eNESTa Kepong – Apartmen servis serendah 258 unit, booking hanya RM3K

Buat korang yang tengah mencari kediaman jenis bertingkat (rumah high-rise) dekat Kepong, ada satu projek ni yang Tok suka nak kongsikan kat korang.

Projek kediaman jenis apartmen servis ini merupakan usahasama antara Thriven Global Bhd dan Amona Group.

Paling menarik, hanya kurang 260 unit kediaman yang akan dibina. Ini antara projek baru berkepadatan rendah (low-density) yang ditawarkan dalam kawasan Kuala Lumpur.

Bermakna, korang lebih selesa sebab tak ramai orang, keselamatan yang lebih baik, dan juga ruang unit kediaman yang lebih luas.

Nak tahu lebih lanjut tentang projek ini? Jemput teruskan bacaan.

Kediaman yang dibina, bawah 260 unit saja?

Nota: Hari Isnin yang lepas, Tok ada kongsikan buat analisa ringkas tentang kawasan Kepong. Kalau korang terlepas baca perkongsian tu, boleh klik sini.

Projek yang Tok maksudkan tu, diberi nama eNESTa Kepong.

Projek kediaman jenis apartmen servis ini dibina atas tanah jenis komersial (commercial) dan berstatus pajakan 99 tahun (leasehold).

Macam yang Tok sebutkan awal-awal tadi, projek eNESTa ni merupakan kediaman dalam kategori berkepadatan rendah (low-desity).

Bermakna, korang takkan semak dengan jumlah penduduk yang ramai dalam bangunan tu. Jumlah keseluruhan unit kediaman yang akan dibina adalah 258 unit. Bawah 300 tu.

Projek eNESTa ini dijangka akan siap dibina menjelang tahun 2021.

Bermula dari 916 hingga 1,536 kaki persegi

Bangunan setinggi 34 tingkat ni menawarkan saiz unit bermula dari 916 sehingga 1,536 kaki persegi.

Semua unit yang ditawarkan ini sesuai untuk kegunaan keluarga bersaiz sederhana (medium-sized family). Setiap unit juga menawarkan minimum 3 bilik tidur dan 2 bilik air.

Ada beberapa layout unit yang korang boleh pilih:

TYPE 1: 

TYPE 1A dengan Balkoni:

TYPE 1B:

TYPE 1C dengan Room Terrace (Teres Bumbung): 

TYPE 2:

TYPE 2A dengan Balkoni:

TYPE 3:

TYPE 3A dengan Balkoni:

TYPE 3B dengan Roof Terrace (Teres Bumbung):

TYPE 4:

TYPE 4A dengan Balkoni:

TYPE 4B dengan Roof Terrace (Teres Bumbung):

Dalam bangunan yang sama jugak, akan dibina lot kedai 3 tingkat.

Jumlah unit kedai yang akan dibina sebanyak 23 unit, bersaiz antara 1,808 sehingga 2,874 kaki persegi. Ini akan menjadi salah satu kemudahan khas untuk penduduk eNESTa Kepong. Bila ada kedai dibuka, pasti akan mudahkan penduduk beli barang runcit dan sebagainya.

Korang tak perlu risau. Pemilik unit kediaman eNESTa Kepong akan mempunyai ruang tempat letak kereta untuk mereka sendiri. Mereka takkan berkongsi tempat letak kereta dengan unit komersial.

eNESTa Kepong menawarkan kemudahan dan fasiliti terbaik untuk para pembeli. Antara kemudahan yang akan disediakan seperti:

  • Gimnasium,
  • Kolam renang,
  • Kolam renang kanak-kanak.
  • Laluan refleksologi,
  • Surau,
  • Perpustakaan,
  • Taman permainan kanak-kanak,
  • Tempat barbeku,
  • Sauna dan bilik persalinan,
  • Rock climbing wall,
  • Garden gym,
  • Dewan serbaguna, dan
  • Fun court.

Semua kemudahan ini akan tersedia dekat tingkat 8.

5 lebuhraya yang dekat dengan eNESTa Kepong

Kalau kita tengok kedudukan eNESTa ni, Tok boleh kata projek ni agak strategik. Projek ini dekat dengan sambungan lebuhraya utama seperti:

  • Lebuhraya Baru Lembah Klang (NKVE),
  • Lebuhraya Damansara – Puchong,
  • Lebuhraya DUKE 2 Sri Damansara Link – Manjalara Interchange,
  • Jalan Kuching,
  • MRR2 (Jalan Lingkaran Tengah 2).

Dengan sambungan lebuhraya ini, korang boleh pergi ke Petaling Jaya, Mont Kiara, Sri Hartamas (masa perjalanan hanya 15 minit), Dutamas, Bangsar (masa perjalanan hanya 20 minit), dan kawasan utama kat Lembah Klang (Klang Valley).

Untuk ke Kuala Lumpur, korang hanya boleh sampai dalam masa 30 minit (12KM) kalau ikut Jalan Kepong, Jalan Kuching dan Jalan Tuanku Abdul Halim.

Bukan setakat tu saja. eNESTa Kepong jugak mempunyai kemudahan pengangkutan awam yang mantap. Pembinaan stesen MRT Line 2 dijangka akan siap sepenuhnya pada 2022.

Stesen MRT yang paling dekat dengan eNESTa Kepong adalah Stesen Jinjang (S07) yang terletak hanya 100 meter saja. Korang boleh ke stesen ni dengan hanya berjalan kaki.

Sumber gambar – www.klia2.info

Sementara nak tunggu MRT tu siap, korang dah ada kemudahan KTM. Korang boleh pilih untuk gunakan pilihan dekat bawah ni:

  • KTM Stesen Taman Kepong – terletak sejauh 2.8KM kalau ikut Jalan Kepong dan Jalan Kepong Baru,
  • KTM Kepong Sentral – terletak sejauh 7KM kalau ikut Jalan Kepong, Jalan kepong Baru, Jalan Burung Hantu, dan Jalan Bukit Maluri.

Apa lagi kemudahan lain berdekatan eNESTa Kepong?

Sumber gambar – SchoolAdvisor.my

Kalau nak sentuh bab kemudahan yang ada, memang banyak dekat sini. Senang korang nak beli barang dapur dan sebagainya.

Antara yang ada seperti:

  • AEON Metro Prima,
  • Giant,
  • TESCO,
  • Brem Mall,
  • AEON BIG, dan
  • Kepong Village Mall.

Antara hospital yang dekat dengan eNESTa Kepong pula adalah:

  • Hospital Selayang,
  • Hospital Sungai Buloh,
  • Parkcity Medical Centre.

Untuk tempat beriadah pulak, korang ada pilihan untuk pergi ke Taman Metropolitan dan FRIM (Institut Penyelidikan Perhutanan Malaysia). Dua-dua tempat ini, dekat belaka.

Nak cari sekolah pun, tak susah. Ini senarai sekolah yang terletak berdekatan dengan eNESTa Kepong:

  • SK Kepong,
  • SMK Kepong,
  • SMK Kepong Baru,
  • SMK Raja Abdullah,
  • SJKC Kepong.
  • The International School @ Parkcity,
  • Hibiscus International School,
  • Garden International School.

Berminat nak tempah unit eNESTa Kepong?

Pada pandangan Tok, eNESTa Kepong adalah sebuah projek pembangunan rumah kediaman high-rise yang patut diberikan perhatian.

Tambah pulak, pemaju yang terlibat semua hebat-hebat belaka. Korang boleh tengok sendiri portfolio mereka.

Berminat nak tempah unit eNESTa Kepong? Korang boleh tempah unit yang korang minat sekarang pada hanya RM3,000*.

Kalau korang berminat, jemput isi borang dekat bawah ni laju-laju. Korang jugak berpeluang untuk belajar ilmu hartanah bersama Tuan Faizul Ridzuan pada hari Sabtu ini, 100% PERCUMA :

*Tertakluk pada terma dan syarat.

62 Shares

Leave a Reply