4 tip elak jadi mangsa scammer rumah sewa. No. #3 paling penting

“Aktiviti scammer dah menular hingga ke bab menyewa rumah. Ramai dah yang jadi mangsa.”

Dari membeli, sekarang beralih ke sewa rumah. Senang-senang je scammer tu rembat duit orang yang susah-payah bekerja.

Nak cari rumah sewa yang bagus, bukan satu kerja yang mudah. Tapi akan tetap ada orang yang cuba ambil kesempatan.

Nak tak nak, korang kena belajar cara untuk elakkan diri jadi mangsa seterusnya.

Nak tahu cara? Baca perkongsian ini. Semua ini berdasarkan pengalaman sebenar Cikpuan Reena Kaur Bhatt (yang hampir ‘terkena’).

“Sewa rumah RM800 kat tengah KL? Murah gila!”

Nota : Saya bercadang nak cari rumah sewa jenis studio, atau sewa bilik master bedroom.

Bukan senang nak cari rumah sewa yang berpatutan kat Kuala Lumpur ni.

Daripada kerja mencari sampai la ke viewing setiap rumah yang ada, semua ini memakan masa. Yang ada pun, kadar sewa pulak tak cun. Mahal? Itu dah pasti.

Dan bila terjumpa satu iklan rumah sewa yang lengkap di kawasan hot, serta berdepan dengan stesyen KTM, saya dah mula tersenyum seorang diri.

“Mungkin ini rumah sewa terbaik yang aku cari?”

Cuma, dalam keadaan terdesak mencari rumah sewa, hati saya dapat rasakan sesuatu yang kurang enak. Ini jadi sebab yang halang saya untuk terus berurusan dengan tuan rumah sewa tu (‘kononnya’).

Ini tip yang korang boleh gunakan untuk elak jadi mangsa scammer :

#1 : Tawaran yang sangat tak masuk akal?

Katakan, korang jumpa rumah sewa yang 2 kali ganda lebih murah, berbanding rumah lain dalam satu kawasan yang sama.

Kalau korang, tak rasa pelik ke?

Bila ditanya kenapa murah sangat, tuan rumah pulak akan elak jawab. Ada je alasan kurang munasabah yang mereka bagi.

Dalam kes saya, rumah tu disewakan pada kadar RM800, setengah harga berbanding unit yang sama (lebih kurang RM1,500 ke RM1,800 sebulan).

Terus deria anti-scammer saya mula aktif. Murah sangat, dan tak logik.

Owner rumah, Cik A, jelaskan yang dia dan suami ada 5 unit studio kat Kuala Lumpur sebagai unit Airbnb untuk beberapa tahun. Yang ni, saya tak pelik sebab Regalia Residences memang terkenal sebagai kediaman ekspat yang hot.

Cik A tambah, dia dan suami tengah plan nak berhijrah ke Eropah, dan tengah mencari penyewa untuk unit tu segera.

Jadi, dia tak kisah sewakan pada kadar yang murah, asalkan dapat orang yang nak menyewa lama.

Saya dah mula syak ada udang sebalik batu dengan semua alasan ni. Korang pulak, macam mana?

#2 : Tuan rumah ‘main sorok-sorok’

Okay. Saya teruskan pulak dengan ‘jerat’ ke-2.

Saya bagitahu Cik A yang saya nak tengok rumah dulu sebelum bersetuju untuk menyewa. Saya set masa viewing selepas waktu kerja, esok hari.

Tapi apa yang jadi, buat saya bertambah sangsi. Tiba-tiba pulak, dia cakap dia sekeluarga ada dekat Singapura untuk bercuti.

Sambil tu, dia jugak ada cakap yang kadar sewa RM800 sebulan tadi, takde sebarang hidden charges.

Dia bagi jaminan yang pada pandangan saya, nampak agak mendesak.

Nampak tak? Dia cuba tarik minat saya supaya cepat-cepat buat keputusan untuk menyewa. Nak buatkan saya rasa rugi tak sewa unit ini.

Tapi yang paling ketara, Cik A terus menolak permohonan saya untuk viewing dalam masa terdekat. Ini yang buatkan saya terus ‘potong stim,’ dan mula fikir yang bukan-bukan.

#3 : Belum apa-apa lagi, dah ‘pau’ duit booking?

Mungkin sebab nak cover line, Cik A setkan masa viewing ikut masa dia. Dia cakap, dia sekeluarga akan balik ke Malaysia minggu depan.

Tapi bila dah settle semua ini, dia teruskan ‘permainan’ :

“Kalau serius nak sewa, boleh letak duit booking dulu? Nanti suami saya tanya pulak. Hanya 50% daripada harga sewa bulanan (RM400).”

Masa ni, saya dah confirm yang ini semua adalah game seorang scammer. Bila masa pulak nak menyewa, kena bayar duit booking? Suruh bayar cepat-cepat pulak tu.

Tuan rumah yang sah, takkan mintak duit booking kat korang. Selagi tak tengok unit rumah, korang jangan sekali-kali transfer duit secara online.

#4 : Masa untuk anda jadi ’Sherlock Holmes’

Sebab dah tahu saya tengah berurusan dengan scammer, saya ambil keputusan untuk buat backgroud check.

Saya Google nama penuh dia (ada dinyatakan kat dalam laman web listing rumah sewa).

Carian pertama yang keluar adalah FB Page seorang usahawan tempatan, yang berniaga pakaian Muslimah. Usahawan tu, siap ada blog yang tunjukkan kejayaan bisnes dan gambar melancong di luar negara.

Yang pasti, memang tak sama langsung macam muka Cik A dalam WhatsApp.

Saya tak puas hati lagi. Saya guna buat reverse image search (korang boleh search gambar gunakan Google).

Saya save gambar WhatsApp Cik A dan gunakan function ini.

Tak terasa terkejut pun. Gambar yang Cik A gunakan tu, adalah gambar orang lain. Gambar seorang Insta-Famous dan social media influencer, Cik Nadia.

“Macam mana? Jadi sewa tak?,” tanya Cik A lagi.

Saya flag iklan dia, dan buat laporan kat laman web yang dia iklankan. Settle semua, jari saya terus cari butang block, dan terus tekan tanpa segan silu.

Sekarang ni, semua orang boleh jadi ‘penjual online.’ Dan pengguna macam kita terdedah dengan scammer macam ni.

Ingat, jangan biarkan emosi pengaruhi logik korang dalam hal sebegini. RM400, mungkin tak banyak. Tapi tetap duit yang susah-payah korang cari.

Perkongsian ini bermanfaat? Jemput SHARE kat kawan-kawan korang yang tengah mencari rumah sewa. Elakkan mereka jadi mangsa.

124 Shares

Leave a Reply