Dihina gaji RM1,400 tak layak beli rumah, gadis ini rela ikat perut beli...

Dihina gaji RM1,400 tak layak beli rumah, gadis ini rela ikat perut beli rumah pertama

8749
1
SHARE
Ebook Takde Duit Boleh Beli Rumah Ke
Ebook Takde Duit Boleh Beli Rumah Ke

Baru umur 22 tahun, dah ada rumah sendiri? Orang sekarang, walaupun gaji RM3,000, belum tentu ada hartanah. Maaf, niat Tok memang nak buat korang sentap.

Mesti yang bergaji RM1,500 ke atas dah ada kereta sendiri, kan? Pinjaman peribadi lagi, beli TV, melancong sana-sini. Tambah hutang jadi hobi.

Alasan yang Tok kerap dengar bila nak beli rumah, banyak komitmen atau CCRIS sangkut.

Mesti korang ingat benda ini semua Tok menipu dan mengarut. Mana layak gaji bawah RM1,500 beli rumah. Mana lepas nak buat loan rumah?

Jangan pulak korang ingat benda tu mustahil. Korang kena ikut apa yang Muslymah Dyman buat sampai dia berjaya pegang kunci rumah sendiri tahun lepas.

‘Berpuasa’ belanja makan dekat kedai hipster?

Selepas kisah dia viral kat laman sosial, ramai puji kesungguhan Siti Muslimah Diman, 25, mampu beli rumah pertama dengan gaji ciput.

Dan ramai jugak hentam dan kritik Siti. Apa yang korang tak tau, Siti ni dah kahwin. Kahwin muda lagi. Umur 19 tahun dan suami, 20. Tok ada interview dia hari tu.

Pasangan ni bijak dalam hal kewangan, tak membazir atau berlagak macam orang kaya.

Masuk kedai kopi hipster atau beli baju branded, pasangan ni tak layan.

Nak makan, bawak bekal. Pergi kerja, naik motor. Siap main kutu. Sewa rumah? Dorang tinggal dengan keluarga. Memang banyak berjimat.

Sebelum nak kata dia anak derhaka atau tak bagi belanja mak bapak, nanti dulu. Korang tak patut tuduh melulu atau buat andaian yang bukan-bukan.

“Saya masih tinggal dengan ibu bapa lagi, bukan tak mampu sewa kat luar tapi sebab nak bantu mereka.”

“Selain itu, saya juga menjaga adik yang kurang upaya (OKU). Makan, minum dan  pakaian, tiap kali gaji mesti saya dah siap asing awal-awal.”

“Dengan bantuan suami, Alhamdullilah. Mungkin berkat dari situ, rezeki saya tak pernah putus. Rezeki bukan dalam bentuk duit saja, tapi banyak,” katanya.

Rezeki tak pernah kenal tempat

Bermula dari kenal sorang pelanggan tetap dekat tempat kerjanya, hidup Siti berubah 360 darjah.

Kata Siti, ada sorang mamat tu sehari saja 5 hingga 6 kali order air.Dalam seminggu, aku perasan mamat ni akan jumpa orang berlainan setiap masa.

Memang tak henti-henti. Pelik. Kalau regular customer, paling kerap nampak pun 2 atau 3 hari kemudian.

Tapi mamat ni, tiap hari mesti ada muka dia. Sampai la aku beranikan diri tegur. Kalau tak tau, bertanya. Jangan suka buat andaian liar.

Dah memang rezeki Siti. Mamat yang ditegurnya itu merupakan seorang pelabur hartanah yang agak femes.

Orangnya humble dan tak berlagak hebat. Time tu, Siti ni langsung tak tahu pasal hartanah, tapi mamat ni macam-macam pasal hartanah dia tau.

“Saya segan jugak cakap dengan dia, gaji RM1,400 jer. Tak macam orang lain. Kalau ikutkan, dah mampu beli rumah sendiri. Tapi tak ukur dulu gaji sendiri mampu ke tak beli,” katanya.

“Apa nak jadi, jadi”

Nekad nak buat kerja gila, Siti dengan bantuan pelabur tu mula mencari rumah untuk dijual kat Mudah.my.

Kat situ memang banyak rumah nak dijual atau lelong. Sampai la dia jumpa satu rumah dekat Damansara Damai, harga RM110,000.

“Alhamdulillah, saya dapat pegang kunci rumah sendiri tahun lepas. Selepas 3 kali saya apply loan, baru lepas.”

“Macam mana nak apply loan sampai lulus, nanti saya cerita. Ada benda yang kita yang perlu ambil tahu sebelum beli rumah. Bab ni, memang kena cari ilmu.

“Jangan main sondol je. Nanti silap langkah. Paling penting, kena kukuhkan simpanan dulu supaya bank yakin nak pinjamkan duit kepada kita.”

—-

Ramai yang Tok kenal nak beli rumah bukan ikut kemampuan tapi ikut tekak sendiri.

Ukur dulu kemampuan sebelum berangan nak beli rumah banglo. Hati-hati, takut tak pasal-pasal terjerat leher sendiri nanti.

Banyak yang Tok nak pesan, salah satunya jangan pandang yang gaji RM1,400 tak mampu beli rumah.

Yang gaji RM3,000 sebulan pun belum tentu mampu. Kalau gaji ciput tapi ada perangai berlagak macam orang kaya.

Jadilah macam Bill Gates, bilionaire yang nampak sengkek tapi poket penuh.

Kalau Siti berjaya buat, yang tak pernah beli rumah pun confirm boleh

Kalau berjaya latih diri kawal berbelanja, tak mustahil korang boleh kongsi nasib dengan Siti tahun ni jugak.

Sekarang ni tengah buyer’s market. Rugi kalau korang tak sauk peluang ni.

Apply apa yang korang belajar dari 16 pelabur hartanah otai ni. Klik link bawah ni sekarang:

KLIK SINI UNTUK BELI eBOOK ‘TAK ADA DUIT, BOLEH BELI RUMAH KE?’

1 COMMENT

LEAVE A REPLY