTN pun korang tak mampu bayar, macam mana bank boleh yakin korang mampu bayar ansuran bulanan rumah nanti?

#5 : “Ada ke rumah monthly kurang RM1,000 sebulan?” – Hashim

Cari hartanah yang ansuran bulanannya tak melebihi RM1,000 sebulan. Gunakan formula kiraan kasar ni :

“Ansuran bulanan X 200 = Anggaran Harga Rumah”

Ini contoh cara kiraan :

  • RM1,000 X 200 =
  • RM200,000

Jadi, kalau korang mampu simpan RM1,000 sebulan, baru la korang boleh beli rumah berharga RM200,000.

beli-rumah-pertama

#6 : Cara bayar ansuran bulanan rumah tanpa guna duit sendiri

Carilah hartanah yang dapat memberi aliran tunai positif. Yang mampu cover ansuran bulanan yang perlu dibayar kepada bank.

Korang kena kaji potensi rumah yang korang nak beli terlebih dahulu.

#7 : Kaji permintaan sewaan

Carilah lokasi yang mempunyai permintaan yang tinggi seperti kawasan yang mempunyai kawasan IPTA/IPTS, pusat membeli belah, kawasan kilang, kawasan hospital, pengangkutan awam dan sebagainya.

#8 : Perjanjian sewa – ‘Alat’ mudahkan bank lulus loan rumah?

Sediakan perjanjian sewaan yang lengkap dan dimatikan setem di LHDN. Sewakan setiap bilik lagi untung. Sediakan perabot asas seperti mesin basuh, dapur, peti sejuk, katil dan sebagainya.

Biarkan ada transaksi duit masuk dalam bank korang setiap bulan selama 6 bulan sebelum memburu rumah ke-2 dan seterusnya.

Kebanyakan bank akan anggap perjanjian sewaan tu sebagai pendapatan. Ada bank kira 80%. Ada bank kira 70%.

#9 : Apa pun, diri sendiri dulu

Asasnya, carilah ilmu. Orang nak suruh korang pergi seminar atau beli buku, korang malas nak layan. Sampai bila korang nak duduk takuk yang sama?

Jangan ikut orang. Ikut kemampuan kewangan dan minat korang.

Tak semua orang minat melabur dalam hartanah ni. Korang boleh melabur di ASB, Tabung Haji, AHB, ataupun unit amanah (unit trust) yang diyakini. Kalau simpanan biasa, lambat duit korang nak membiak.

Semua ini perlu ilmu, strategi, dan pengorbanan

Dah faham serba sedikit?

Sebab tu ada orang yang bergaji bawah RM3,000 boleh beli banyak rumah guna perjanjian sewaan ini. Korang kena ada banyak ilmu, pengorbanan dan strategi.

Rumah tepi KLCC, rumah 2 tingkat, rumah baru siap, rumah ada kolam renang memang mahal harganya der. Cuba beli rumah subsale dan lelong.

Jangan terus berangan-angan. Bangun lah daripada mimpi yang panjang. Beli rumah yang korang mampu, bukan rumah yang korang mahu.

Ayuh kita berusaha, bukan menyalahkan orang lain. Tak perlu berhutang sana sini semata-mata untuk kelihatan kaya. Kah!

NOTA : Korang nak tahu perbandingan DSR, ASB Financing, perjanjian sewaan, NDI, dan kelebihan antara bank? Klik sini sekarang. 

Dah hadam? Bagus. Jadi mulai sekaang, Tok harap korang boleh berhenti jadi mesin penjana beribu alasan. Bukan apa, yang akan ubah diri korang bukannya Tok. Pokok pangkalnya diri sendiri jugak.

Apa-apa pun, Tok percaya yang korang semua mampu buat benda ni. Jadi, korang tak perlulah ragu dengan diri sendiri. InsyaAllah, Tok yakin korang boleh ubah nasib korang.

Kalau nak tahu lebih lanjut lagi pasal hartanah, Tok nak ajak korang datang webinar saudara Faizul Ridzuan ni.

Kat sini, korang boleh belajar banyak pasal beli rumah pertama, jaga kewangan dan yang penting, free je. Kalau nak join, klik je gambar di bawah.

[KLIK GAMBAR SEKARANG]

beli-rumah-pertama
Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *