Home Tip pelaburan hartanah Elak buat 5 ‘dosa’ ini sebelum beli rumah pertama

Elak buat 5 ‘dosa’ ini sebelum beli rumah pertama

5152
2
SHARE
Sumber gambar - blog.howardhanna.com
Ebook Takde Duit Boleh Beli Rumah Ke
Ebook Takde Duit Boleh Beli Rumah Ke

Tok yakin semua orang nak ada (paling kurang) sebiji rumah. Kalau ada yang dapat lebih tu, boleh la kira sebagai bonus.

Lagipun, nilai rumah yang dibeli tu akan meningkat dari masa ke semasa. Susah korang nak rugi, kecuali kalau tersilap beli.

Dan boleh tahan ramai yang terpaksa hadap masalah ni, akibat daripada kurang ilmu hartanah.

Kalau korang serius nak ubah masalah ini, hari ni adalah hari bertuah buat korang.

Sebelum beli rumah pertama korang tu, elak buat 5 perkara yang Tok baca kat blog Duit Kertas ni.

Tak semua rumah boleh buat untung – Betul ke?

Beli rumah sewaktu umur masih muda memang menguntungkan. Sebab nilai rumah tu akan semakin meningkat.

Selain tu, korang jugak dapat jana pendapatan melalui sewaan. Ini dapat meningkatkan pendapatan korang setiap bulan, terutama sekali kalau kawasan tu ada permintaan yang tinggi.

Dan ada satu hakikat yang korang kena belajar telan.

Tak semua rumah yang korang boleh dijamin boleh buat duit dan bagi untung kat korang.

Ada beberapa keadaan dan faktor, dimana pembelian rumah tu akan menjadi satu kesilapan yang membebankan.

#1 : Selamba beli rumah mahal (walaupun dah jelas tak mampu)

“Sentiasa ukur baju di badan sendiri.”

Ini nasihat yang paling mudah untuk semua orang faham, tapi tak semua orang boleh buat.

Antara kesilapan biasa yang ramai pembeli rumah pertama buat adalah, mereka tak ukur dulu kemampuan dan main beli je rumah (dan mereka ingat, mereka mampu nak tanggung).

Walaupun korang mampu bayar ansuran bulanan, tak bermakna korang mampu nak tanggung rumah tu atas bawah.

Yang paling selamat untuk korang buat, adalah beli rumah yang tak lebih daripada 50% gaji korang.

Maksudnya, kalau korang bergaji RM3,000 sebulan, pastikan korang ansuran bulanan rumah tu sekitar RM1,500.

Kenapa Tok cakap macam ni?

Bila ansuran rumah terlampau mahal (lebih daripada 50% gaji korang), komitmen bulanan korang jugak akan jadi tinggi.

Lagi satu. Kalau kadar asas (base rate) meningkat, korang terpaksa tanggung ansuran bulanan lebih tinggi.

#2 : Tak buat bajet sebelum beli rumah pertama

Sebelum korang merancang untuk beli rumah pertama, buat dulu satu bajet untuk bayaran ansuran kepada pihak bank supaya korang tak terbeban.

Korang perlu bersedia dengan kos yang perlu dibayar (selain daripada ansuran) seperti kos maintenance, Indah Water, baik pulih rumah, cukai pintu, cukai tanah, dan lain-lain lagi.

Korang juga perlu selitkan sekali kos yang mungkin akan meningkat pada masa depan, seperti kenaikan harga barang dan penambahan ahli keluarga yang baru.

Mungkin hari ni, korang tak rasa terbeban. Tapi pada masa akan datang, ansuran bulanan tu boleh menyebabkan korang tak dapat mengawal pengurusan kewangan dengan baik.

Antara kesan buruk yang bakal korang lihat adalah apabila gagal buat bayaran ansuran bulanan, rumah tu ada kemungkinan besar bakal dilelong kelak.

#3 : Beli rumah pertama secara terburu-buru

Elakkan selagi boleh membeli rumah secara terburu-buru tanpa buat dulu sebarang kajian dan analisis.

Kalau tak, rumah yang korang beli tu mungkin takkan datangkan keuntungan. Dan lebih teruk lagi, jadi punca kerugian kepada tuan empunya rumah.

Walaupun rumah yang dibeli tu untuk kegunaan sendiri, korang masih perlu buat analisis asas seperti :

  • Latar belakang pemaju,
  • Jenis-jenis fasiliti yang ada,
  • Kemudahan pengangkutan awam, dan lain-lain yang berkaitan.

Benda ni pulak, dah banyak kali jadi. Ada sesetengah keadaan dimana, tuan rumah terpaksa jual rumah dengan harga yang sangat rendah atas beberapa faktor, seperti :

  • Tak tahan dengan kejiranan dan bunyi yang bising,
  • Kadar sewa yang terlalu rendah,
  • Jalan susur keluar yang tak teratur (jadi punca kepada kesesakan lalu lintas).

#4 : Terlampau taksub dengan pandangan orang lain

Untuk pembeli rumah pertama, dah tentu banyak perkara yang terlintas dan bermain dalam korang punya minda.

Dan korang jadi macam tu sebab takut buat silap. Perkara ni, biasa berlaku kat ramai orang termasuk Tok sendiri.

Sebagai alternatif, ramai jugak yang dapatkan pondangan pakar, atau mereka yang berpengalaman dalam urusan jual beli hartanah.

Betul, mereka bergelar pakar dalam industri. Tapi, tak patut korang letakkan sepenuh keputusan membeli rumah di tangan orang lain.

Korang sendiri perlu bertanggungjawab ke atas keputusan yang korang nak buat, supaya korang berpuas hati dengan apa yang korang beli.

Kalau pandangan orang lain tu menjadikan korang terpaksa tanggung kerugian, korang mungkin akan rasa menyesal sebab tak buat dulu analisis awal.

#5 : Anda tak guna khidmat bantuan ejen hartanah

Yang ni penting. Lebih-lebih lagi kalau korang takde pengalaman dan baru pertama kali nak beli rumah.

Ejen hartanah lebih tau selok-belok serta kelebihan dan kekurangan rumah yang korang nak beli tu.

Sebab tu, ejen hartanah adalah salah satu sumber untuk korang dapatkan maklumat tambahan. yang akan bantu korang buat keputusan membeli yang baik.

Ada jugak kes sebelum ni, yang mana pembeli ‘terbeli’ rumah dengan harga yang melebihi nilai sebenar rumah tu.

Dan bila perkara ni berlaku, pembeli terpaksa menambah duit sendiri, sebab pinjaman yang bank bagi tak mencukupi.

Ada satu lagi yang Tok nak pesan kat korang. Korang jugak perlu berhati-hati dalam memilih ejen hartanah supaya tak tertipu. Sekarang ni, banyak kes yang dilaporkan berkaitan dengan ejen hartanah kaki kelentong.

Sebagai langkah berjaga-jaga, pastikan korang berurusan dengan ejen hartanah yang sag dan dibawah naungan agensi yang berdaftar.

Sebelum nak beli rumah pertama, Tok tegaskan yang korang pergi cari ilmu dulu.

Dan selagi tak belajar, tangguh dulu beli apa-apa pun rumah yang korang suka. Walaupun masa tu duit dah confirm cukup.

Kalau tak nak duit korang ‘lebur’ macam tu je, baik korang sediakan diri betul-betul dulu. Jangan cakap Tok tak pesan awal-awal ya.

Kenapa anda patut beli rumah subsale sebagai pelaburan pertama?

Bukan tindakan yang bijak kalau beli rumah pertama untuk kegunaan sendiri.

Apa yang patut korang buat adalah gunakan rumah untuk bina portfolio pertama, dan set-kan rumah tu buat duit untuk kita.

Dan isu utama – dekat mana nak cari rumah subsale harga murah gila? Belajar dengan 16 pelabur otai ini sekarang :

KLIK SINI UNTUK BELI eBOOK ‘TAK ADA DUIT, BOLEH BELI RUMAH KE?’

2 COMMENTS

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here