Home Berita Terkini EXCO Johor ditahan reman 7 hari untuk bantu siasatan

EXCO Johor ditahan reman 7 hari untuk bantu siasatan

321
0
SHARE
Sumber gambar: Berita Harian
Ebook Takde Duit Boleh Beli Rumah Ke
Ebook Takde Duit Boleh Beli Rumah Ke

Pengerusi Jawatankuasa Perumahan dan Kerajaan Tempatan Johor, Datuk Abd Latiff Bandi, direman selama tujuh hari untuk membantu siasatan selepas ditahan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), semalam.

Dia yang juga EXCO Johor tiba jam 9.11 pagi di Kompleks Mahkamah Johor Bahru menaiki sebuah pacuan empat roda milik SPRM dengan diiringi pegawai agensi itu.

Bagaimanapun, selepas hampir sejam berada di kawasan meletak kereta itu, Abd Latiff dibawa turun dari kenderaan itu pada jam 10.12 pagi.

SPRM memohon reman terhadap Abd Latiff (hari ini) bagi membolehkan siasatan lanjut dijalankan berhubung kes rasuah dan penyelewengan hartanah.

Sementara itu, Penolong Kanan Pendaftar Mahkamah Tinggi Johor Bahru, Nur Sulehan Abd Rahman,  mengarahkan Abd Latif, 51, ditahan sehingga 16 Mac seperti yang dimohon oleh SPRM. 

Beg tangan dan kereta mewah, wang tunai RM40,000 dirampas

Beliau disiasat mengikut Seksyen 17 (a) Akta SPRM 2009 dan Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram dan Pencegahan Pembiayaan Keganasan 2001.

Susulan penahanan itu Khamis lalu, pegawai SPRM merampas sejumlah barangan berharga di rumah beliau di Johor.

Antara barangan yang dirampas termasuk 150 beg tangan mewah, wang tunai RM41,000 dan sebuah kenderaan mewah.

Semalam, empat lelaki termasuk anak dan pegawai khas Abd Latiff dibebaskan dengan jaminan SPRM selepas tempoh reman 14 hari terhadap mereka berakhir.

Anak sulung Abd Latif, Ahmad Fauzan dan pegawai khasnya, Muhammad Idzuan Jamalluddin ditahan oleh SPRM ditahan pada 24 Februari lalu.

Dua pemaju yang turut ditahan bersama empat individu terbabit pada 24 Januari lalu, dibebaskan dengan jaminan SPRM pada 3 Mac lalu.

Sumber berita asal: Berita Harian

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here