Home Tips Kewangan 7 resipi sempoi elak kewangan anak muda rabak

7 resipi sempoi elak kewangan anak muda rabak

2305
0
SHARE
Sumber gambar - diarioonline.com.br
Ebook Takde Duit Boleh Beli Rumah Ke
Ebook Takde Duit Boleh Beli Rumah Ke

Sebab terikut-ikut sangat trend dan gaya hidup masa kini, ramai anak muda sanggup jadi ‘pak turut’ nafsu.

Semua ni, semata-mata nak bagi kawan-kawan pandang tinggi.

Padahal, apa pun takde. Simpanan pulak, jangan cakap la. Tiap kali akhir bulan, sanggup telan mi segera. Asalkan dapat turutkan nafsu berbelanja.

Selagi tak ubah mentaliti, kewangan korang ada potensi barai untuk jangka masa yang lama.

Cukup sudah. Hadam dan amalkan ilmu perkongsian Tuan Amir Syahir ini, kalau korang serius nak berubah.

Gaji RM2,000 sebulan. Tapi mampu beli 4 biji rumah? 

Pengurusan kewangan korang ke laut? Hancur? Barai? Rabak? Segala hutang, korang bela? Simpanan langsung takde? Bukak dompet, serupa potong bawang?

Ini semua adalah tanda-tanda kewangan korang sedang tenat.

Ada orang bergaji RM4,000 sebulan, nak beli sebuah rumah pun tak lepas sebab dah terbeban dengan hutang.  Tapi ada pulak yang gaji RM2,000 je, dah ada 4 biji rumah.

Sebab apa? Sebab ada perancangan kewangan yang berkesan. Gaji besar mana pun, tapi kalau boros berbelanja, tak guna jugak. Apa pun, mentaliti kena kasi mantap dulu.

Antara 7 panduan untuk baik pulih kewangan yang barai adalah :

#1 : Hidup berjimat-cermat, bermula sekarang

Kalau dulu, setiap bulan dapat gaji mesti makan Nandos, Kenny Rogers.

Lepas ni, kurangkan. Boleh je makan. Tak berdosa pun. Tapi jangan sampai korang lupa nak menyimpan dan buat-buat lupa bayar hutang.

Jadi, berubah la. Hidup berjimat-cermat, bermula sekarang. Tak payah mengada-ngada nak minum kopi mahal tu. Minum je air masak. Hilang jugak dahaga korang tu.

#2 : Rangka bajet supaya duit anda selamat

Mula rangka bajet, tulis, dan ikut 100%.

Tulis jugak apa perkara yang perlu korang belanjakan. Tapi yang paling penting, ikut bajet yang korang buat. Jangan sekali-kali mengelat.

Korang kena pupuk disiplin dalam hal berbelanja. Membuat bajet adalah satu langkah yang sangat penting. Baru korang tahu ke mana duit korang pergi.

#3 : Elak jadi mangsa nafsu berbelanja

Ada orang, akan menggelupur tak tentu arah bila nampak perkataaan SALE 80%.

Dah tahu takde duit, tapi nak juga beli. Rugi kalau tak beli masa ada promotion, katanya. Walaupun dia dah ada barang tu, dan barang tu masih elok dan boleh dipakai.

Lepas beli tu, mula la rasa menyesal. Tak dapat nak bayar hutang. Duit dah habis berbelanja sakan. Sebelum berbelanja, fikir habis-habis dulu sebelum keluarkan duit dalam dompet tu.

#4 : Potong siap-siap untuk simpan setiap bulan

Bila korang simpan duit dalam akaun bank, senang nak keluarkan balik. Betul tak?

Kalau nak elak benda ni, korang buat potongan gaji siap-siap dan simpan terus dalam Tabung Haji atau ASB. Nak buat ASB Financing pun, boleh jugak.

Bank akan potong siap-siap daripada akaun bank korang sebagai force saving (simpanan paksa). Lebihan lepas dah simpan tu, baru korang boleh belanjakan.

#5 : Mula usaha dapatkan pendapatan sampingan

Tambahkan pendapatan sampingan. Contohnya, korang boleh jual barang secara online. Tak pun, buat Uber atau Grab Car.

Berhenti mengeluh, dan mula kerah keringat untuk cari pendapatan sampingan. Ada macam-macam punca rezeki kat luar sana. Tinggal korang nak buat je.

#6 : Settle-kan hutang, elak tambah yang baru

Korang kena berhenti buat hutang baru. Kalau dah ada hutang kad kredit RM5,000, jangan pulak buat hutang peribadi (personal loan) untuk buat bayar kad kredit tu.

Gali lubang, tutup lubang, bukan cara yang betul untuk korang langsaikan hutang tu. Buat tambah pening kepala korang lagi, adalah.

Selagi boleh, usaha untuk langsaikan semua hutang yang ada. Dan jangan la korang bertangguh. Rosak CCRIS nanti, korang jugak yang pening dan bising.

#7 : Buang perangai suka membazir

Jauhkan diri daripada sifat suka membazir. Belajar bezakan barang-barang keperluan dan kehendak.

Kalau gaji korang bawah RM3,000, tak payah berangan nak pakai kereta import mewah dulu.

Pakai yang tempatan punya, dah memadai.

Smartphone tu, kalau agak elok lagi, tak perlu tukar model terkini. Baju nak berjenama je, tapi bila bank call, tak berani pulak nak angkat.

Barang yang ada, guna sampai habis. Pakai sampai rosak.

Sampai takat mana anda nak acah-acah kaya?

Anak muda biasanya ada hutang kad kredit dan pembiayaan peribadi. Nak cepat kaya kononnya, main skim cepat kaya, main skim pelaburan emas.

Sanggup buat pembiayaan peribadi untuk dapatkan modal. Tengok-tengok, melingkup. Apa pun tak dapat. Senang sangat terpedaya.

Dapat dapat gaji jangan duk beli benda tak penting je. Masa zaman muda, gilakan kereta import mewah, tukar sport rim bagai. Tiap bulan dapat gaji pergi travel. Siap beli GoPro, DSLR bagai.

Cuba la muhasabah sekejap diri tu. Tak guna gaya hidup korang mewah, tapi hutang keliling pinggang. Tak guna travel sana sini, tapi hutang kawan tak reti nak bayar balik.

Nak kahwin berhutang, nak beli kereta import mewah pun berhutang. Dah tu, bila masa korang nak simpan duitnya? Kah!

Masa muda ni, anak muda patut pulun kumpul duit banyak-banyak. Nanti senang nak beli rumah. Duit dah ada, kan?

Bila dah dapat untung pelaburan, baru la layan nafsu berbelanja korang tu. Bila dah betul banyak duit, takde masalah pun nak reward diri. Yang pasti masa tu, korang akan puas hati.

Sila SHARE kat kawan-kawan korang ilmu bermanfaat ini.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here