SHARE
Ebook Takde Duit Boleh Beli Rumah Ke
Ebook Takde Duit Boleh Beli Rumah Ke

Mengambil konsep batu seremban, Five Stones ni bawa satu level baru dalam pasaran apartmen ketegori mewah.

Bagus betul pemaju SDB Properties, mencipta semula memori zaman kanak-kanak korang dulu.

Budak zaman 80an memang kenal sangat kalau sebut pasal permainan ni.

Anda nak lebih privasi? Tempat ini memang untuk anda

Kunci utama rekaan bangunan ni adalah setiap aras hanya 4 unit sahaja. Tiap unit dibina secara independent dan tak berkongsi dinding dengan penghuni lain.

Jadi korang akan rasa macam tinggal dalam rumah bukan lagi tinggal dalam apartmen.

Banyak pilihan yang anda ada

Ada 5 blok kesemuanya kat Five Stones. Blok A adalah kondominium 38 tingkat dengan rumah kelab kat aras paling bawah.

Ada 147 unit dalam bangunan ni dan setiap aras ada 4 unit sahaja. Korang memang tak ramai jiran nanti.

Tiap unit ni, korang boleh pilih sama ada 3+1 atau 4+1 dengan keluasan binaan antara 1,785 hingga 2,254 kaki persegi.

Tapi beza dengan Penthouse duplex, ruang lebih luas dengan luas dari 3,390 atau 4,491 kaki persegi. Blok B dan C adalah vila. Blok B keluasan dari 2,381 hingga 3,009 kaki persegi.

Blok C pulak lebih besar dan ada taman peribadi kat kediaman. Yang blok D adalah kondo 25 tingkat dengan 50 unit. Manakala blok E kondo 36 tingkat dengan 142 unit.

Sesuai untuk yang dah berkeluarga

Mana-mana keluarga yang ingin tinggal dalam suasana ‘famili’, Five Stones memang pilihan terbaik korang. Ada satu ruang khas untuk kanak-kanak untuk bergerak dan bermain dengan bebas.

Yang pasti, ibu bapa akan tersenyum dan tak pening kepala kalau anak mereka mengamuk.

Sambil tengok anak bermain, korang juga boleh lepak dan ambil angin kat taman selepas penat bekerja.

Kalis gempa bumi?

Bagi korang yang paranoid dengan bencana alam, korang jangan risau. Korang mesti suka kalau Tok cakap Five Stones ni kalis gempa bumi.

Nampaknya SDB Properties ni memang dah ambil kira pasal benda ni. Jadi korang tak perlu risau jika satu hari nanti kalau gempa bumi melanda SS2.

Fasiliti buat korang tersenyum

Benda pertama yang akan buat korang tertarik dengan kediaman situ kalau korang perhati di antara blok yang ada.

Taman landskap situ lengkap dengan 5 batu granit yang seolah-olah mengambarkan nama bangunan tu sendiri.

Fasiliti situ pun buat korang tersenyum lebar. Ada taman besar, dewan serbaguna, gim, kolam renang dan gelanggang bola jaring.

Ikut arah ke Petaling Jaya

Nak sampai ke Five Stones ni senang jer.

Kawasan SS2 ni dikelilingi rumah landed. Rasanya kawasan ni lagi bagus dari Mont Kiara yang sekitarnya penuh dengan hutan konkrit. Korang boleh ikut lebuhraya LDP, NKVE, dan SPRINT.

Apa yang anda perlu tahu tentang Five Stones, Petaling Jaya?

Nama projek: Five Stones (5 Stones)

Alamat projek: Jalan SS2/72, SS2, Petaling Jaya

Nama Pemaju: SDB Properties

Tarikh siap: 2012

Jenis: Kondominium

Jenis Pegangan: Pegangan Bebas (Freehold)

Jumlah tingkat: Blok A (38), Blok B (4) & Blok C (4)

Jumlah blok: 5

Jumlah unit: 377

Keluasan binaan (Built-up area): Blok A, bermula dari 1,785 kaki persegi & Blok B, bermula dari 2,381 kaki persegi

Harga pelancaran: Bermula dari RM907,000 (Villa) & RM898,000 (Kondo)

Harga second hand (subsale): RM980,000 – RM3,150,000

Kadar Sewa: RM2,750 – RM6,300

Fi Penyelenggaraan: RM0.25 setiap kaki persegi

Anggaran Ansuran Bulanan: RM4,810

Gaji Minimum yang Layak Beli: RM5,620

Kemudahan yang disediakan di Five Stones, Petaling Jaya

  • 1 ekar parkland,
  • Rumah kelab,
  • Gimnasium,
  • Kolam renang,
  • Taman permainan,
  • Dewan serbaguna,
  • Gelanggang badminton.

Bila tengok suasana kat situ, Tok rasa tak mustahil ramai yang akan komen pasal harga.

Mungkin agak mahal pada mereka tap bagi Tok sesuai la dengan apa yang dorang tawarkan.

Korang kena faham, lokasi projek ni terletak di kawsan yang cukup baik dan status pemilikan pegangan bebas.

Pembangunan projek ni kurang sesuai untuk yang bujang sebaliknya lebih kepada yang dah bekeluarga dan ada anak.

Persoalannya, korang suka yang mana satu? Hartanah landed atau seunit kediaman Five Stone.


Sumber: PropWall, PropertyGuru & PropSocial

NO COMMENTS

LEAVE A REPLY